Wednesday, August 10, 2011

Akhirnya....

kari ayam
assalamualaikum...

akhirnya, pecah rekod dlm hidup saya, saya berjaya masak kari...hehehe..

before ni kalau en husben nak makan kari, memang dia yg masak..
sebabnye selain bukan makanan peberet saya, reason yg paling tepat ialah ni je satu masakan yg dia kompom kene masak kalau nak makan hahahaha...:P
so kari jawa ke, kari ape ke belasah aje janji rasa kari hihi...

last 2 days saje saya nak cuba masak..
ni la hasilnya...kari ayam tapi pakai perencah kari daging sbb takde dlm stok..hahaha
orang2 utara sila lah ampunkan saya ek...:)

time kasih pada Kak HaSue atas resepi yg sedap ini...
dan pada step by step yg sangat detail, sesuai la unt saya yg baru nak blajar ni kan hehehe....izinkan saya tepek2 di sini plak ek...
psstt sorilah gamba comot sbb memasing dah tak sabar nak berbuka pose hehehe...

KARI AYAM CARA KAMPUNG
- sumber Kak HaSue@MyResepi

Bahan-bahan
• 500-600g peha ayam(atau mana2 bahagian)
• 2 cm Halia*
• 2cm Lengkuas*
• 2-3cm Kunyit Hidup*
• 2 Ulas Bawang Putih*
• 4 Ulas Bawang Merah*
• 1/3 sudu mkn Belacan*
• 2-3 Btg Serai-Diketuk
• 3 Sudu mkn(penuh) Kari Daging(ayam brand)
• 1/2 cawan Air Asam Jawa/1-2 keping asam gelugor
• 3 sudu makan Kerisik
• 1/4 cawan pati santan(ikut kepekatan sendiri)/setengah cwn susu sejat [optional]
• 2 Biji Kentang/Keledek (potong sederhana kecil)
• Rempah Tumis-4 Beradik(1 setiap 1 jenis)
• Bahan2 perasa-2 sudu kecil Garam,1 sudu kecil Gula,sedikit pak aji(jika suka)[sukatan bergantung kpd citarasa]
• 1/3 cawan minyak(agak2 jer)
• Air Secukupnya

Cara-cara
1. Bahan2 bertanda * ditumbuk.(bagi yg baru belajar memasak,sila masukkan satu persatu bhn2 ke dlm lesung batu ketika menumbuk,masuk skaligus mmg susah ler..)nak senang,masukkan semua bhn yg hendak dtumbuk(kecuali kunyit) ke dalam pengisar bhn kering dan kisar..keluarkan baru tumbuk dlm lesung batu bersama kunyit.utk elakkan warna kunyit melekat kat pengisar.
2. Panaskan minyak. Dah agak panas,masukkan bhn penumis(rempah tumis 4 beradik). Setelah naik bau, masukkan bahan yg ditumbuk/dikisar tadi..masukkan juga serai yg sdh diketuk/dititik.Kacau hingga kekuningan dan beraroma.
3. Serbuk kari dicampur dengan setengah cawan air(lebih pun takpe).Masukan ke dalam bhn yg sudah ditumis..perlahankan sedikit api.
4. Kacau goreng sehingga kari masak dan pecah minyak.Tambah air jika perlu..dan kacau lg hingga kari berubah warna dan garing.Bila memasak masakan kari,adalah penting untuk memastikan kari yg dimasak benar2 masak.Ini untuk mengelakkan rasa kari yg hambar dan mentah.[utk bezakan dah masak ke belum,boleh hidu bau kari sebelum dmasak dan stelah msk,ada bezanya]
5. Setelah kari masak(garing ye,takde air dah,tp jgn hangus),masukkan ayam dan gaul sebentar.Kemudian masukkan kentang.(ini jika mgunakan ayam frozen sbb mudah msk)Kalo guna ayam liat(tua),masukkan kentang kemudian yer (jika guna ubi keledek sila masukkan kemudian jugansebab kentang lebih mengambil masa yg lama utk msk)Kacau rata dan biarkan air ayam keluar sepenuhnya
6. Tutup periuk dan kadang2 dikacau gaul supaya bahan2 meresap sekata.Pastikan air ayam dikeringkan.Bila air ayam sudah agak kering,kelihatan minyak sahaja dibahagian bawah.(ini bukan sahaja utk mengelakkan bau hanyir ayam tetapi untuk masakan thn lebih lama tanpa dipanaskan)selalunya ayam yg dmasak malam ni,masih elok malam esoknya tanpa dipanaskan. biasanya kes lupa ler..hee
7. Dah pastikan air ayam kering,baru masukkan air asam jawa.Kacau seketika,barulah masukkan sedikit air agak2 tenggelam ayam dan kentang.
8. Masukkan bhn2 perasa:garam,gula dan pak aji.Masak sehingga ayam empuk dan kentang masak.Renihkan lagi dan masukkan lagi sedikit air jika perlu..(jgn terlampau banyak nanti kari terlampau cair pula.
9. Setelah ayam lembut,masukkan kerisik,kacau rata dan barulah masukkan santan/susu sejat. (step yang ni boleh skip jer jika tak letak bahan2 tersebut)
10. Sebatikan semua rasa dan tunggu sehingga mendidih sebelum api dipadamkan..Minyak yg berlebihan (timbul dipermukaan)bolehlah dibuang jika mahu..
11. Sesuai dihidangkan bersama nasi putih,roti,nasi beriani atau apa jua hidangan kegemaran anda.

....

assalamualaikum...

layan prasaan jap dengan lagu ni..



kita hanya merancang, tapi Allah yg menentukan semuanya...
Allah lebih tahu apa yang terbaik dlm hidup kita..
dan setiap yang berlaku dlm hidup kita pasti ada hikmahnya...

* sbg penguat semangat diri sendiri...

Friday, August 5, 2011

Roll Tuna Sandwich...

roti sandwich

assalamualaikum...

menu lama...dengan kata lain bukan menu berbuka pose kami..hehehe

saya jumpe di umah kak nieza findland yg skarang di msia...
mmm lama kak nieza tak update blog, semoga emak dia pulih dr strok dan kak nieza satu famili kuat menghadapi dugaan di bulan ramadhan ni...insyaAllah..

sebut pasal meroti ni, alhamdulillah skarang saya dah nampak peningkatan..
dulu masa memula roti saya tak bape nak naik, Ros puan roti kita (hihihi), kak izah dan kak nieza banyak kasik semangat dan tunjuk ajar..
ros kata lama2 nanti pandai la, kene sentiasa buat dan cuba insyaAllah menjadi...
mmm sebenanye saya ni bukan la jenis yg buat pes time terus jadi, dlm apa2 bidang pon memang saya selow skit..
masa kecik sampaila zaman U memang selalu kene bambu bambu manja dek emak dan bambu bambu tak bape manja oleh akak saya hahahaha :P
tp nk buat camne mungkin dah nature saya begini hihihi..

okehla meh layan resepi asal dr Cik Mat Gebu ni, dan di share bersama oleh kak nieza, izinkan saya tepek2 di sini plak ek...hehehehe

ROLL TUNA SANDWICH
- sumber Dapur Tanpa Sempadan, dan Kak Nieza Finland jugak :)

Bahan-bahan

250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver *saya tak letak dan gantikan dgn 2 sb w/roux
1/4 camca teh bread softerner *ni pun saya tak letak
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Bahan Inti Tuna

1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan *takde
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

Cara
1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Thursday, August 4, 2011

Butter Golden Churn Disahkan ada DNA Khinzir..


*gamba ehsan the star online

assalamualaikum..

penah jumpa butter jenama Golden Churn ni kengkawan?
maaf saya tak perasan dulu masa kat Msia, or rasanye sbb tak beli sangat butter ni kan sbb ketidakpandaian dlm hal hal bakery ini...huhuhu

merujuk pada THE STAR ONLINE, butter ni disahkan ada DNA Khinzir oleh Jakim..
artikel ni hasil temuramah dengan Assistant Minister in the Chief Minister’s Department (Islamic Affairs) Datuk Daud Abdul Rahman...
boleh baca selanjutnya di SINI ye..:)

Wednesday, August 3, 2011

Menu Berbuka Hari ke 3...

daging ala kaprau
assalamualaikum...

menu berbuka kami semalam...
ayam masak ala kaprau...dan sayur bayam..hehehe..
makan ngan bubur nasik...:)
simple je kan, bukan gara2 malas nak masak (ayat kaber diri sendri :P) tp en husben pon pesan takyah menu banyak2...fuhhhh selamat den hahahha
bukan ape, 2 lauk ni pon kengkadang tak abis..padahal berbuka + sahur..
kengkadang nak makan sahur pon konpius sbb perut memang kenyang lagi..
kami berbuka dlm 9 lebeh, siap makan terus solat dan tidur biasanye before kol 12 mlm la..
dan bangun sahur kol 2 lebih..makanan berbuka pon tak sempat nak hadam hehehehe...

okehla meh layan resepi..bes tau menu ni, sbb ada rasa tomyam tp bukan tomyam hehehehe...
mahapla gamba tak lawa (bkn selalu memang tak cantik ke hahaha) sbb dah malam kan..hihihi
thanks a alot kat kak izah sbb share, izinkan saya tepek2 di sini plak eeekkkk...:)

AYAM MASAK ALA KAPRAU (asalnye daging goreng ala kaprau)
- sumber Kak Jie, dishare bersama oleh Kak Nor dan Kak Izah

BAHAN2:

250 gms daging batang pinang dihiris nipis *saya guna ayam
2 sudu besar paste tomyam *saya guna kiub tomyam
cili api diketuk2 *saya tak bubuh
2 labu bawang besar *1 labu aje, separuh blend dan separuh potong ring
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
daun selasih *takde, saya ganti daun limau purut carik2 kan
* 2 biji bawang putih di blend

CARA:

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Nota: Saya ikut kak izah yg tumis bawang putih dan bawang besar (blend), kemudian dah dekat las2 baru masukkan 1/2 labu bawang besar (hiris bulat) dan daun limau purut..

Tuesday, August 2, 2011

WC...


assalamualaikum...

hari kedua puasa ni saya nak share tentang WC...apa tuh ek?? hehehehe

WC di sini bermakna toilet, kadang2 dipanggil Toiletten dlm deutsch..
standard di sini semuanya tandas duduk or toilet kering, so memang takkan jumpa tandas cangkung or getah paip dlm tandas hehehe....

apa saya nak share ialah bagaimana bersihnya tandas di sini..
kalau tandas di rumah kompomlah kan...hehehe
*contoh tandas umah yg berkilat2 hahaha...(prasan mode)


tp tandas awam di shopping complex mahupon di restoren memang mengagumkan saya..
maafla saya orang Msia yg agak jakun bila jumpe tandas di shopping complex yg bersih, wangi tanpa bau2 yg kurang menyenangkan...
jgnkan kata bau, pandangan mata pon memang selamat dr tengok harta karun yg tak bape bernilai, contohnya sisa buangan manusia dlm lubang tandas tuh, pampers baby, tulisan promote call me 019-92xxxxxx mahupon sisa buangan wanita..

kalau sebut toilet kering, kompomlah tisu akan sentiasa available dlm tandas..
bab ni memang saya suka...:)
dan so far susah nak nampak tisu2 buangan ni ada atas lantai..



sesetengah public toilet di shopping complex tak hadkan berapa bayaran masuk..
biasanya saya letak 30 sen, dan semestinya selepas bayar, penjaga tuh akan ckp 'danke'..bermaksud thanks...
sejukkkk ati denga heheheh...:P

dan di haupbanhof (stesen bas/tren) kadang2 ada yang jenis automatik entrance..bayar 50 sen baru leh lepas..hihihihi

* ehsan pakcik google

sejujurnya saya tak faham kenapa kita kurang menitikberatkan soal kebersihan toilet terutamanya toilet awam di msia..
sampaikan satu tahap, saya sanggup tak mandi kalau pergi di hutan lipur or air terjun semata2 tak sanggup nak masuk toilet dia..hahahaha
kengkadang di stesen bas pon sama..gegegegege (ngeri mode)
tapi ada jugak yg ok kan...expecially kalau di hotel2 dan restoren..
dan kalau di RnR pon saya sukeeeee..siap ada banyak cermin bule saya menelek2 jerawat dan betul2kan tudung hihihi..:P

ini cuma pandangan dan pengalaman peribadi saya di sini..
kerana saya sbg rakyat asing di sini, sangat kagum dengan kebersihan tandas di sini..
jadi saya juga sangat berharap pelancong2 asing yg datang ke negara kita pon berpikiran sama...:)

Monday, August 1, 2011

Sup Tulang Versi 2...

sup tulang2
assalamualaikum...

selamat berpuasa semua...
windu nak pose di Msia, sbb kalau bab pose memang Msia no 1 di hati saya hahaha..
bab bazar ramadhan dan tempoh berpuasa yg jaaauuuhhh lagi pendek dr kami sini..
kami di sini berpuasa 18 jam lebih tau..dari 3.18 pagi sampaaaiii la lebih kurang 9.30 malam...
so makan sahur kol 2 lebih la...hehehe..
minggu ni plak nampak matahari..huhuhu..nama pon tengah summer hik hik hik..:P

ok la saje je merapu2 sket..hihihi..
sup tulang ni saya buat simple2 aje...lebih kurang sup ayam tp opkos la tulang kene rebus dulu kan..hehehehe

sup tulang

SUP TULANG
- by hajar@catatandarideutschland.blogspot.com

Bahan-bahan
1) beberapa ketul tulang lembu
2) 5 biji bawang merah - ditumbuk halus
3) 3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
4) 2 inci halia - ditumbuk halus
5) 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus (saya pakai serbuk lada hitam, agak2 aje)
6) rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga)
7) 1 biji kentang - potong
8) carrot - optional
9) 1/2 kiub pati lembu
10) air rebusan tulang
11) minyak untuk menumis
12) Bawang goreng dan daun sup

Cara-cara
1) Tulang dibasuh dan ditoskan. Rebus dengan sedikit halia sehingga empuk.
2) Panaskan minyak, tumis sebentar rempah tumis, kemudian masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga naik bau.
3) Masukkan air rebusan tulang(ikut nak kuah banyak mana). Masukkan kentang dan tulang tadi, biarkan sampai mendidih
4) Masukkan carrot, kiub pati lembu, garam dan gula. Renehkan
5) Bila dah masak semuanya, masukkan bawang goreng dan daun sup. Siap