Friday, September 13, 2013

Best Moist Chocolate Cake Ever...


assalamualaikum...

tajuk ni bukan saya yang letak ek, saya sekadar memanjangkan tajuk tuan punya resepi ni je.. hehehe...
tapi mmg rasa sedap pon kek ni, sapa minat kek coklat moist mmg patut cuba..
dan sesapa yang ada lebih2 buttermilk pon boleh terai (kalau kat german ni, buttermilk biasanya dijual dlm bekas agak besar)
bahan2 pon simple.. saya buat cup cake sbb lagi cepat nak bakar n senang nak ngap...hihihi
dan ganache tu saya tak buat, tp saya gantikan dengan cheese cream, kesukaan seisi rumah saya.. hehehe...

btw time kasih kat kak Azie Kitchen atas resepi yang marbeles ni.. izinkan saya tepek di sini plak ek :)



BEST MOIST CHOCOLATE CAKE EVER

oleh Azie Kitchen



Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder (opsyenal)
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara Penyediaan : 
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

Chocolate Ganache
4 oz chocolate chips
1/3 cup heavy cream
1 sk unsalted butter
1/8 sk garam

Panaskan heavy cream tapi jangan sampai mendidih. Tuangkan ke dalam coklat chip dan tunggu hingga coklat chip mencair. Lepas tu, kacau sehingga sebati. Masukkan butter dan garam, kacau sebati. Bolehlah disapu pada kek yang telah disejukkan. Nota: Untuk kek 10x10, adunan ini perlu dibuat 2 adunan.


Wednesday, September 11, 2013

Best Cities in Germany...

assalamualaikum...

jom coti coti Deutschland...

10 destinasi terbaik di Germany, Traveller's Choice 2013 sumber TripAdvisor

1) BERLIN
- merupakan ibu negara Jerman. Berpenduduk 3.3 milion, juga merupakan bandar terbesar di Jerman. Terdapat 147 foreign embassies di sini (termasuk Kedutaan Msia). Berlin ni lebih dikenali dek sejarah Perang Dunia Kedua dan kisah Tembok Besar Berlin yang memisahkan Jerman Timur dengan Jerman Barat


Tembok Berlin

2) MUNICH
- lebih gelemer dengan nama München oleh orang2 Dochland. Bandar ketiga terbesar di Jerman, dengan penduduk sebanyak 1.42 million. Merupakan 'gateway' kepada Banjaran Alps (lokasinya di sempadan Austria dan Swiss). Juga terkenal dengan Oktoberfest - satu pesta penting di Germany, di mana orang berkumpul, minum beer, makan sosej dan menyanyi.

Sumber dari SINI

3) HAMBURG
- bandar kedua terbesar di Jerman, mempunyai penduduk 1.8 million. Hamburg terkenal dengan Harbors (pelabuhan), yang mana ianya merupakan pelabuhan kedua terbesar di Europe (selepas Rotterdam, Belanda) dan kesepuluh terbesar di dunia. Dengan several waterways running through its center, tak hairan lah Hamburg dipanggil "Venice of the North."

Sebab saya tak pegi lagi, saya ambil gambar dari SINI

4) FRANKFURT
- bandar kelima terbesar di Jerman. Bandar paling terkenal (oleh orang2 Msia) kalau sebut je Germany, kan? mungkin sbb Frakfurt Airport yang ada MAS kat situ dan di Franfurt ada Konsulat... hehehe.. Bandar ni merupakan financial center di Jerman, dan airportnya merupakan antara yang tersibuk di dunia. Tak hairanlah kalau kita jalan2 di Franfurt, memang akan jumpa orang dari macam2 negara, dan macam2 makanan dr pelbagai negara ada di sini, juga ramai di Frankfurt boleh berbahasa Inggeris jauh lebih baik dr di bandar2 lain (orang Jerman biasanya tamo ckp English tau)

Frankfurt waktu malam, sumber dari SINI 

Frankfurter Roemer (Römerberg)


5) COLOGNE
- lebih dikenali dengan nama Köln di sini. Bandar keempat terbesar di Jerman. Founded by the Romans, merupakan antara bandar tertua di Jerman. Paling gelemer di Köln ialah Catheral (Dom), yang siap pada tahun 1880. Merupakan tempat paling dekat untuk kami beli FM atau cenderahati bawak balik Msia... hahahaha :P

Sumber dari SINI

Köln Catheral yang berunsurkan gothic..
 

6) HEIDELBERG
- antara bandar yang terselamat semasa Perang Dunia Kedua. Famous dari segi pelancongan kerana Heidelberg Castle yang cantik, Alte Brucke (jambatan cantik 18th century) dan Heidelberg University merupakan universiti tertua di Jerman.

 

7) DRESDEN
- sebelum bandar ni rosak teruk semasa Perang Dunia Kedua, ia dikenali sebagai 'Jewel Box' kerana ia menyimpan koleksi art dan architecture mewah dan menakjubkan. Bandar yang cantik, kebanyakan attraction dia sebelah menyebelah so boleh sekali harung je.. hehehe...

Main attraction Dresden, sumber dari SINI
 

8) DÜSSELDORF
- merupakan capital city bagi negeri NRW (NRW adalah negeri bandar Duisburg jugak). Ada International Airport, yang mana kalau flight dr Msia, boleh guna Emmirates, Etihat, KLM dan beberapa lagi. Bagi yang sukakan shopping, Koningsallee adalah pilihan tepat sbb kat sini, mmg terdapat macam2 butik dari jenama terkenal antaranya Longcamp, Michael Kors dan banyak lagi. Antara lokasi menarik kat Düsseldorf adalah Media Harbour - tempat lepak2 yang bangunannya unik2.


9) NUREMBERG
- probably founded around the turn of the 11th century. Merupakan 'great significant' semasa zaman Nazi. Sekarang, merupakan bandar kedua terbesar dalam negeri Bavaria. Antara lokasi menarik di Nuremberg ialah Nuremberg Castle.

Sumber dari SINI

10) STUTTGART
- merupakan antara kawasan terbesar 'wine-growing' di Jerman (banyak ladang anggur). Paling gelemer di bandar ini ialah Muzium Mercedes Benz (jenama utama Jerman sampaikan bas awam pon Mercedes tau hehehe).

 sumber dari SINI

dalam kesepuluh bandar ni, bandar yang kami tak pegi lagi (atau memang tak pegi dah kot) ialah Stuttgart, Nuremberg dan Hamburg. sebenarnya, nak pegi satu bandar ke bandar yang lain mmg jauh. dalam sepuluh bandar di atas ni, paling dekat dengan bandar kami (Duisburg) ialah Düsseldorf (30 minit) dan Cologne (50 minit). lelain bandar tu mmg jenuh la, takde apa2 hal tak harap la nak pegi contohnya ke Frankfurt 3 jam dan ke Berlin 5 ke 6 jam tau sbb German ni besar.... huhuhu...

Artikel lain Germany's Top 10 Cities oleh About.com

Juga 10 Best Places to Visit in Germany oleh Touropia.com

Monday, September 9, 2013

Serena Guest House di Bandar Baru Bangi..

assalamualaikum...

anda ada jemputan kenduri kawin di area Bangi?
atau akan menjadi antara salah orang dari kumpulan keluarga menghantar pengantin yang lokasinya di area Bangi?
atau mungkin juga anda atau saudara mara akan berkonvo di UKM, Uniten dan Universiti sekitar?
boleh juga, anda ada conference atau kursus di tempat2 yang dinyatakan di atas?

kalau jawapan anda YA, kalau anda sedang dan akan mencari-cari penginapan murah, selesa dan luas di Bandar Baru Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya, Cheras, Semenyih dan kawasan sekitar, meh meh scroll ke bawah ni... hehehehe

SERENA GUEST HOUSE

Sebuah homestay di Villa Tropika Apartment, Taman Tropika, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Lokasi ni sangat hampir dengan Stesen Komuter UKM (boleh jalan kaki atau naik teksi).
So, bagi yang naik public transport tu, tak ada masalah kan... :)

Ia juga sangat hampir dengan UKM. Drive hanya 5 minit tau...
2.2 km ke German Malaysian Institute (GMI)
7 km ke Bandar Kajang
7 km ke pusat bandar Bandar Baru Bangi
6 km ke Institut Pendidikan Islam, Bangi dan ILIM Bangi
12 km ke UNITEN dan Infrastruktur Universiti

Highway pon dekat (PLUS)...
30 km ke KL
20 km ke Putrajaya
25 km ke Nilai



Homestay baru (bermakna kelengkapan pon baru dan cantik), dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, memang sangat sesuai untuk famili yang besar tetapi harga yang sangat berpatutan.

Dijamin selesa kerana ia dilengkapi dengan semua kelengkapan standard. Oh ya, ada free Wifi tau so anda masih boleh berinteraksi dengan dunia cyber :D

Bilik tidurnya mengandungi Katil, Almari, Bedside Table, Aircond, Kipas, Sejadah

  
 

Dapurnya lengkap dengan Kitchen Kabinet, Stove, Gas untuk masak, Kettle, Fridge dan Alatan Memasak yang basic spt periuk, kuali, senduk, pinggan, mug dan pencuci pinggan. So, mmg takde masalah nak masak sebab homestay ni pon dekat dengan kedai runcit :D

 

Ruang tamu ada Sofa, LCD Flat Screen 32 inci, 2 unit Meja Kopi, Kipas, Aircond dan 1 set Meja Makan.

  
  
  

Selain tu, ada Seterika dan Iron Board. Semua Bilik Mandi ada Water Heater.

 

Oh ya, Homestay ni dekat dengan Lif (tak payah susah2 nak angkat beg jauh2 hehe).. lengkap dengan pos kawalan dan parking kete yang luas...

Soooo, rasaya lebih lengkap dari sesetengah umah kita sendiri kan... hehehe...

Harganya hanya RM250 / night. Memang berbaloi kan sebab ada 3 bilik tido, leh kongsi2 bayar (kalau pegi ramai la hehehe)...

Check in pukul 2.00 petang dan check out pukul 12.00 tengahari

Berminat? boleh call Noor 019-2648628 untuk keterangan lanjut dan booking.. :)

Thursday, September 5, 2013

BBQ Piknik - Perapan untuk Kambing BBQ / Lamb Grill..

assalamualaikum...

nak share bahan perapan untuk Kambing BBQ atau Lamb Grill..
sebabnya saya perhatikan, ada beberapa orang yang akan carik resepi BBQ ni di page saya dan entri BBQ tu merupakan Top 10 dalam banyak2 entri saya... time kasih pada yang sudi search :D



actually kalau duduk di obersea, BBQ ni mmg 'acara wajib' lagi2 time summer..
sbb time ni lah kitorang gather2 ngan sesama Msian lain..
anak2 pon bebas berlari ke sana sini.. macam bes je kan hihihi...

sebenarnya tak susah pon nak ber BBQ, dulu masa kat Msia rasa macam tak penah pon berhajat nak BBQ padahal keliling umah banyak je tanah..

terasa macam payah je nak carik bahan untuk perapan tu padahal skarang baru tau, simple2 je pon bahannya..hihihi

okeylah, untuk perapan kambing grill ni, saya pernah kongsikan di SINI dulu..
pakai resepi yang tu je sbb dah puas hati kan.. hehe..

ni time belum bakar..


time kasih pada pencipta resepi ni, tak tau samada Izanmann atau Diana Arshad punya..
saya save memula dulu kredit pada Izanmann tp bila carik balik dlm blognya, tak jumpa plak resepi ni.. huhuhu..
dan Diana Arshad tu pon tak jumpa linknya di pakcik gugel, cuma ada satu blog, Resipi Mcik PTD LTD (bukan blog Diana) yang kreditkan kepada beliau..
so mintak maaf awal2 kalau tersalah kredit ye..huuhuh

KAMBING / LAMB GRILL (BBQ)
- sumber asal Izannmann or Diana Arshad



Bahan-bahannya
1/3 cawan soya sauce
1/3 cawan minyak sayuran
2 sudu besar madu
2 sudu besar halia, diparut halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus
* saya tambah beberapa sudu besar sos lada hitam (dalam botol)
* saya tambah beberapa sudu besar Kashmir Mango Chutney brand Rajah 
* saya tambah daun rosemary kering untuk menaikkan bau

 

 Cara-caranya

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku

Nota: bahan2 kat atas tu saya edjas2 jugak ikut kuantiti daging dan untuk sedap di tekak. dan biasanya saya perap minimum semalaman atau lebih untuk lebih mesra..




Tuesday, September 3, 2013

Istanbul - Grand Bazaar & Spice Bazaar...

assalamualaikum...

rasanya entri terakhir untuk Istanbul.. hehe...

kenapa letak bab shopping di entri terakhir?
sebabnya shopping bukanlah priority kami... keh keh keh..
nampak saje kami ni berjalan sana sini, tp jgn tak caya biasanya kami hanya beli 1,2 Fridge Magnet dan kadang2 saya suka beli Tshirt (sbb t shirt boleh pakai) atau lukisan pemandangan..
beli benda2 yang hanya letak dlm almari, terasa membazir pulak (ni pendapat saya tau..hehehe :P)

Spice Bazaar
Juga dikenali dengan nama Egyptian Bazaar, dibina pada tahun 1664.
Lebih kepada menjual rempah ratus, teh bermacam2 perisa, manisan manisan Turki dan buah buah kering, bermacam2 jenis kacang dll.. ada jugak FM dan barang2 lain tp tak banyak..
Lokasi berdekatan  Eminönü dan New Mosque (Yeni Cami). so boleh sekali harung aje... hehehe

 




teh pelbagai perisa..

buah buahan kering dan kacang2...
 


kasut dan lampu Aladdin pon ada hehehe... :P



set minum teh, cantik2...


dr Spice Bazaar, kami berjalan kaki ke Grand Bazaar.. jauh rupanya huhu.. nasib baik tak sesat


Grand Bazaar
Merupakan antara bazar bertutup yang terbesar dan tertua di dunia, dengan 61 jalan bertutup dan 3000 kedai, ada sumber lain mengatakan 5000 kedai (wow!)
Pembinaan bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mehmet II (Sultan Fatih) pada tahun 1455. Menjadi trading centre yang penting sejak 1461. Dibesarkan pada kurun ke 16 sewaktu pemerintahan Sultan Süleyman.
Dibuka Isnin - Sabtu dari pukul 9.00 pagi - 7.00 malam.  Ahad dan bank holiday tutup ye kengkawan... :)
Sumber dari SINI dan SINI


Ada 4 gate di Grand Bazaar ni, so akan jadi masuk sini dan keluar sana..hihihihi :P

salah satu gatenya, sumber dari SINI


Mempunyai banyak section mengikut jenis barang yang dijual. Contohnya bahagian kapet,  bahagian kulit, jewellery dll.


antara cenderahati yang boleh dibeli..


 

map Grand Bazaar

lampu2 yang sinonim dengan Istanbul.. cantik2 hehehehe


Pashmina bergantungan (tp mahel huhu)



actually Grand Bazaar ni mmg grand dr segi regenya..
mmg saya advice tak payah la beli di sini.. hahaha
kami mmg touch n go aje, tangkap gamba lebih kurang pastu zaaassss...
better kalau nak carik FM, beli di jalan besar, dekat laluan tram (dr stesen Beyazit ke SultanAhmet). lagi murah2 hehehe...

sebagai penutup, saya mmg advice semua untuk pegi Istanbul ni. honestly dalam banyak2 tempat yang kami pegi, trip ke Istanbul ni paling bermakna dan paling bes bagi kami (nyesal tak pegi awal2 huhuhu)
bagi yang duduk Europe, rasanya baik pegi dari sini sbb lagi murah berbanding pegi dari Malaysia..

dan akhirnya, saya sertakan link perjalanan kami untuk rujukan sesiapa yang berkenaan:
1) Eyüb Mosque, Masjid Penuh Syahdu
2) Dolmabahçe Palace & Mustafa Kemal Atatürk
3) Blue Mosque, Masjid Paling Gelemer di Istanbul
4) Istanbul, Syurga Makanan
5) Hagia Sophia & Topkapi Palace
6) Istanbul, Sejarah Silam, Selat Bosphorus & Fatih Mosque
7) Istanbul, Basic Info yang Perlu Anda Tahu
8) Süleymaniye Mosque, Masjid Paling Grand di Istanbul