rasanya entri terakhir untuk Istanbul.. hehe...
kenapa letak bab shopping di entri terakhir?
sebabnya shopping bukanlah priority kami... keh keh keh..
nampak saje kami ni berjalan sana sini, tp jgn tak caya biasanya kami hanya beli 1,2 Fridge Magnet dan kadang2 saya suka beli Tshirt (sbb t shirt boleh pakai) atau lukisan pemandangan..
beli benda2 yang hanya letak dlm almari, terasa membazir pulak (ni pendapat saya tau..hehehe :P)
Spice Bazaar
Juga dikenali dengan nama Egyptian Bazaar, dibina pada tahun 1664.
Lebih kepada menjual rempah ratus, teh bermacam2 perisa, manisan manisan Turki dan buah buah kering, bermacam2 jenis kacang dll.. ada jugak FM dan barang2 lain tp tak banyak..
Lokasi berdekatan Eminönü dan New Mosque (Yeni Cami). so boleh sekali harung aje... hehehe
teh pelbagai perisa..
buah buahan kering dan kacang2...
kasut dan lampu Aladdin pon ada hehehe... :P
set minum teh, cantik2...
dr Spice Bazaar, kami berjalan kaki ke Grand Bazaar.. jauh rupanya huhu.. nasib baik tak sesat
Grand Bazaar
Merupakan antara bazar bertutup yang terbesar dan tertua di dunia, dengan 61 jalan bertutup dan 3000 kedai, ada sumber lain mengatakan 5000 kedai (wow!)
Pembinaan bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mehmet II (Sultan Fatih) pada tahun 1455. Menjadi trading centre yang penting sejak 1461. Dibesarkan pada kurun ke 16 sewaktu pemerintahan Sultan Süleyman.
Dibuka Isnin - Sabtu dari pukul 9.00 pagi - 7.00 malam. Ahad dan bank holiday tutup ye kengkawan... :)
Sumber dari SINI dan SINI
Ada 4 gate di Grand Bazaar ni, so akan jadi masuk sini dan keluar sana..hihihihi :P
salah satu gatenya, sumber dari SINI
Mempunyai banyak section mengikut jenis barang yang dijual. Contohnya bahagian kapet, bahagian kulit, jewellery dll.
antara cenderahati yang boleh dibeli..
map Grand Bazaar
lampu2 yang sinonim dengan Istanbul.. cantik2 hehehehe
Pashmina bergantungan (tp mahel huhu)
actually Grand Bazaar ni mmg grand dr segi regenya..
mmg saya advice tak payah la beli di sini.. hahaha
kami mmg touch n go aje, tangkap gamba lebih kurang pastu zaaassss...
better kalau nak carik FM, beli di jalan besar, dekat laluan tram (dr stesen Beyazit ke SultanAhmet). lagi murah2 hehehe...
sebagai penutup, saya mmg advice semua untuk pegi Istanbul ni. honestly dalam banyak2 tempat yang kami pegi, trip ke Istanbul ni paling bermakna dan paling bes bagi kami (nyesal tak pegi awal2 huhuhu)
bagi yang duduk Europe, rasanya baik pegi dari sini sbb lagi murah berbanding pegi dari Malaysia..
dan akhirnya, saya sertakan link perjalanan kami untuk rujukan sesiapa yang berkenaan:
1) Eyüb Mosque, Masjid Penuh Syahdu
2) Dolmabahçe Palace & Mustafa Kemal Atatürk
3) Blue Mosque, Masjid Paling Gelemer di Istanbul
4) Istanbul, Syurga Makanan
5) Hagia Sophia & Topkapi Palace
6) Istanbul, Sejarah Silam, Selat Bosphorus & Fatih Mosque
7) Istanbul, Basic Info yang Perlu Anda Tahu
8) Süleymaniye Mosque, Masjid Paling Grand di Istanbul
saya paling suka tengok bab makanan yang meriah.. buah kering, teh bagai.. (dasar suka makan)
ReplyDeletehahaha..
Wah besarnya sesuai la dgn nama dia, Grand Bazaar. ;)
ReplyDeleteBilalah izu bley smpi ke Turkey ni huhu..tp samalah kita, shopping FM je klu makan angin. ;D