Thursday, August 25, 2011

Salam Lebaran...


assalamualaikum...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri semua...

di kesempatan ini saya mohon jutaan ampun dan maaf andai ada salah dan silap..dari segi pertuturan mahupon tingkahlaku...
semoga semuanya berbahagia semasa lebaran ini...
berhati-hati di jalanraya...jangan la bawak melebihi had laju dan janganlah bawak selow sangat (kerana ada kajian mengatakan salah satu punca kemalangan adalah kerana terlalu selow menyebabkan kereta belakang susah nak potong)

kepada ibu-ibu yg ada anak, pastikan kutip duit raya on behalf anak dengan berhemah ok...hihihihi

pada yg diperantauan seperti kami, tabahkan hati kuatkan semangat..
*jeles mode pada adik2 undergrad di sini yg dapat balik Msia unt beraya sob sob sob
dan rajin2kan lah diri memasak juadah raya walaupon kita yg masak, kita jugak yg makan..hihihihi

akhir kata kalau makan makanan bes2 seperti ketupat nasik, lauk sate, masak lodeh dan kueh tat ingatlah saya di sini...
ingatan aje tau, lemak2 jangan pass ye heehehehehe...:P

salam lebaran unt semua...
terimalah lagu raya taun 80 an dr Raja Ema dan Jamal Abdillah ini...enjoyyyy :D

Tuesday, August 23, 2011

Nasi Impit Kuah Kacang..

sambal kacang
assalamualaikum...

menu orang yg tak saba tunggu raya..??
hahaha mana adeee...
puasa ke, raya ke, sama aje suasana nye ngan hari biasa kat sini...
paling tidak masa raya nanti kami berkumpul sesama Malaysian..
sebenanyer tak tunggu raya pon, kengkadang kami kumpul jugak kalau buat makan-makan..
cuma yg sepesel masa raya ni sbb juadahnya memang juadah raya dan memasing pakai baju raya..setahun sekali aje la melaram pakai baju kurung..hik hik hik

so pic di atas bukan lah menu in advance raya saya..hahahaha :P
saje suka2 rasa nak makan nasik impit dan kuah kacang..
sedap jugak resepi kuah kacang ni, leh buat lagi lain kali...hehehehe
time kasih kat blog Oh Malaysia atas perkongsian resepi ni, izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

KUAH KACANG NASI IMPIT
- sumber Oh Malaysia

Bahan-bahan (7-8 orang)
15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 senduk cili kisar
3 batang serai (diketuk)
1 tin santan (125-150 mL)
1 keping gula Melaka
Gula dan garam
1 atau 1/2 kg kacang tanah
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara
1. Goreng kacang tanah di atas kuali (tanpa minyak). Selepas masak, ramas buang kulitnya. separuh daripadanya dikisar sehingga hancur dan separuh lagi dibiarkan separa hancur.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Tumis bahan yang dikisar ke dalam periuk. Untuk menumis, guna 3-4 sudu minyak masak.
4. Masukkan cili kisar dan santan ke dalam periuk. Kacau hingga sekata.
5. Kemudian masukkan kacang yang telah dikisar dan gula Melaka ke dalam periuk.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Bila hampir masak, masukkan pula serai ke dalam periuk.
8. Siap untuk dimakan bersama-sama ketupat, sate dan cucur udang.

Renungan Bersama..(2)


assalamualaikum...

dikongsi dari facebook adik saya...thanks itah..:)

Seorang lelaki British dtg kpd seorang Muslim dan bertanya, “Kenapa wanita Islam x dibenarkan berjabat tangan lelaki?”
Muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?” Lelaki itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya org tertentu sahaja dibenarkan utk bersalam Queen Elizabeth.”
Muslim itu tersenyum lalu berkata. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bsalam dengan lelaki asing"

Monday, August 22, 2011

Nasi Lemak Sambal Udang Petai...

sambal udang petai
assalamualaikum...

dah lama craving sambal petai...
petai ni cam chipsmore kat sini, maklumla barang import gegege...so kengkadang time ada, fulus $$ plak tak bape ada...time fulus $$ ada, petai lak menghilangkan diri..
mahal gak satu pek 2 euro lebih, so kengkadang memang *agak* lamaaaa pikir kalau nak beli hehehehe :P

baru2 ni tekadkan azam, beli gak la, ni la hasilnye...
nasik lemak sambal udang petai...
soooooo lecker yummyyy yummy...
resepi hasil bantai-bantai sendiri suke ati....hehehehhehe
nasi lemak sambal petai

SAMBAL UDANG PETAI
- by hajar@catatandarideutschland

Bahan-bahan
udang yg dikopek kulit - tak kisah nak banyak mana, agak2 aje..
petai yg dikupas kulitnya dan dipotong kecil2
1 biji bawang besar *blend
2 ulas bawang putih *blend
segenggam udang kering geragau *blend
cili kisar / cili boh - ikut kepedasan *saya pakai sket je then campur ngan serbuk paprika
1 sudu besar sos tiram
sos cili
sos tomato
sedikit santan

Cara-cara
1) Tumis bahan * sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
2) Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato
3) Masukkan udang dan petai, balik-balikkan sampai udang masak
4) Masukkan santan dan air (kalau santan pekat sangat), kacau dan renehkan sebentar. Perasakan dengan garam dan gula. Siap :)

Friday, August 19, 2011

Kalau Tak Sudi, Bagitau.....

assalamualaikum...

salam pagi Jumaat semua..

pagi ni saya nak story sket pasal satu kes yg mungkin orang2 dok obersea ni selalu hadapi...kes pas pas barang...
tak terjadi pada saya, tp pada adik saya di US..
bukan nak burukkan or carik kesalahan sesiapa, cuma elok la buat pengajaran pada kita semua..

adik saya mintak kawannya yg balik bercuti pas kan kad maybank (unt register maybank2u) dan hadiah besday pada kakak saya di selangor..
kawan dia tuh pon hometown di sngor..
bila budak tuh dah sampai Msia, kakak saya ada call unt set tarikh unt jumpa ngan dia la..tp budak tuh dok biziii memanjang (standard la balik Msia sesekali kan) dan janji unt pos barang tuh..
tapi dah 2 minggu barang tak sampai2..padahal sngor-ngor..
pos biasa...cerdik tak kawan2??
nak trace pon takleh....meibi barang tuh dah hilang...
dan paling bagus, takde rasa bersalah pon pada kakak dan adik saya...

mmmm mungkin dia tak sedar betapa pentingnya kad bank tuh...
sedih sbb dia tak dapat nak bezakan mana yg penting dan tak, walaupon benda tuh bukan barang dia...
juga amanah adik saya pada dia....
kalau tak sanggup, bagitau awal2...atau takde duit nak dahulukan unt pos laju / pos berdaftar, kakak saya sedia transfer ke dia bila2....

kami dulu pon penah pas2 camni, lesen memandu en husben saya..
alhamdulillah dia siap renewkan lagi...before passkan pada kakak saya..
dan kakak saya pass pulak pada sorang lagi kawan kami yg di Msia yg akan balik ke German...
alhamdulillah semuanya dapat ke tangan kami balik dengan selamat..

jadi kawan2 berhati2 lah...
mungkin benda tuh sangat penting bagi kita, tetapi tidak pada orang lain...
dan pada tukang pass, kalau tak sanggup bagitau je la...
taderk masalah pon dah orang tak sudi nak buat camne kan(sob sob sob)...
dari jadi benda camni, lagi susah...
hmmmmmmmmmmmmmmm......

Wednesday, August 17, 2011

Laksa Sarawak...

laksa sarawak
assalamualaikum...

laksa sarawak ni penah makan masa ikut en husben outstation ke Kuching dulu...
memang seronok masa tuh, tambah2 plak pegi berdua, ala ala honeymoon gitu hik hik hik..
banyak experience baru bab bab makan ni kat sana, laksa sarawak, nasi ayam penyet, air teh dia yg sedap tu, dan kek lapis jugaaakkk....
waaahhhh terasa rindu nak pegi lagi...hehehehehe

laksa sarawak ni yg sepesel nye, kalau nak buat kene ada pes dia..
so kebetulan baru ni kawan di sini balik Msia bercuti, so saya beli online di Aishiteru Shoppe ni, dan kawan bawakkan dr Msia..
thanks a lot tuh Ash sbb sudi bawakkan pes saya 3 ketul ni...hehehehe....

hasilnya..?? jeng jeng jeng....
bes bes leh buat lagi lain kali hehehehhe....
time kasih pada Kak Dayang Jack yg rasanye memang orang Sarawak atas resepi yg bes ni..izinkan saya tepek tepek di sini plak ek...:)

LAKSA SARAWAK
- sumber Kak Dayang Jack @MyResepi

Bahan-bahan ( 4-5orang )
• 150 gm pes laksa Sarawak (klu xde perencahnya, sila rujuk homemade pes laksa sarawak di www.myresipi.com/top/detail/6425)
• 1 peket bihun (dicuci dan dicelur)
• 200 gm udang basah
• 200 gm santan
• 2 keping tauhu (digoreng dan dihiris)
• 100 gm tauge (dicelur)
• 3 ketul dada ayam (direbus dan dicarik halus) *saya goreng dan carik2kan
• 1½ liter air
• 2 sudu besar cili kisar
• 2 batang serai (diketuk)
• sedikit daun ketumbar/daun sup (diracik)
• 1 helai daun limau purut
• 4 biji limau kasturi (dibelah dua)
• garam dan gula secukup rasa
• 2 biji telur (digoreng dan dihiris halus)
• utk sambal : 5 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar udang kering, 1/2 inci belacan, 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit garam,gula dan asam jawa.

Cara-cara
1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang(dgn kulit dan kepalanya) dan rebus sampai masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak semula.
2. Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dlm air rebusan udang td. Kacau dan tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan shj.
3. Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk membuat sambalnya : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bhn2 kisar td dan kacau lg. masukkan air asam jawa dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain di dlm mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dgn daun ketumbar/daun sup dan perahkan limau.

Nota: Sambal belacan tuh saya buat yg simple aje, tumbuk belacan n lada dan isi gula + perah limau sket..:)

Tuesday, August 16, 2011

Facebook unt Orang Murtad..Nauzubillah..

assalamualaikum...

tengahari ni rasanya tekanan darah saya naik sedikit (atau banyak??)...
en husben forwardkan satu email tentang satu page di fb...
khas unt orang murtad di Msia dan Singapore...
so saya cek sendiri di fb, memang laman ni wujud..
Murtads in Malaysia and Singapore..
jadi kawan2 jangan anggap saya percaya kabar angin...

Ya Allah nauzubillah kenapa jadi macam ni...
ahli sampai 476 dan ada diantaranya melayu..
sudahla mengaku murtad, ada yg siap bagi tazkirah ramadhan mengutuk Islam..
ada jugak yang mengutuk dan mempersendakan hukum hudud yang menjatuhkan hukum bunuh ke atas golongan ini..

Allah bagi kita manusia akal dan fikiran untuk berfikir, mengkaji...
kalau terasa diri cetek ilmu agama, dalami lah..belajar lah...
sebab itu didikan agama dari awal sangat penting...jangan tunggu akil baligh baru nak belajar puasa penuh, solat penuh 5 waktu, tutup aurat dan lain2 kewajipan...
jangan ringankan diri dengan alasan "budak lagi, takpe..enjoy dulu..."
atau "kita manusia takde yang perfect"...
lagi teruk "jaga diri sendiri dulu baru nak tegur orang"...
bukan apa, asas agama yang kuatlah yang akan menjamin keteguhan iman kita dari terpesong..

ramai ibu bapa yg menangis bila anak tak score SPM..
lagi hebat menangis bila anak tak dapat masuk AF, Mentor dan lain-lain...
tapi berapa ramai yang menangis bila anak2nya tak pakai tudung, tak nak puasa dan solat, masuk kelab2 malam dan lain2??

maaflah kalau ada pihak yg tersentuh hati nurani membaca coretan saya di bulan Ramadhan yang mulia ini..
kerana saya menulis untuk mengingati diri sendiri dan sekadar renungan bersama..
demi anak-anak saya dan generasi Islam di masa hadapan...
wallahu a'lam..