Monday, May 7, 2012

Roti Coklat Berkismis..

075-001
assalamualaikum...

lama tak berupdate, dah bersawang kah belog kesayangan saya ni? hehehe..

roti yg bes sangat sangat...seakan akan roti coklat Ros Jintanmanis yg saya dah penah buat dulu..
memang akan dibuat lagi dan lagi..
saya buat satu adunan, dan dibahagi dua, separuh saya bukukan seketul besar, dan separuh lagi saya bulat2kan comel seperti gamba di atas tuh, berintikan nutella dan kacang merah import dr msia...
hihihihi

oh ya sebut pasal nutella, beza ke nutella german dengan nutella msia?
otai blogger merangkap jiran, Kak Hana ckp nutella german nutella paling sedap dia penah rasa...katanya nutella msia cepat keras, iye ke?
mahaplah saya tak penah merasa nutella msia sbb mahal bebenor, so takleh nak compare..hik hik hik :P...
btw nutella german hanya tak sampai €2 sebotol 400 or 500 gram..
maka dengan itu senyum lebarlah en husben dan izzah selaku 'hantu' coklat di umah ini...hehehe

okehlah, kepada pencipta resepi roti Puan Roshayati Johari, Mama Fami dan Kak Hana selaku kakak kakak tukang share..izinkan saya tepek tepek resepi di sini plak ek...hehehe

ROTI COKLAT BERKISMIS
resepi asal: Puan Roshayati Johari (tak ada link)
Mama Fami dan Kak Hana

Bahan-bahan
Basic Dough
• 500g tepung gandum@tepung roti
• 100g gula
• 30g susu tepung - abaikan jika menggunakan susu segar
• 11g yis mauripan@sebungkus
• 1sk garam
• 1sk bread improver - optional
• 1sk bread softener - optional
• 80g butter@marjerin
• 250ml air@susu segar
• 1 biji telur - kacau sedikit

Bahan Tambahan (mengikut citarasa)
• setengah cawan kismis hitam atau kuning - cincang
• 1sb serbuk koko
• 1/2sk coklat emulco - optional

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
• Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
• Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
• Bahagikan bulat2 kecil kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
• Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
• Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Nota : Terpulang kepada anda utk masukkan kismis kemudian atau masukkan sekali ketika menguli. Hana masukkan awal supaya kismis hancur.*sama dengan kekdah saya*. Untuk kaedah uli tangan sila rujuk resepi asal.

6 comments: