Friday, June 29, 2012

Pau Tanpa Pakai Tepung Pau..

assalamualaikum...

kuiz ari ini - 
1) berapa banyak perkataan pau di dalam tajuk saya di atas? 
2) berapa banyak lubang bekas jerawat batu atas permukaan pau saya..ekekeke...:P

bagi sesapa nak buat pau tp tak jumpa tepung pau, boleh la terai resepi di bawah ni..
bagi sesapa yg rasa nak carik tepung pau, saya ada sharekan di SINI dulu..:)

walaupon tak perlu pakai tepung pau, saya gunakan jugak, since tepung pau dlm simpanan saya ni lambat nak luak (dlm erti kata yg lain males nak buat pau)..
bermacam2 kaler sbg tanda  pau saya ni, mewakili inti nutella (inti rasmi sepanjang zaman kegemaran en husben dan izzah), inti kacang merah (5kg angkut dr msia bila nak abis tah), inti karipap dan inti sambal bilis (paling bes)...

so sesi ucapan terima kasih berikutnya ni saya tujukan pada pencipta resepi, Kak Yani @ MyResepi dan Kak Izah Mapin Lover yg share...izinkan saya tepek2 di sni plak ek..heeheh



PAU
- sumber Kak Yani @ MyResepi (step by step bergambar) dan Kak Izah Mapin Lover 


Bahan-bahan ( 8 biji )

300g tepung gandum *saya letak 1/2 tepung pau
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

Cara-cara

1.             Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
2.             Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
3.             Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4.             Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentuk bulat.
5.             Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk. *saya letak dlm plastik besar dan tutup kemas2, masukkan dlm oven yg tak ON dan letak bekas air panas di bawahnya
6.             Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
7.             Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
8.             Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
9.             Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
10.          Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
11.          Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
12.          Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

*saya uli guna BM. Masukkan baahn2 mengikut urutan BM.



Wednesday, June 27, 2012

Jom Belajar Tanda Tanda Dalam Al Quran..

assalamualaikum...

terima kasih pada Naja, kawan FB yag berkongsi..semoga kita semua dapat memperbaiki bacaan Al Quran kita..:)


Wednesday, June 20, 2012

Time Kasih Kak Izah :)

assalamualaikum...

setelah stress dengan isu isu semasa Msia yg melibatkan saya (acece cam orang beso beso lak hehe), alhamdulillah ding dong abang DHL di tengahari ini membuahkan senyum di bibir....:)

yeee parcel saya dah sampai...


jeng jeng jeng....

taraaaaaaaaaaa.....


baju muslimah yg saya beli dari Kak Izah Daut dah sampek...hihihihihi....

sangat sangat cantik, design yg cantik, material yg bagus, lembut je, berangin2 je..mmmm banyak betul pujian melangit tp honestly saya mmg puas ati sangat2...hehehe

oh ya saya mintak kak izah pos direct ke sini, memandangkan posmen merangkap kakak saya sedang bizi dengan urusan hariannya...huhuhu
time kasih banyak2 kak izah kerana sudi melayan karenah orang jauh ni...hihihih
dan time kasih pada abang2 posmen POS MALAYSIA International dan DHL kerana bekerja dengan cemerlangnya, 8 hari bekerja dah sampai hehehe...


apapon meh cuci mata di myBESTBUY.Shop ni, selain baju muslimah, ada romper, baju kurung, stokin baby, dan lain2...sediakan mata dan sediakan duit ye...hik hik hik



Tuesday, June 19, 2012

Durian Runtuh..

assalamualaikum...

DURIAN RUNTUH..words paling gelemer bagi peneroka Felda...

bagi pembaca di luar sana, nilaikan sendiri ADILKAH Felda atas situasi ini...

camana peneroka yg berkahwin dua, 'durian runtuh' khas unt isteri peneroka sebanyak 5k itu, dibahagi sama rata antara isteri pertama dan kedua...so 2.5k seorang...

sedangkan...

dah sah sah masuk Felda atas nama peneroka dan nama seorang isteri (tak kira isteri pertama atau kedua, yg penting SEORANG sahaja isteri)...

isteri yg seorang itu yg membayar hutang Felda (bukan kedua dua isteri), isteri kedua tak masuk dlm cerita Felda pon, no peneroka pon taktau...tiba tiba.....

bedebuk dapat duit free 2.5k...

mmg betul2 DURIAN RUNTUH pada isteri yg seorang lagi tu kan??
tak perlu nama, tak perlu kerja susah2 unt bayar hutang, tak tau apa pon pasal Felda, tiba tiba bab duit dapat syer...

wahhhh sangat bijak orang orang yg di atas tuvbuat desicion camtu....tahniah2...

takpe la, doa orang yg teraniaya akan dikabulkan Allah..insyaAllah.

Thursday, June 14, 2012

Strawberry Cheesecake Cupcake


assalamualaikum...

lama tak mengepost entri masak2 kan...
takpe la, saya pon bukan terer bab masak ni, kebanyakan resepi yg saya share pon, resepi orang lain. tak sampai tahap lagi nak mencipta2 ni hehehe...:P
lagipon kengkawan blogger saya ramai yg tahap otai2 kan..biasanya resepi yg banyak saya follow adalah dari Ros Jintanmanis, Kak Izah Muffin Lover, Kak Nor Secubit Garam, Kak Nieza Finland, Kak Hana Memories..
kesemua ni saya kenal secara personal (acecece ayat, macam kamceng sangat iye hihihi)...
walaupon tak sampai tahap geng tp adalah add di fb dan borak2..apapon teringin sangat nak jumpe Kak Izah, Kak Nor dan Kak Nieza, sbb derang ni memang tak lokek ilmu masak2 ni...hehehehe
yg 2 orang otai lagi tu, Ros mmg kawan lama saya dan Kak Hana lak jiran umah di Kuantan, so senang kan..apa2 hal roger aje..hehehe :P
tp selain tu, link2 yg saya letak di tepi tu pon saya selalu jugak refer, paling tidak pon cuci mata aje..ekekekeke...


tapi entri kali ni saya copy dr adik undergrad di sini, Nabil. dia ni boleh tahan gelemer jugak tau..sbb penah saya letak gamba kami gather2 dan ada kawan blogger tegur, itu Nabil ke? wah wah sungguh maju adikku ini...hihihihi...
dan dia pon copy dari The Hummingbird Bakery, apapon time kasih atas keduanya..izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek..:)
bab deco cupcake ni saya serah pada askar 2 orang ni, izzah n lea..seronok sungguh derang bila emak dia kasik can main dengan bijik2 tu..hehehe

Strawberry Cheesecake Cupcake
-  by TheHummingbird Bakery Cupcakes and Muffins, Recipe text ©Tarek Malouf & TheHummingbird Bakers
dan Nabil Aizat


Ingredients and Steps
This recipe will get you about 24 cupcakes

240g/ 2 cups of all-purpose flour
280g/ 1 1/2 cups sugar
3 teaspoons baking powder
a pinch of salt
80g/ 6 tablespoons unsalted butter, at room temperature
240ml/ 1 cup milk
1 teaspoon vanilla extract
2 large eggs, at room temperature
12 large strawberries, chopped into small pieces

  • In a large bowl, mix together flour, sugar, baking powder, salt and butter using an electric mixer on slow speed until everything is well-combined and you get a sandy-like consistency
  • Pour in milk and vanilla extract.Beat at medium speed until all the ingredients are well-combined.
  • Add eggs and beat well for a few minutes.
  • Now the cupcake batter is ready

For the cupcake base (optional)
The original recipe didn't mention about making a base but I read about it on a blog and I personally think that having a base is better to support the strawberries that'll melt when it's baked. 

125g of digestive/graham biscuit
3 tablespoons of melted butter

  • Mix both of the ingredients together to make the base.
  • Place about 1 1/2 teaspoon of the butter-crumb mixture at the bottom of each cupcake case. 
  • Make sure you flatten out the crumbs for an even base.
  • Bake in a preheated oven(170 C) for 5 minutes.
  • Divide the chopped strawberries between the paper cases. Don't put too many strawberries in the cupcakes as it'll get soggy due to the amount of water in strawberries.
  • Pour the mixture into the paper case about 2/3 full
  • Bake in a preheated oven (170 Celcius) for 20- 25 minutes.You can check by inserting a skewer in the centre.It should come out clean.
  • After removing the cupcakes from the oven, leave them to cool slightly.Then remove the cupcakes from the pan to let them cool completely on a wire rack.

For the Cream Cheese Frosting ( Enough for 24 cupcakes)

500g/4 cups of icing sugar, sifted ( Reduce the icing sugar if you find it too sweet) *saya cuma guna half dr resepi, itupon dah manis
100g/6 tablespoons of unsalted butter
250g of cream cheese, cold

  • Beat the icing sugar and butter on medium speed until the mixture combines and is well-mixed.
  • Add cream cheese all at once and beat until well mixed.Turn the mixer to a medium-high speed/
  • Beat the frosting until it is light and fluffy for about 5 minutes.
  • DO NOT OVERBEAT! As this will make the frosting to become runny.
  • When the cupcakes are cold, spoon the cream cheese frosting on top and decorate as you wish.I sprinkled the top with the digestive biscuit crumbs



Tuesday, June 12, 2012

Customer Service di Malaysia..

assalamualaikum..

*ini bukan entri lepas geram, cuma saje nak share sikit pengalaman saya..:P

berpengalaman call mana2 customer service di Msia? camana kualiti jawapan bagi pegawai2 khidmat pelanggan ni? memuaskan? so so? dia konpius ngan soalan kita, kita konpius dengan jawapan dia?  huhuhu :P

sejak sehari dua ni, kami ber problem dengan sim card prabayar CELCOM kami, no tel Msia la..
pakai kredit jek, so kene top up la kan..


problem: INACTIVE SIM
- takleh terima sms, call dll. dgn kata lain, mmg macam takde line langsung.

so saya CALL Celcom customer service, jawapan pegawai tu adalah spt berikut:

Cara 1:
cuba off dan on balik henpon. kalau tak boleh, sila....

Cara 2:
cuba masukkan sim card ke henpon lain. kalau boleh, maksudnya henpon 1st tu tak leh baca simcard. Kalau tak boleh jugak, makna nye  simcard tu rosak, so puan kena bawak sim card tu ke kuanter khidmat pelanggan kami yg berhampiran.

saya tanya, adakah sebab dah tamat tempoh perkhidmatan? (sbb lupa bila top up dan bila abis masa kecederaan hehe)
Jawapan dia: TAK, sbb kalau tulis inactive sim tu, masalah dia hanya kerana henpon atau simcard.

ok fine dengan jawapan dia. saya puas ati.

dlm masa yg sama en husben EMAIL ke customer service mereka, dan ini jawapan En Mohd Firdaus Mohd Nor, Pengurusan Interaksi Pelanggan Celcom

Untuk makluman, akaun prabayar encik 019234**** telah ditamatkan perkhidmatannya pada 26 Mei 2012. Selepas melepasi tempoh tamat kredit panggilan, encik diberikan tempoh 61 hari bagi membolehkan cik melakukan perkara dibawah:
1. Menambah nilai bagi membolehkan cik membuat panggilan seterusnya mengaktifkan nombor tersebut
2. Membuat panggilan kecemasan, menerima panggilan dan SMS serta menyemak baki.

Oleh yang demikian, pengaktifan semula akaun encik perlu dilakukan dicawangan Celcom dan RM30 akan dicaj bagi yuran pengaktifan.

Merujuk kepada situasi encik, sila maklum bahawa encik boleh memohon seorang wakil di Malaysia untuk mengunjungi cawangan kami bagi proses pengaktifan semula akaun.

Wakil berkenaan perlu mengemukakan dokumen berikut ketika kunjungan dibuat untuk pengesahan pihak kami.

1. Surat kebenaran/pengesahan yang ditandatangani oleh encik
2. Salinan MyKad/passport encik

erk..
kenapa soalan yg sama tapi jawapan BERBEZA?
dia tulis akaun kami dah tamat 26 Mei tapi kenapa saya masih boleh terima sms pada 4 JUN?

katalah kami ikut jawapan pegawai 2, mintak jasa baik sesiapa di Msia unt pegi kuanter khidmat pelanggan Celcom unt aktifkan balik dan bayar RM30, ada jaminan ke yg sim card kami TAK ROSAK sepertimana jawapan pegawai 1? money back guaranty tak? huhuhu

sebenanya kalau kami di Msia, rasanya tak kisah sangat. tp memandangkan jauh di perantauan kan, yelah nak call derang kat Msia dah satu hal, dengan masa German-Msia yg tak sama satu hal, nak mintak jasa baik sesapa tu ke kuanter celcom laaaagi satu hal..

tolonglah, pelanggan bayar unt khidmat mereka. semestinya pegawai2 ni dah terlatih dlm menjawap soalan pelanggan. tp kalau jawap pon satu A, satu B, camne la msia ni nak maju..huhuhu


p/s: buhsan dengan jawapan pegawai khidmat pelanggan PTPTN: puan jgn risau, kami akan selaraskan kemudian....



Monday, June 11, 2012

Pflücken sie selbst!! Strawberi..:D

assalamualaikum...

entri kali ni saya nak berkongsi pengalaman bersama rakan2 memetik strawberi, musim yg kami satu famili tunggu2 setiap tahun..hehehe

spt tahun lepas, port utama ialah di Auf de Höhe, Bottrop..
kalau berkereta dr Duisburg dlm 30 min je, tp kalau naik public transport, paling cepat 1 jam dan paling lambat berejam2 (tren+bas+bas) ..huhuhu



strawberi bergelimpangan..


strawberi pelik2 pon ada..subhanallah..


ada 2 sesi memetik unt ari tu, satu sesi tghari kami satu famili dengan kengkawan dr Bonn dan Koblenz, famili Shahmi dan famili Kak Arifah..sangat gigih mereka mereka ini travel 5 jam hanya unt memetik bersama kami...balik ari plak tu..huhuhu



kawan2 kami dah tenggelam dalam dunia masing2...hehehehe







siap piknik tepi ladang..seronok betul



hasil unt bawak balik ke Koblenz dan Bonn..sekotak ni dekat nak abis dimakan oleh anak2 Kak Pah..tensen dia huhuhu...


dan satu lagi sesi petang kami bersama2 warga Duisburg, Essen, Gelsen..


dengan kata lain, muka kami ber4 aje sepanjang hari itu di ladang itu...hahahahahaha

dan las week secara tak sengaja kami terserempak dengan satu lagi ladang, Dümptener Bauernhof, Mülheim Dümpten...
lokasi yg lebih strategik sbb lebih dekat dengan Duisburg dan lebih senang access guna public transport..




tp nak masuk ni kena bayar €2 (dewasa) dan €1 (budak)..dia kasik bekas unt kita bawak balik free sama nilai dengan entrance fees..contohnya kami aritu masuk kena €6, so dapat bekas besar unt kutip strawberi bernilai €6 jugak..kalau terlebih petik, kena bayar extra..kalau kurang, kita yg rugi..hehehehehe :P

peminat tegar..heheheh


actually musim ni tak abis lagi, insyaAllah sampai ujung July so en tokey ladang, silalah jgn blacklist muka kami...hahahah:P

Thursday, June 7, 2012

Puding Permata..


assalamualaikum...


pertamanya nak cakap taktau zaman melayu melaka mana tah saya buat puding ni..
tapi dah penah buat beberapa kali..since tepung kastard aritu saya hangkut 1 kg dari msia..
dan baru2 ni masa senior balik for good ke msia, dia ada mewariskan tepung kastard dia yg tak abis digunakan...hehehe..
tp apapon alhamdulillah kat bandar sebelah (oberhausen) ada jual tepung kastard ni, makanya saya tanpa mencatu menggunakannya..ekekke
(adat di perantauan, kalau barang tu susah nak dapat, cthnya kicap kipas udang, haruslah menggunakan secara sangat berhemah huhuhu)

okehlah, saya copy resepi puding ni dr kakak kesayangan saya Kak Izah Daut (huk huk kak ijah u sayang i tak)..dan resepi asal dr Kak Rossitam @ MyResepi...
both of u terima kasih banyak2...izinkan saya share di sini plak ek...:)


PUDING PERMATA
- sumber  Kak Rossitam @ MyResepi, dan di share oleh Kak Izah Muffin Lover


Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )

** Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair (saya guna susu segar)
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar

** Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air

Cara-cara

** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.


Monday, June 4, 2012

Badminton Rentap - Duisburg 2012..

assalamualaikum...

selepas mengisi rohani dengan tazkirah, bacaan yasin dan solat berjemaah, dan tak lupa mengisi perut dengan juadah2 yg lecker lecker (hik hik hik), ahadnya kami bergerak pulang ke Duisburg..

misi yg belum tamat, kerana isnin nya en husbenku bersama kengkawan2 nya akan join tournament Badminton sempena Rentap (pelbagai sukan yg dibuat setiap tahun bagi mostly student2 undergrad Msia di Germany)..
dan tahun ni giliran bandar kami dan bandar jiran kami, Duisburg dan Essen menjadi tuan rumah..

Fit4Life, tempat pertandingan..



suasana meriah adik2 undergrad..:)


team Zahim & Firdaus (Firdaus peracun awal yg ajak derang2 ni join hihihi)...


team Shahmi & Amyr..


pompom girl yg setia menyokong 2 team ni...di bawah pengawasan emaknya yg memegang kamera ke hulu ke hilir...hihihihi


plan strategi (kene tangkap dr belakang supaya strategi tak terdedah kepada umum)


 skodeng team lawan, unt carik kelemahan...hahahaha :P


group lain2, so kenkonon nya takkan berentap sesama sendiri unless sampai ke suku akhir (impian murni masing2)


result? menang kalah adat bertanding (ayat kaber line..hahahah :P)
apapon tahniah pada team shahmi & amyr yg berjaya menang 1 game dr 3 game derang..siap menang pada group yg tak penah kalah...cayaaalllaaahhhh...hihihihi

dan tahniah jugak pada team zahim & firdaus kerana berjaya mengeluarkan peluh2 di badan..takpe next year kita tong tong tambang tiket tren ke Stuttgart unt Rentap taun depan okeh...hihihhihi :P

sbg penghargaan, kami jamu peserta dan kawan2 duisburg dengan lunch kecil kecilan di rumah..
pemain2 mengabadikan kenangan bersama tetamu terhormat, saudara Badri Kudos (berbaju hitam) dan pengiring beliau, en Fadzly ...:)


 

apapon seronok sangat dapat bersama2 memeriahkan...time kasih pada kengkawan semua yg menceriakan hidup kami di sini...dan pada tetamu2 sampingan yang sudi datang menjamu selera..hihihi...