Thursday, September 13, 2012

Filem Kita Wajah Kita..

assalamualaikum...

saya ambil dari Hilal Asyraf Offical Page..
Ada orang buat filem hina nabi, kita marah. Ya, kita memang layak marah.

Tetapi bila kita nak buat dan perbanyakkan filem yang cintakan Nabi, tunjukkan keindahan Islam, menunjukkan bagaimana cantiknya Islam dalam menangani kehidupan masyarakat majmuk dan bagaimana Islam melayan agama-agama lain?

Marah itu marahlah juga.
Tetapi marah semata-mata tak ada makna.
Filem itu dari masa ke semasa, akan ada lagi nanti orang yang memusuhi Islam buat. Kita sendiri bukan tidak melihat betapa tidak seriknya mereka. Ini bukan video pertama yang dicipta bagi menghina Rasulullah SAW dan Islam.

Jadi, apakah kerja kita adalah:
"Setiap kali ada orang buat filem hina Islam, kita bangkit dan marah! Itu tanda kita memberikan sokongan dan menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW!"

Bukan saya nak kata tak boleh marah, ekspressikan rasa kecewa dengan sikap itu dan sebagainya. Tetapi, ya lah, sampai bila nak marah?

Filem kita masih filem gengster, hantu, cinta lelaki perempuan tanpa batas syara', pakaian pun dedah-dedah dan sebagainya.

Kita marah orang buat filem hina Nabi.
Jadi kita ada sungguh-sungguh tak masyhurkan Filem cinta Nabi, filem persembahkan keindahan Islam, filem yang menunjukkan kecantikan pempraktisan Islam di dalam kehidupan?

Sebab saya rasa,
bila kita asyik marah, dan tidak dapat kawal kemarahan kita,
musuh-musuh Islam akan sekadar mempergunakan kemarahan kita tadi, bagi menunjukkan betapa buruknya kita di mata dunia.
 

sbb tu saya jarang tengok cerita Melayu. sbb kadang2 bosan dengan jalan cerita, nak kata lawak tak ketawa, nak kata sedih pon tak logik. bosan dengan Akademi Fantasia, Mentor, Raja Lawak dan lain2 program tivi yg menyaksikan susah payah remaja2 Msia beratur dan ibu bapak pon sama2 menangis kalau anak tak terpilih. susah nak carik yg menginsafkan seperti cerita Indonesia lepas yg saya share, Hafalan Shalat Delisa itu. huhuhu

6 comments:

  1. filem indon kdg2 lg bagus jln citer dia...

    ReplyDelete
  2. baik tgk cite jepun.best2.ekekeke. tgk je dkt dramacrazy.mmg byk cite best.huhu

    ReplyDelete
  3. pengarah cari duit je..konon utk dedahkan yg buruk supaya ambik pengajaran.. hakikatnya tak punn..

    cite omputeh lagi bermoral dari cite melayu..

    ReplyDelete
  4. hmmm... moga2 lepas ni byk filem2 melayu yg islamik dan mengnsafkan... eh... bukan skrg musim demam Adam Hawa ke...ngeee

    ReplyDelete
  5. betul...kadang2 byk citer lawak je kan!..hihi

    ReplyDelete
  6. Siti, favourite wa, dari dulu sampai skarang , Lord of The Ring :)

    ReplyDelete