Monday, September 24, 2012

Pasaraya Barangan Harian dan Stail Promosi di German..

assalamualaikum...

entri kali ni saya nak share tentang pasaraya barangan harian dan stail promosi di German..

hidup sebagai full housewife di sini, salah satu skop 'kerja' saya adalah beli barangan harian hehehe..
kebiasaannya saya membeli sendiri dan jalan kaki kerana pasaraya2 ni dekat je dengan umah..

di kawasan umah saya ni, pasaraya yg paling dekat dengan rumah saya ialah Penny (120 meter), Edeka (260 meter) dan Aldi (500 meter)..
Saiz pasaraya ni biasanya dlm satu bangunan yg sederhana besarnya, dan banyak di dalam sesuatu kawasan tu. contohnya dlm Duisburg ni, ada 4 pasaraya Penny, ala ala Tumas Manja kat Kuantan tu hehehe....
barang yg dijual biasanya barang2 makanan, basah dan kering, beku dan tak beku. pakaian or barang elektrik or kuali dll biasanya dijual time ada promosi sahaja..
Penny

Aldi

dan ada jugak pasaraya dalam bangunan besar, contohnya REAL, Kaufland dll, kadang2 jauh skit dr kawasan perumahan dan dalamnya ada kedai2 kecik..ala ala Giant tu hehehe...
barang yg dijual, selain barang2 makanan, biasanya ada jual peralatan elektrik, pakaian dll..
REAL

masa urusniaga plak Isnin - Sabtu sahaja. Ahad kebanyakan kedai kat German ni T.U.T.U.P
dan ada pasaraya yg bukak seawal 7 pagi dan tutup pukul 10 malam..

pasaraya di sini kebanyakannya tak kasik beg plastik free, so biasanya kita akan bawak beg plastik siap2.. macam saya, selalunya lea akan volenteer bawak beg shopping ni..(masa pegi je la, tengah kosong hehehe)

 di sini biasanya promosi dengan katalog, setiap minggu akan sampai katalog kat post box..
  
 

then, promosinya dari seminggu ke seminggu..yg biasanya buat sale tengah, hujung tahun, or sale penghabisan stok tu biasanya hanya pasaraya barangan biasa (baju, perabot dll)
biasanya kat katalog akan ada tulis dr berapa hb ke berapa hb..
contoh di bawah ni, dr 24 - 29 September 2012
 

kalau barang2 yg HOT tu, kena serbu hari Isnin pagi2 tau.. sbb kalau pegi Sabtu, hehehe ikut nasib la..:P


dan banyak2 pasaraya harian ni, ada ranking murah dan mahal dr segi harga barang..ada jugak ranking dr segi kepelbagaian barangan..
contohnya, kalau di Duisburg ni, antara pasaraya murah ialah Penny, Aldi, Lidl tapi pasaraya yg dlm kategori murah ni, biasanya kurang kepelbagaian nya..huhu..
kerana stail di sini, setiap pasaraya ni akan keluarkan produk sendiri, jadi produk sama tp jenama lain tu kurang la variasinya...
kalau pasaraya yg besar macam Edeka dan REAL tu, kadang2 harga barangan mereka mahal sikit tp lebih banyak pilihan..so mana mana pon ada pro & contra nya...hehehe

dan kalau dekat2 perayaan standard di German ni, biasanya semua pasaraya akan buat promosi benda yg lebih kurang sama...
contohnya New Year, semua akan berlumba2 jual mercun...i likeeeee....hehehe
dan skarang ni, tak lama lagi Holloween (Oktober), so banyak la jual benda2 sereeeemmmm ni, walaupon Duisburg tak sambut (baca: tak coti)...yg ni i tak like...huhuhu

promosi Halloween kat Aldi

 promosi Halloween gak kat Penny
 

dari segi kualiti or mutu plak, kalau jenama standard yg ada di mana2 pasaraya tu, mmg la kualitinya kita sedia maklum..
dan kalau produk keluaran pasaraya tu sendiri, biasanya mana2 pon lebih kurang. contoh macam susu segar, tepung gandum or air mineral.. (tak tahula orang lain, kalau saya sama je rasa susu segar Penny dengan susu segar Aldi huhu)
cuma kadang2 macam tisu toilet, tisu dapur tu saya memilih jugak....hik hik hik

harga?
tentulah produk keluaran pasaraya tu sendiri lebih murah dr produk jenama lain..muahahaha....
tp apapon, biasanya harga produk sendiri sesuatu pasaraya tu sama je dengan produk jenama pasaraya lain, contohnya susu segar keluaran Penny dengan keluaran REAL sama harga €0.51

ni contoh barang yg dipromosikan..
  


biasanya kat sesuatu pasaraya tu, ada section barang €1..

TOM TOM Navi System €119

Sabun Persil €3.99 

Softlan 1 liter €1.29

Toshiba 3D Full HD LED 46 inci €798

XBox 4 GB Set + CD Soccer €198

secara personal, saya rasa sistem ni bagus. customer yg kurang duit macam saya ni leh compare barangan mana di pasaraya mana yg lebih murah...hahaha :P
mungkin barangan asas tu sama harganya, tp bila time nak membeli barang2 lain, mmg katalog ni sangat membantu tau..
dan setakat pemerhatian saya, walaupon pasaraya ni sebelah2 tp still masing2 ada pelanggan. dan contohnya di kawasan rumah saya ni ada 3 pasaraya, tp masing2 leh hidup kerana pelanggan biasanya akan pergi pasaraya yg terhampir dengan mereka (kalau hanya nak beli barangan harian biasa). macam saya akan prefer Penny dari Aldi, or takkan sanggup nak pegi Lidl yg tak tau kat mana...ekekeke...:P

dan satu lagi yg saya suka, sikap pekerja2 yg trust kita as pelanggan. susah nak jumpa pak or mak guard yg jaga kat muka pintu..
bawaklah beg besar mana pon masuk pasaraya..biasanya cashier tak cek pon (takut kita curi ke). cuma Kaufland yg selalu cek kalau kat troli kita ada plastik.


staf dia plak tak ramai dan multipurpose (bagi pasaraya sederhana). dialah cashier merangkap tukang susun barang...kalau tiba2 mesin recycle botol ada problem, dia gak yg pegi tengokkan...hahahaha...

mmm rasanya itu aje yg teringat unt ditulis. sekadar pengalaman benar unt dikongsi bersama semua pembaca dan unt kenangan saya di kemudian hari...:)

14 comments:

  1. salam kenal..tumpang baca pengalaman perantau di German :-)

    p/s: part dpt katalog tu pun saya sukaaa...sama mcm kat tempat saya jugak. Senang nak buat pilihan :-)

    ReplyDelete
  2. Sini ader lg system plastic bag tu
    Cuma ramai nihonjin bawa bag theyols sendiri
    Then kt sini x de catalog brng2 mcm tu
    Maybe nk jimat kos kot

    ReplyDelete
  3. bagus lah dia hantar ke rumah..so that kita boleh bandingkan harga dan plan dulu nak pergi yg mana satu ikut barang yg kita nak pergi kan..

    berbelit lidah nak nyebut perkataan jerman..haha..

    ReplyDelete
  4. artikel ni mmg best!kajian dan laporan yang baik.
    chewahhhhh

    tapi baguslah tak guna beg plastik. kesian penyu2 banyak yang mati sebab beg plastik ni.

    ahad tutup? hahaha.. kalau kat mesia ahad tutup, sure ramai yang tensen.. esp yng muda2 sebab nak tenet. hahahaha


    tp diorg buka kul 7 pg then better juga. at least saper yg bizi leh beli barang awal2 pagi sblm gi kerja

    ReplyDelete
  5. slam kak, kt situ xde pasaraya neukauf ke? hehe.. dulu duk kt siegen, NRW xde plak penny.. plg dekat dgn rumah neukauf dgn aldi dan Rewe.. :)
    rindu saat2 menarik troli2 tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam fylla. takde la plak jumpa neukaf kat sini hehe..ooo ada aldi ok la kan, murah la sbb rewe mahal sket..hehe...tu la nanti akak pon akan rindukan saat2 rilex camni..huhuhu

      Delete
  6. salam kak! danke für die interessante info :-) kak, nk request story bleh? ce kak cite psl how open their media coverage towards ruling party and opposition.. org cite, very fair and dlm tv xde nk promote one side only as in 'other country'.. cecite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..mmm rasa macam susah sket nak penuhkan hajat tu. sbbnya saya masih tak berapa faham bahasa german so berita dlm tivi ni tak tgk hehe...tp baru2 ni mmg ada pilihanraya di sini, apa yg berbezanya, poster takde la melambak2 macam di msia, cuma tepi2 jalan ada la satu or dua poster unt satu2 parti yg bertanding. setiap parti akan promote apa yg dia perjuangkan, cthnya kalau dia menang, akan ...... dan takde parti yg naikkan bendera pon. mmg macam aman je suasana nya.hehehe

      Delete
    2. no prob kak! just some other suggestions; public transport yg on time, döner yg menggiurkan, awek2 turki yg idung tepacak (ok,abaikan ni..kui3) keep on writing coz it inspires others to reach there too, and mengimbau memori others who used to be there as well :-)

      Delete
  7. Salam Perkenalan. Suka tgk kehidupan org dluar negara...keep in touch

    ReplyDelete
  8. lebih kurang cam kt care4 kt sini kan..suka kasi brosur camtu..hihi

    ReplyDelete
  9. Salam hajar!!! seronok kan kalau time sale2 gini, kalau kat sini biasa2 jer kot tp hampir setiap bulan ada sale, kalau mcm tu mmg kering ler pokett asyik keja nak menyoping ajerr ehehe...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    Suka baca cerita pengalaman Siti. Senangkan ada bahan rujukan mcm brochure tu, klu sesak2 leh carik yg murah2. Cam kat sini gak, Carrefour, Tesco, Giant, Jusco ada keluarkan brochure....yg diletak dalm mailbox...

    ReplyDelete