Wednesday, October 3, 2012

Selfish..

assalamualaikum..

ini entri kecewa sila baca dengan nada kecewa hehehe :P

saya tau semua orang ada pendapat masing2. tp pendapat kita menunjukkan tahap pemikiran kita. bila pendapat kita tak sama dengan orang, tak semestinya kita akan terima (kalau kita still rasa kita betul) tapi pada saya itulah kelebihan bertukar2 pendapat. dan kadang2 dari tak tahu, kita akan jadi tahu sesuatu benda kan...

saya diberi kesempatan merasa duduk di negara orang. GERMAN. negara maju.

dengan kata lain, banyak kelebihan negara maju ni. banyak point di sini yg jauh lagi bagus dr negara mundur or negara membangun. itu basic yg semua orang tahu.


terus terang, pada pendapat saya, public transport, sistem persekolahan, harga barang keperluan, harga kereta (baru dan 2nd hand), kualiti barang dan perkhidmatan, sistem highway tanpa tol, sistem kitar semula, kebersihan, keselamatan dll jauh lebih bagus dr msia. ini benda yg kami sebagai penetap sementara di sini mmg alaminya. sbb itu tak hairan, ramai rakyat msia yg berpeluang kerja di negara maju (tak kisahlah german ke, jepun ke) atau rakyat msia yg kawin dengan 'orang luar' memilih untuk menetap di situ dan balik msia hanya unt bercuti..hakikat yg semua orang sedar..:)

saya hanya berpeluang merasa selama 4 tahun (insyaAllah). tentu lah tak sama pengalaman dengan rakyat negara itu sendiri, yg lebih tahu baik buruk negara tu. saya tahu di sini still ada kekurangannya. saya sedar hakikat tu. jadi selama berpeluang duduk di sini, saya dengan berbesar hati melihat dengan rasional dan ingin berkongsi kepada semua (yg mahu sahajalah) pengalaman saya di sini. yg baik saya jadikan panduan, yg buruk jadikan tauladan.

sbb pada saya senang aje. nak jadi maju kene banding dengan yg maju. samalah dengan nak jadi pandai, compare dengan budak pandai. nak jadi baik, compare dengan budak baik. simple.

dalam Islam pon, kalau kita jenis yg solat 5 waktu (alhamdulillah), then compare dengan orang Islam yg tak solat, mmg kita rasa amalan kita dah cukup. betul ke pemikiran camtu? hummm sampai bila2 la kita di takuk yg sama...

tp ada pulak suara2 sumbang (atau off pitch) yg takleh terima point2 yg bagus di sini (contohnya bila saya katakan di sini, alhamdulillah masih selamat berjalan kaki pukul 12 malam tanpa risau orang ragut atau rogol), dan dia suruh saya menetap terus di sini.  aman pada perspektif dia mungkin hanyalah aman dr PERANG. jadi, perlukah kita tunggu kita jadi mangsa ragut, mangsa rogol, mangsa pecah rumah atau jadi baby anak tak sah taraf yg dibaling dari tingkat 3, baru kita layak bercakap soal aman? nauzubillah.

helo, kawan satu lab suami saya orang Palestin, abis PhD still balik ke Palestin unt berkhidmat di negara sendiri, still memikir nasib keluarga dan rakyat dia. sedangkan dia boleh senang2 je duduk aman damai di German. so pada yg berfikir macam tu, mmg anda selfish kerana agaknya kalau anda di tempat dia, dah lama anda isi borang PR agaknya. hahaha...:P

saya tetap akan balik Msia (insyaAllah). walau saya tahu, susah dah nak minum susu segar lepas ni. tak dapat dah belanja barang dapur dengan 400. walau saya akan terkejar2 dengan kerja, anak sekolah dan stress meng iron baju hahahah...kerana saya sayang negara saya. saya bukan jenis tgk negara orang bagus, terus rasa nak convert jadi orang sini. dan saya bukan jenis yg rasa negara saya hebat tanpa cacat cela, tanpa perlukan penambah baikan. sbb saya bukan lagi BELIA yg perlukan rebat RM200 unt smartphone di kedai2 terpilih!

8 comments:

  1. org yg kata gitu mmg dengki
    tahu tak..kalau free,saya mesti baca blog org2 yg duk oversea.sbb berangan nak duk oversea.mmglah kita patut bersyukur kerana kat mesia takde peperangan.tp bila bercakap psl benda positif kita kena akui

    ReplyDelete
  2. salam,
    saya pulak..bukan tak cukup patriotik..tapi saya takut masa depan anak2..mmg saya sekarang tinggal kat malaysia..tapi kalau ada peluang teringin jugak nak berhijrah..sbb risaukan keselamatan dan masa depan anak2..

    kat sini..yg tak bersalah boleh dijadikan bersalah..dalam rumah pun tak selamat..ya.. mmg ajal maut ditangan tuhan..tak kira di mana.. tapi menakutkan bila kita lihat sendiri bagaimana anggota keselamatan menjaga pihak yg ada kepentingan lebih dari jaga keselamatan masyarakat..

    bukan saya tak sayang negara..tapi keluarga saya tanggungjawab saya..tapi tu lah..saya masih banyak tanggungjawab di sini..mak ayah pun kat sini..

    so lebih kurang takde choice.. :D

    apa pun setiap org ada pendapat masing masing kan..ni cuma pendapat saya..

    saya rindukan zaman di jepun sbb saya tak risau bila terpaksa balik lewat menghabiskan kerja di lab..kat sini..siang buta pun kena hati2.. T_T

    susah bagi saya utk tak compare perkara macam tu.sbb seingat saya zaman saya kecik dulu mak ayah tak risau nak bagi saya berjalan kaki balik sekolah sendiri..zaman sekarang saya tak berani..dgn kata lain..kadar keselamatan semakin teruk walau pun pemimpin kata negara kita aman damai..dalam bab lain saya taknak compare..kecewa nanti..

    ReplyDelete
  3. Terbaikkk.. Akk mmg suka baca pngalaman hajar n suke point2 yg hajar ketengahkan n slalu share ngan haby akk. Dan dia akan share pulak apa yg boleh pada cra kerja dia n dgn staff dia.. Tq hajar

    ReplyDelete
  4. teringin gak nk rasa camne duk neg maju...^^

    ReplyDelete
  5. org yg narrow minded mmg akan ckp mcm tu hajar,abaikan dorg ni!mmg kat sini tak berani keluar sorang2 bkn kata mlm,siang pun sama!kalo nak cerita bab public transportation dll hmmmm mcm pftttt

    ReplyDelete
  6. betul.
    tapi kalau buat keputusan nak bekerja di luar negara pun apa salahnya. niat kita kan nak mencari rezeki. bukan bermakna kita tak sayang negara kita.

    ReplyDelete
  7. hanya org yg diberikan peluang dan rezeki oleh Allah untuk pengalaman hidup di luar negara akan faham apa yang saudari ceritakan di sini. Bila kita buat perbandingan baik buruk, bukan sebab kita tak sayang negara kita. Kita sayang dan mahu negara kita jadi lebih baik lagi dengan mengambil tauladan2 baik dari negara maju. Malangnya kalau cakap dengan orang di sini lepas kita kembali ke Malaysia, orang cap kita 'berlagak' dan ' ya lah orang penah dok overseas'. Bukan itu tujuannya kita bercakap sedemikian. Kalau Malaysia boleh jadi mcm mana2 negara maju yang maju fizikal dan mental, ia akan jadi lebih seronok untuk didiami berbanding mana2 negara overseas yg pernah dilawati.

    ReplyDelete
  8. ermm saya memang suker jerman siap belajar bahasa jerman time study dulu tapi peluang takder nak kesana...tgk blog hajar raser mcm best sangat....tapi bagi saya tak kisah kalo nak duduk maner pun janji kiter happykan...

    ReplyDelete