Sunday, October 28, 2012

Riadah -1° Celcius..

assalamualaikum...

suhu yg tiba2 sangat drop minggu ini...

dalam kesejukan gegege, sempat lagi kami berbasikal ke taman mainan tengahari Ahad..
dalam cuaca -1 mmg menggigit2 sampai ke tulang...gigih kami tau hehehe...:P

dalam nak beriadah, sempat lagi bawak tripod hahaha...
sbbnya autumn tak abis lagi, tiba tiba macam dah winter..
daun masih kekuningan tp asap dah menderu2 keluar dr mulut...

apapon harapnya terbakar sikit lemak akibat membalun kambing bbq di jamuan raya semalam..hahaha :P

 



 

Wednesday, October 24, 2012

PTPTN - 10% Diskaun bagi Pembayar Konsisten..

 
 assalamualaikum...

topik PTPTN, kalau ikut maleh nak nulis tp share aje la mana tau ada yg berminat untuk tahu..

kalau perasan, Buget 2013 yg lepas, ada disebut pasal PTPTN. berkenaan diskaun 20% bagi yg lunaskan semua pinjaman (maleh nak komen bab ni sbb saya mmg tak mampu nak lunaskan) dan berkenaan 10% diskaun bagi pembayar konsisten.

2,3 hari lepas, ada email dr PTPTN, maklumkan nama pegawai yg handle akaun kita. so kalau ada apa2 kemusykilan, boleh email direct pada dia. dan sekiranya pegawai tersebut tak respon dlm masa 7 hari, kita boleh buat aduan (wallahua'lam akan ada tindakan ke tak). so semalam saya email ke pegawai terbabit dan alhamdulillah hari ini dah dapat jawapan.. (walaupon dia tak menjawap sepenuhnya pertanyaan saya)

berkenaan 10% diskaun tu, boleh baca FAQ di SINI, dari website PTPTN

dr apa yg saya faham:

1) untuk validkan kita dapat diskaun tu, MESTI bayar ikut jumlah bulanan yg ditetapkan (kes saya RM360 sebulan) selama 12 bulan BERTURUT-TURUT mulai 1 OKTOBER 2012

2) kalau bayar lebih dr amaun takpe, kurang tak boleh, baca: TAK LAYAK (walaupon konsisten)

3) diskaun akan dibayar mengikut PELARASAN SEMULA akaun, selepas habis tempoh 12 bulan tu (bukan duit tunai ek hehe)

4) pembayar konsisten before 1 Oktober 2012, TAK TERMASUK dlm diskaun ni. hanya pembayar konsisten BERMULA 1 Oktober 2012 sahaja yg layak.

5) pemberian diskaun 10% tiada had. (ni tak berapa paham). macam leh dapat sekali setiap tahun,  asalkan kita konsisten, sampailah abis utang..wallahua'lam


Sunday, October 21, 2012

D&C Lagi..

assalamualaikum...

tiada rezeki lagi buat kami satu famili untuk menambah ahli keluarga..

sebulan lebih yg lepas, saya merasa pengalaman D&C di rantau orang..
kandungan mencecah minggu ke 9 bila doktor sahkan 'kandungan tak menjadi'..tiada heatbeat mahupon embrio..


sedih dan kecewa pasti ada, tambahan pula ini kali ke3 saya tiada rezeki dlm proses mengandung. pernah D&C pada usia kandungan 11 minggu (atas sebab yg sama dgn kali ini) dan pengalaman bersalinkan arwah pada usia kandungan 23 minggu..

sebenarnya ramai kengkawan yg tak tahu berita saya mengandung dan D&C ni. bukan niat nak berahsia tp memandangkan masih awal dan saya agak 'trauma' dengan mengandung ni disebabkan pengalaman2 yg lepas..huhu..
kawan2 di sini pon hanya sebahagian sahaja yg tahu. ada yg tahu secara tak sengaja dan ada yg kerap bertanya khabar sampai las las jadi tahu hehe..

apapon saya sangat sangat terharu dengan doa mereka ni, ada yg masakkan lauk (masa saya bleeding) dan lepas D&C kasik saya minyak panas dan pilis hahaha, dan ada yg kasik hadiah untuk penaik semangat jugak..

check up di klinik mengandung seawal 4 minggu. doktor klinik scan setiap minggu hingga akhirnya saya dirujuk kepada hospital.

minggu ke 4
tak nampak apa2

minggu ke 5
baru nampak kantung

minggu ke 6
kantung membesar tp still tiada embrio. hujung minggu ni saya tiba2 bleeding (fresh blood) tapi sikit dan tak sakit

minggu ke 7
still bleeding. kantung masih kosong jadi doktor berikan masa 1 minggu lagi.

minggu ke 8
still bleeding. tiada embrio, tiada beat. doktor transfer kes saya ke hospital

minggu ke 9
masih bleeding. doktor pakar sahkan kandungan saya tak menjadi. tamatlah kisah mengandung saya kali ini. hehehe...

mutterpass (buku mengandung) yg tinggal kenangan huhuhu..

pengalaman saya D&C kali ini berbeza dengan pengalaman D&C saya di hospital kerajaan di Msia.

1) keputusan unt D&C sangat cepat. hari ini doktor pakar sahkan saya perlu D&C, esok datang hospital unt isi borang, ambik darah dll, dan lusa terus D&C. di Msia dulu, saya perlu tunggu atleast seminggu (itupon sbb doktor di klinik swasta bagi surat recomendation unt cepatkan, kalau tak saya kena tunggu 2 minggu)

2) sehari sebelum D&C, saya kena jumpa 3 orang doktor di dalam bidang masing2. setiap doktor akan terangkan proses unt keesokan harinya (semasa D&C) dan risiko yg saya mungkin hadapi. contohnya doktor bius, dia akan terangkan semua berkaitan bius (termasuk risiko). dan ada seorang doktor tu, siap lukis 'benda' yg akan digunakan dlm proses D&C, berapa lama operation berjalan dan prosesnya: masuk ubat - bius full - D&C - sejam dipantau oleh doktor - 2 jam berehat dlm bilik - makan - jumpa doktor unt final check up - balik.

3) setiap pesakit dibekalkan satu fail. doktor setiap bahagian akan isi dan sign. selepas diberi penerangan, pesakit akan sign jugak. dan akhirnya kita sendiri yg bawak fail tu ke wad, tempat kita akan berehat sebelum dan selepas proses D&C keesokan harinya.

4) di German ni, semuanya dicover oleh insurans kesihatan, termasuk kos bersalin dan D&C. jadi kami tak perlu bayar apa2. walau tak tido di wad, still diberi katil untuk berehat. anak2 dan suami bebas lepak di sini. bilik 2 orang, dalamnya mmg selesa. siap ada toilet dan shower, dan tivi. hehehe...

5) proses 'puasa' yg tak lama. saya disorong ke bilik operation seawal 9.30 pagi dan 11.30 pagi saya dah disorong balik ke bilik untuk berehat, pukul 1 lebih dah sedar sepenuhnya dan mintak makan hehe. ingat lagi kenangan D&C dulu, mmg kelaparan seharian sbb turn saya D&C petang. seingat saya, dlm kol 5 pm baru semuanya selesai. huhuhu

apapon satu persamaan Msia-Germany, proses menunggu yg LAMA. proses daftar sbg pesakit luar cepat sangat, tapi proses nak jumpa 3 doktor tu sangatlah lama..huhu..

hospital tempat saya D&C

semasa saya bleeding selama 18 hari tu, mmg lemah semangat seluruh badan. sbb dulu masa saya mengandungkan arwah, saya pernah bleeding jugak tp tak lama. dan cabaran kali ni, kebetulan en husben saya kena pergi conference di France selama 5 hari. akhirnya dia pergi 3 hari je, nasib baik Prof dia memahami. dan sepanjang dia takde, beg baju saya mmg dah pack unt standby kecemasan. debarnya sepanjang 2 malam tu hanya Allah yg tahu..huhuhu...

apapon time kasih banyak2 pada en husbenku yg bersusah payah memasak dan menguruskan rumah semenjak saya bleeding dan selepas D&C..terasa macam pemaisuri hik hik hik...i lap u abang...muah2

Thursday, October 11, 2012

Sushi the Making..

assalamualaikum...

entri khas untuk Izu dan Ana..hehehe
sebenarnya ana dah lama request saya snap bahan2 sushi ni. tp arituh tak berapa sihat so baru ni tercapai hajat nak snap2...huhuhu sori ek..

mmm so far inilah barang2 yg digunakan masa buat sushi.


beras sushi (banyak jenama kami just pilih satu je)

cuka sushi

masa gaul tu, en husben saya isi garam skit

then letak dlm bekas ni. padat2kan..hehe 

balut dengan  sushi seaweed wrap ni..
*gamba ihsan gugel


pastu untuk atas dia, top fav mestilah unagi. hehe..sashimi pon ada jual kat Asia Supermakt di sini.
tp kat sini tak leh tolong la, bahan2 atas tu mmg frozen. kesian kan? ekeke...:P
dan harga unagi ni mahal, dlm €10 satu pek. masa bayar pon, tokey kat kaunter pon pesan takut2 kami tak prasan harganya..huhuhu..dia ckp 'mahal tp sedap' (dlm german la hehehe :P)
*gamba ihsan gugel
 dan telur ikan. en husben saya gaulkan dengan mayonis untuk kurangkan masin dia


 kadang2 dia lenyek telur rebus + mayonis. sedap



so inilah hasilnya..

mmg mungkin tak sesedap kat jepun (sbb tak fresh) tp pada saya inilah sushi yg terbaik sbb en husben yg buatkan (jek sket kat dia :P) dan sbb saya jadi tukang makan jek...hahahha

Monday, October 8, 2012

Hot Corelle Msia..

assalamualaikum..

segmen kostenlos werbung (iklan percuma) kembali lagi hehe...

minat Corelle?
meh kita cuci cuci mata di page Hot Corelle Malaysia ni...
ready stock di Msia..
sapa area KL dan Sngor lagi senang, leh COD aje..
tapi bagi seluruh Msia pon apa salahnya, boleh mesej untuk delivery..

contoh Corelle bulat..

contoh Corelle 4 segi..



ada jugak produk Conningware tau, contohnya macam di bawah ni..
  

so unt apa apa pertanyaan, boleh direct email kepada Ita, sitinor_marsita@yahoo.com.my
 atau boleh klik link INI untuk tengok dengan lebih lanjut...hehehe

Tschüss


Friday, October 5, 2012

Asam Pedas Daging...

assalamualaikum...

menu semalam. kira fresh la lagi entri ni kan hehehe...:P

sedap. so kalau ada lebih lebih stok lengkuas dlm peti ais tu (macam saya) boleh la terai. opss pakai rempah tumis jugak. hummm.....:)

time kasih pada Sya_Annur @MyResepi atas resepi ni. dan Kak Izah Daut as tukang share. izinkan saya tepek2 di sini plak ek...


ASAM PEDAS DAGING
- sumber Sya_Annur @MyResepi dan Kak Izah Daut



Bahan-bahan ( 6 org )

1/2 kg daging (rebus hingga empuk) *saya tak rebus pon
1 biji terung *saya tak bubuh
10 biji cili kering *saya pakai cili giling dlm botol, agak2 je + serbuk paprika
3 biji bwg merah/1 biji bwg besar
1/2 inch halia
1/4 inch lengkuas
1 batang serai
sedikit belacan *saya ikut kak izah
blend@tumbuk semua bahan di atas smpai lumat (kecuali daging la, hehe)
2 biji tomato
Daun kesum
1 sudu makan paste asam jawa *saya pakai asam keping
Sedikit rempah tumis(Cengkeh, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga)
Garam & Gula secukup rasa

Cara-cara

Toskan daging yang telah direbus tadi. Kemudian hiriskan *potong daging nipis2 dan toskan
Panaskan minyak dan tumiskan rempah bersama dengan bahan yang telah digiling tadi.
Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, tuangkan baki air rebusan daging tadi kedalam periuk. *saya masukkan daging dan biarkan dia empuk
Masukkan daging, buah tomato dan daun kesum.
Biar ia mendidih kemudian angkat.

 

Wednesday, October 3, 2012

Selfish..

assalamualaikum..

ini entri kecewa sila baca dengan nada kecewa hehehe :P

saya tau semua orang ada pendapat masing2. tp pendapat kita menunjukkan tahap pemikiran kita. bila pendapat kita tak sama dengan orang, tak semestinya kita akan terima (kalau kita still rasa kita betul) tapi pada saya itulah kelebihan bertukar2 pendapat. dan kadang2 dari tak tahu, kita akan jadi tahu sesuatu benda kan...

saya diberi kesempatan merasa duduk di negara orang. GERMAN. negara maju.

dengan kata lain, banyak kelebihan negara maju ni. banyak point di sini yg jauh lagi bagus dr negara mundur or negara membangun. itu basic yg semua orang tahu.


terus terang, pada pendapat saya, public transport, sistem persekolahan, harga barang keperluan, harga kereta (baru dan 2nd hand), kualiti barang dan perkhidmatan, sistem highway tanpa tol, sistem kitar semula, kebersihan, keselamatan dll jauh lebih bagus dr msia. ini benda yg kami sebagai penetap sementara di sini mmg alaminya. sbb itu tak hairan, ramai rakyat msia yg berpeluang kerja di negara maju (tak kisahlah german ke, jepun ke) atau rakyat msia yg kawin dengan 'orang luar' memilih untuk menetap di situ dan balik msia hanya unt bercuti..hakikat yg semua orang sedar..:)

saya hanya berpeluang merasa selama 4 tahun (insyaAllah). tentu lah tak sama pengalaman dengan rakyat negara itu sendiri, yg lebih tahu baik buruk negara tu. saya tahu di sini still ada kekurangannya. saya sedar hakikat tu. jadi selama berpeluang duduk di sini, saya dengan berbesar hati melihat dengan rasional dan ingin berkongsi kepada semua (yg mahu sahajalah) pengalaman saya di sini. yg baik saya jadikan panduan, yg buruk jadikan tauladan.

sbb pada saya senang aje. nak jadi maju kene banding dengan yg maju. samalah dengan nak jadi pandai, compare dengan budak pandai. nak jadi baik, compare dengan budak baik. simple.

dalam Islam pon, kalau kita jenis yg solat 5 waktu (alhamdulillah), then compare dengan orang Islam yg tak solat, mmg kita rasa amalan kita dah cukup. betul ke pemikiran camtu? hummm sampai bila2 la kita di takuk yg sama...

tp ada pulak suara2 sumbang (atau off pitch) yg takleh terima point2 yg bagus di sini (contohnya bila saya katakan di sini, alhamdulillah masih selamat berjalan kaki pukul 12 malam tanpa risau orang ragut atau rogol), dan dia suruh saya menetap terus di sini.  aman pada perspektif dia mungkin hanyalah aman dr PERANG. jadi, perlukah kita tunggu kita jadi mangsa ragut, mangsa rogol, mangsa pecah rumah atau jadi baby anak tak sah taraf yg dibaling dari tingkat 3, baru kita layak bercakap soal aman? nauzubillah.

helo, kawan satu lab suami saya orang Palestin, abis PhD still balik ke Palestin unt berkhidmat di negara sendiri, still memikir nasib keluarga dan rakyat dia. sedangkan dia boleh senang2 je duduk aman damai di German. so pada yg berfikir macam tu, mmg anda selfish kerana agaknya kalau anda di tempat dia, dah lama anda isi borang PR agaknya. hahaha...:P

saya tetap akan balik Msia (insyaAllah). walau saya tahu, susah dah nak minum susu segar lepas ni. tak dapat dah belanja barang dapur dengan 400. walau saya akan terkejar2 dengan kerja, anak sekolah dan stress meng iron baju hahahah...kerana saya sayang negara saya. saya bukan jenis tgk negara orang bagus, terus rasa nak convert jadi orang sini. dan saya bukan jenis yg rasa negara saya hebat tanpa cacat cela, tanpa perlukan penambah baikan. sbb saya bukan lagi BELIA yg perlukan rebat RM200 unt smartphone di kedai2 terpilih!