tiada rezeki lagi buat kami satu famili untuk menambah ahli keluarga..
sebulan lebih yg lepas, saya merasa pengalaman D&C di rantau orang..
kandungan mencecah minggu ke 9 bila doktor sahkan 'kandungan tak menjadi'..tiada heatbeat mahupon embrio..
sedih dan kecewa pasti ada, tambahan pula ini kali ke3 saya tiada rezeki dlm proses mengandung. pernah D&C pada usia kandungan 11 minggu (atas sebab yg sama dgn kali ini) dan pengalaman bersalinkan arwah pada usia kandungan 23 minggu..
sebenarnya ramai kengkawan yg tak tahu berita saya mengandung dan D&C ni. bukan niat nak berahsia tp memandangkan masih awal dan saya agak 'trauma' dengan mengandung ni disebabkan pengalaman2 yg lepas..huhu..
kawan2 di sini pon hanya sebahagian sahaja yg tahu. ada yg tahu secara tak sengaja dan ada yg kerap bertanya khabar sampai las las jadi tahu hehe..
apapon saya sangat sangat terharu dengan doa mereka ni, ada yg masakkan lauk (masa saya bleeding) dan lepas D&C kasik saya minyak panas dan pilis hahaha, dan ada yg kasik hadiah untuk penaik semangat jugak..
check up di klinik mengandung seawal 4 minggu. doktor klinik scan setiap minggu hingga akhirnya saya dirujuk kepada hospital.
minggu ke 4
tak nampak apa2
minggu ke 5
baru nampak kantung
minggu ke 6
kantung membesar tp still tiada embrio. hujung minggu ni saya tiba2 bleeding (fresh blood) tapi sikit dan tak sakit
minggu ke 7
still bleeding. kantung masih kosong jadi doktor berikan masa 1 minggu lagi.
minggu ke 8
still bleeding. tiada embrio, tiada beat. doktor transfer kes saya ke hospital
minggu ke 9
masih bleeding. doktor pakar sahkan kandungan saya tak menjadi. tamatlah kisah mengandung saya kali ini. hehehe...
mutterpass (buku mengandung) yg tinggal kenangan huhuhu..
pengalaman saya D&C kali ini berbeza dengan pengalaman D&C saya di hospital kerajaan di Msia.
1) keputusan unt D&C sangat cepat. hari ini doktor pakar sahkan saya perlu D&C, esok datang hospital unt isi borang, ambik darah dll, dan lusa terus D&C. di Msia dulu, saya perlu tunggu atleast seminggu (itupon sbb doktor di klinik swasta bagi surat recomendation unt cepatkan, kalau tak saya kena tunggu 2 minggu)
2) sehari sebelum D&C, saya kena jumpa 3 orang doktor di dalam bidang masing2. setiap doktor akan terangkan proses unt keesokan harinya (semasa D&C) dan risiko yg saya mungkin hadapi. contohnya doktor bius, dia akan terangkan semua berkaitan bius (termasuk risiko). dan ada seorang doktor tu, siap lukis 'benda' yg akan digunakan dlm proses D&C, berapa lama operation berjalan dan prosesnya: masuk ubat - bius full - D&C - sejam dipantau oleh doktor - 2 jam berehat dlm bilik - makan - jumpa doktor unt final check up - balik.
3) setiap pesakit dibekalkan satu fail. doktor setiap bahagian akan isi dan sign. selepas diberi penerangan, pesakit akan sign jugak. dan akhirnya kita sendiri yg bawak fail tu ke wad, tempat kita akan berehat sebelum dan selepas proses D&C keesokan harinya.
4) di German ni, semuanya dicover oleh insurans kesihatan, termasuk kos bersalin dan D&C. jadi kami tak perlu bayar apa2. walau tak tido di wad, still diberi katil untuk berehat. anak2 dan suami bebas lepak di sini. bilik 2 orang, dalamnya mmg selesa. siap ada toilet dan shower, dan tivi. hehehe...
5) proses 'puasa' yg tak lama. saya disorong ke bilik operation seawal 9.30 pagi dan 11.30 pagi saya dah disorong balik ke bilik untuk berehat, pukul 1 lebih dah sedar sepenuhnya dan mintak makan hehe. ingat lagi kenangan D&C dulu, mmg kelaparan seharian sbb turn saya D&C petang. seingat saya, dlm kol 5 pm baru semuanya selesai. huhuhu
apapon satu persamaan Msia-Germany, proses menunggu yg LAMA. proses daftar sbg pesakit luar cepat sangat, tapi proses nak jumpa 3 doktor tu sangatlah lama..huhu..
hospital tempat saya D&C
apapon time kasih banyak2 pada en husbenku yg bersusah payah memasak dan menguruskan rumah semenjak saya bleeding dan selepas D&C..terasa macam pemaisuri hik hik hik...i lap u abang...muah2
guten besserung, kak hajar...
ReplyDeletesesungguhnya Allah tau yg terbaik..
pengalaman serba sikit buat kita lebih bersyukur dengan apa yg kita ada... :)
takziah.. sama je kes kita ni.. cuma saya xde bleeding2.. check2 xde.. huhu.. hajar ada PCOS ke? simptom dia sama je
ReplyDeleteTerkejut baca...bertabah la uols
ReplyDeleteMmg x der rezeki dariNYA
Berat mata memandang Berat lg Bahu memikul
Don't give up...Jom sama2 fighting nk menambah ahli keluarga Nnt (^∇^)
Salam, Siti... salam takziah dari akak. Belum ada rezeki, insyaAllah, masanya akan sampai utk menambah bilangan ahli keluarga nanti. Take care ya..
ReplyDeletetakziah atas your lost..apa pun relief sbb you ok.. jaga diri baik2 ok..doktor ada bagitau ke kenapa jadi kes macam tu eh?
ReplyDeleteanyway..make sure you get proper nutrition.. dalam keadaan macam skang ni dan especially utk future..in case kalau nak try lagi..
syukur takde apa2...semoga ada rezeki lagi nanti...
ReplyDeletealaa sedihnyaaaaaa wa baca... lagi-lagi kena kat perantauan...tak pelah Siti...dah tak de rezeki dan mesti ada hikmahnyaa...., kita ni sedih ..orang yang tak de anak lag sedihkan....:(
ReplyDeletetake care ya..wa doakan Siti kuat sokmo2..:)
huhuhu.. tak ada rezeki lagi...
ReplyDeleteMoga diberi kekuatan dan rezeki di lain waktu...
ReplyDeletesalam hajar.. rupanya peknen ya.. terkejut bila tengok kat tingkap, D&C.. sabar ya.. setiap apa yg berlaku tu ada hikmHNYA... ALLAH amik balik tu mesti ada sebabnya.. mungkin janin ada masalah kalau dilahirkan.. jd DIA tk nak bebankan hajar dimasa depan.. so redha ya... insyallah ada lg rezxeki yh lebih baik di masa depan.. take care tau...
ReplyDelete* biasanya lps d&c, cepat 'melekat' sbb rahim bersih :)
Salam Hajar
ReplyDeleteTerkejut skjp izu. Sabar k Hajar. Smg cpt sembuh dan insyaAllah ada rezeki nti utk Hajar dpt lg baby. Have enough rest dear!
semoga semakin kuat dan tabah, saya juga pernah alami nya, xpe, ALLAH tahu, kita adalah insan terpilih oleh NYA untuk lalui ujian sebegitu. Hanya masa yg dpt mengubat kekecewaan mu iteww :)
ReplyDeletetabah yer hajar...moga cepat sembuh yer...
ReplyDeletetakziah hajar.
ReplyDeletesemoga dikurniakan rezeki yg lebih baik...
take care!!
Takziah Siti..sabar ya..K.Nor pun pernah D&C masa kandungan 3 bln tp dah lama 7 thn lps..semoga ada rezeki lagi nnti..
ReplyDeletetakziah hajar,sedih kan?dugaan yg berat tp insyaAllah Allah duga org2 yg kuat
ReplyDeletetake care