Tuesday, August 27, 2013

Conflakes Madu..


assalamualaikum...

untuk rujukan saya di masa hadapan, memandangkan kedua2 puteri saya ni suka sangat kuih ni terutamanya izzah..

dan seronok (kadang2 stress hahaha :P) bila tahun ni, buat kuih raya, ada 2 askar yang rela hati nak menolong..
takpe lah, buat kenangan di masa tua..hihihi

btw tankiu pada Kak Hasue atas resepi ni. juga Ros Jintanmanis as tukang share. izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek..
oh ya, last year saya buat resepi lain, Honey Conflakes dari Kak Hana. taun ni saje tukar angin ngeeee :D


CONFLAKES MADU BERKACANG
- sumber asal Kak Hasue dan di share oleh Ros Jintanmanis


Bahan-bahan *sila guna cawan yang sama saiz bagi setiap bahan

1 cawan kacang tanah - goreng dengan minyak dan toskan.(goreng jap jer,dalam 2 minit)  * saya pakai kacang yang dah dipotong dadu halus2 dalam plestik tu aje
4 cawan Cornflakes * saya tambah lagi ikut kesesuaian
1/2 cawan madu
1/2 cawan mentega
Papercups secukupnya

Cara-cara:

 
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. sejukkan sebentar.
Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam kuali yang berisi mentega dan madu cair tadi. Kacau sebati sehingga cornflakes diseliputi madu dan mentega sepenuhnya.
Masukkan kacang tanah dan gaul sebati lagi.
Isikan ke dalam papercups dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 130c. Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

4 comments:

  1. Anak Wa pun cukup suka cornflake madu ni Siti . Nak buat pun senang sangat kan..

    ReplyDelete
  2. mudah dan senang
    yg penting anak2 suka ;)

    ReplyDelete
  3. biskut ni paling best. kalau buat, memang untuk makan sendiri je.
    tapi tahun ni tak sempat buat sebab balik raya dah tinggal sehari sebelum raya. huhuhu

    ReplyDelete