Friday, August 30, 2013

Istanbul - Süleymaniye Mosque, Masjid Sepesel...

assalamualaikum...

Süleymaniye Mosque berdiri megah di puncak bukit (view dari Galata Bridge)


apa yang sepesel sangat tu ek? hehehehe...


Süleymaniye Mosque atau Süleymaniye Camii (bahasa Turki) atau Sulaiman Mosque (nama mudahnya) merupakan satu satunya Masjid yang kami jumpa, ada air suam untuk wuduk...
tidak di Blue Mosque, tidak di Fatih Mosque, tidak di Eyüb Mosque dan juga tidak di beberapa masjid kecil yang kami singgah..
hummmm meibi bagi sesetengah orang, tak berapa penting tapi bagi kami yang urlaub time Winter (Disember), akhirnya dapat wuduk dengan air suam saaaangggaaattlaaahhh bahagieeee hehehe...

tempat wuduk dan toilet yang proper, mmg berbeza dr Masjid2 lain di Istanbul (yang biasanya perempuan amik wuduk kat toilet).. ada sesetengah Masjid, saya terpaksa ambik wuduk di tempat lelaki (tempat wuduk terbuka) sbb toilet pompuan dah tutup.. huhuhu..
cumanya pesen Masjid di Istabul ni, semua toilet dan tempat wuduk di luar bangunan utama Masjid ye kengkawan..
lain pesen dr stail kat Msia tu hihihi...


Masjid yang terbesar dan ter grand di Istanbul, terletak di atas bukit berhadapan  laut Golden Horn yang di atasnya ada Galata Bridge, pusat orang ramai Eminönü (tempat makan burger ikan 5 lira), New Mosque (Yeni Camii) dan dekat jugak dengan Grand Bazaar .


cabaran utamanya ialah BUKIT!! so bersedia lah untuk climb ke atas (bayangkan anda turpaksa jalan kaki naik bukit dr bawah) tapi bila dah sampai, mmg berbaloi baloi :D

Süleymaniye Mosque ni dibina atas arahan Sultan Süleyman (Süleyman the Magnificent). Mula dibina pada tahun 1550 dan siap pada 1558. Menggabungkan elemen senibina Islam dan Byzantine. Mempunyai 4 menara, dan kompleks masjid ini mengandungi 10 dewan solat (cami) dan halaman (avlu), kompleks masjid juga termasuk suatu caravanserai, sebuah dapur awam (imaret) yang membekalkan makanan ke fakir miskin, sebuah hospital (darüşşifa), empat sekolah Al Quran, sebuah sekolah pakar untuk pengajian hadith, dan sebuah rumah mandi (hamam).

Replika kecik Süleymaniye Mosque di Miniaturk



Pernah musnah dibakar api pada tahun 1660, kemudian sebahagiannya musnah dek gempa bumi pada 1766, sewaktu Perang Dunia Pertama, ia menjadi gudang senjata dan terbakar lagi. Sehinggalah pada 1956, barulah masjid ni betul2 elok balik..huhuhu...

Bahagian dalam, mmg paling cantik antara banyak2 masjid di Istanbul. Hasil dari ke genius an arkiteknya Mimar Sinan

  

di sebalik kayu berukir ni adalah tempat solat perempuan. kelihatan jugak tempat kasut :)


kami di ruangan pelawat. disebabkan masjid2 ni terbuka untuk semua (muslim atau non muslim), ada ruang khas untuk pelawat yang terletak di antara tempat solat lelaki dan perempuan. dan ada Abang Jaga yang sedia berkawal :)


view sekitar. kami tak sempat menjelajah abis pong..huhuhu

 

oh ya, di dalam kawasan komplek masjid ni jugak ada gerai2 makan dan kedai2 jual Pashmina. siapa minat pashmina, boleh borong di sini. saya dapat paling murah hanya 10 lira, benda yang sama di Grand Bazaar jual 20-25 lira - take it or leave it style (nak beli ambik, tanak sudah hehehe)

so untuk sesiapa yang nak jenjalan ke Istanbul, jgn lepaskan peluang untuk ke Süleymaniye Mosque ni. sebab biasanya sebut Istanbul, orang akan pegi Blue Mosque tp personally saya lebih prefer Suleymaniye Mosque ni...hehehehe

Untuk rujukan sesiapa yang berkenaan:
1) Eyüb Mosque, Masjid Penuh Syahdu
2) Dolmabahçe Palace & Mustafa Kemal Atatürk
3) Blue Mosque, Masjid Paling Gelemer di Istanbul
4) Istanbul, Syurga Makanan
5) Hagia Sophia & Topkapi Palace
6) Istanbul, Sejarah Silam, Selat Bosphorus & Fatih Mosque
7) Istanbul, Basic Info yang Perlu Anda Tahu


9 comments:

  1. syoknya pergi istanbul... tak pernah berpeluang nak pergi luar negara lagi... btw done follow u dear - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali simpan duit dan melancong menarik jugak.. :)

      Delete
  2. Lama dah simpan impian nak pi Istanbul... moga tercapai hehe

    ReplyDelete
  3. Cantiknya senibina masjid ni! Lengkap plak tuh! Mmg advantage klu tempat wudhuk perempuan pon ada sbb mmg leceh sket klu kene amik wudhuk kt toilet kan. Mesti cantikkan pemandangan dr ats bukit tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe rasa macam cantik tp saya tak tahu pon boleh view dr situ. sbb penat sangat naik bukit giler tinggi n sejuk plak tu..huhuu

      Delete
  4. salam ct…..wah syoknye p raya ke turki. maaf lama tak singgah….ni dah dtg semula ye .

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak ros.. hehe ni citer lama kak ros. disember last year.. entri tak abis tulis hihihi

      Delete
  5. Hi Siti, if there's one place I'd love to visit, its Istanbul. So exotic! Only seen it in movies.
    Love the well taken pics here. You a good photographer.
    Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete