Monday, November 7, 2011

Walau Kau Jauh...

assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha..

saje nak share gamba yg bagi 1000 erti buat kami sefamili...
walaupon jarak yg jauh antara Malaysia - Germany - USA tak menghalang kami bergambar bersama di pagi raya..(walau bersi saya raya ke-2 huhuhuhu)...

sebenanye memang tradisi kami bergambar di pagi raya, buat kenang-kenangan maklumlah anak-anak dan anak-anak sedara cepat membesar, jugak ajal maut kita tak tahu kan..
alhamdulillah dapat jugak bergambar walau muka kami cuma interprem dlm laptop hik hik hik....


Friday, November 4, 2011

Autumn Holiday Day 2 - Sinsheim...

assalamualaikum..

sebenarnya Duisburg - Heidelberg tak la jauh mana..kalau ikut pakcik gugel cuma 310 km dan 2 jam 49 min..
dlm Kuantan - KL gitu kan? heehehe..
alhamdulillah Duisburg ni lokasinya agak menarik sbb berada di border Holland dan Belgium..cam contohnya kalau nak ke Amsterdam (Holland) dan Brussels (Belgium) cuma lebih kurang 2 ke 3 jam...
tapi kalau nak ke Frankfurt or Berlin tuh jauh la..huhuhu..

eh melalut pulak saya ni..hehehe

kami stay hotel unt malam tuh, hotel Baren di Leimen lebih kurang 15 min dari Heidelberg..


sangat puas hati, cuma 60 euro/night (standard bajet saya setiap kali urlaub hihi), bilik yg besar, extra bed unt izzah, layanan bagus..
tapi x include brekpes la, tapi kami tak kisah sbb bukan leh makan ape sangat..balik2 roti dan oat jugeekkk, lain la kalau ada nasik lemak, roti canai kan...memang harus di include brekpes gitu hehehe :P

oh ye hotel di sini (europe) tak leh main sumbat aje orang tanpa limit..
biasanya kalau kami ni memang kene carik bilik unt 4 orang, bilik triple takpon double tp leh masuk extra bed sbb izzah memang kene tido separate bed dr kami..huhuhu

Auto & Technik Museum Sinsheim..


sangat menarik, dari luar dah ada macam2 replika kapal terbang..



kebanyakannye boleh masuk ke dalam perut kapal tp kami pilih unt naik 2 jenis aje..gayat weh dek tangga pusing2 yg tinggi dan kapal yg menyenget..huhuhu...


dlm kapal terbang Concorde..


kapal Air France ni memang betul tau..di bawa naik kapal laut ke sini...:)


ada IMAX 3D Cinema yg power, tp sbb lea tak lepas nak masuk, kami pakat tengok gilir-gilir..saya dan izzah satu trip, en husben satu trip..tengok citer lain-lain tp malangnye dokumentari 45 minit..agak boring hik hik hik :P..

dlm tuh ada macam-macam kategori dalam 2 Museum yg besar..memang tak larat nak abiskan hehehe...






luarnya ada playground..memang kebiasaanya senang nak jumpe playground kat Germany ni..hehehehe..suuukeeee izzah n lea..


hmmmm bila tengok motor, teringat zaman menoreh dengan mak dulu..
walaupon motor kami tak seburuk ni, tp motor honda kapcai mak yg memang khas unt ke ladang tuh kaler seakan2 ini dan body memang out..tp yg besnya motor tuh ringan dan lajuuuuuuuu....
dan nickname saya zaman sek rendah pon 'motocross' sbb emak saya gelemer satu jengka dengan aksi pecut memecut..hihihi

Wednesday, November 2, 2011

Autumn Holiday Day 1 - Heidelberg

assalamualaikum...

projek coti-coti Herbst (Autumn Holiday) 4 hari 3 malam ke Heidelberg, Sinsheim dan Kaiserslauten Germany..
projek coti kali ni dlm German aje, memandangkan kewangan tak stabil tp isi rumah sibuk nak jenjalan (saya la tuh hik hik hik) sebab kalau tak cuti sekolah, memang takleh nak bejalan dah...huhuhu

awal pagi kami bertolak ke Heidelberg, dlm 4 jam perjalanan termasuk brenti solat Subuh dan brekpes sendri masak, sendri makan...hehehe
view matahari naik, sangat cantik subhanallah....


lokasi pertama, Heidelberg Castle (Schloss Heidelberg)


Castle Heidelberg ni merupakan landmark bagi Heidelberg, terletak di sebelah Nord pergunungan Alps..pembinaan awalnya sebelum AD 1214 lagi..awal kan?
pernah kene petir pada tahun 1537, kemudian castle ni diperbesarkan pada 1650 sebelum dimusnahkan plak oleh perang dan kebakaran. then, bangunan yg ada kene petir sekali lagi pada 1764..huhuhu kesiannye...

nak naik ke Schloss ni ada tren dari bandar Heidelberg di bawah nuuunn..inilah keistimewaan German, yg mana pengangkutan awamnya antara yg terbaik di dunia..
dengan kata lain ke mana pon destinasi kita, insyaAllah ada public transport di tempat tuh..

papan tanda Welcome besar yg menyambut pelancong yg datang...ada Selamat Datang tak?


ada..ada...siap tulisan kretip Boleh Bla lagi..Msia Boleh iye...huhuhu


kami tak masuk pon, just bergambar dr luar aje..:)


Heidelberg view dari atas..cantik sangat..


next stop, tempat budak main-main kat Märchen Paradies


lokasinya di bukit yg sama ngan castle tadi, cuma kene drive lagi ke atas..
agak horror pon iye, sbb jalan yg berbukit bukau berlengkok-lengkok ditambah oleh faktor hutan disekeliling dan kabus...jeng jeng jeng...
entrance yg macam takde orang..memang bule dikira ngan jari aje pengunjungnye..



bayaran masuk Dewasa 2 euro dan Kinder 3 euro..pree unt playground dan sesetengah permainan..dan sesetengahnya kene bayar 50 sen unt main..tp okehla not bad tempat ni...yg penting kami enjoyyyy...:D




jenjalan bandar Heidelberg..
Alte Brücke @ Karl-Theodor-Brücke yg dibina pada tahun 1788..


Altstadt (Old Town)
yg menariknya, dari sini leh nampak Heidelberg Castle ni jelas tau..heheheh



Alte Universität (Old Heidelberg University)
universiti tertua di German, berusia 625 thn. punyalah tuuuuaaaa kan? hehehe
Ia juga merupakan universiti ke-3 established di dalam Empayar Rom selepas Prague dan Vienna.



abislah chapter 1...jumpe lagi yee hehehe :D

Monday, October 31, 2011

Roti Labu yg Gebu..

pumpkin bread
assalamualaikum...

memang menggebu-gebu roti labu ni..
time kasih ros@JintanManis atas resepimu yg marbeles gitu hehehe..
ni kali ke-2 saya buat..yg kali pes terlebih naik so senyap2 masuk mulut hik hik hik...
adunan ni dapat banyak jugak, dlm 15 ketul kot..
so kalau nak sekali makan, rasanya leh buat half aje..:)
dan saya isi inti nutella..:)

izinkan aku tepek2 resepi kat sini plak ek rosssss....:D
roti labu

GOLDEN PUMPKIN BUN
- sumber Ros@JintanManis

Bahan-bahannya
350gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
80gram labu ( rebus kemudian lecek barulah ditimbang)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula ( kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)

(untuk topping, sedikit gula pasir)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda.
Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan dengan sedikit gula pasir di atas bun, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Wednesday, October 26, 2011

German's Clock..


assalamualaikum...

saya nak berkongsi dengan semua bagaimana nak sebut waktu (jam) dalam deutsch..
jam disebut Uhr (sebutan melayu Uwe lebih kurang)..
ini lebih kepada perbualan, maksudnya kalau orang tanya pukul berapa dan kita nak jawap..
berbeza dengan cara kita orang Msia menyebut, kerana contohnya pukul 7.30 kita akan sebut tujuh setengah atau tujuh tiga puluh minit..
tapi deutcher akan sebut....jeng jeng jeng...:P


HALB ACHT!! (half 8)

reason cikgu deutsch saya bagi ialah deutscher nak setkan mind supaya lebih cepat buat sesuatu or unt jadi punctual..
maksudnya kalau sebut half 8, kepala akan set dah nak pukul 8..kalau sebut 7 setengah, derang akan pikir tujuh...tujuh...tujuh....hehehehehe

mereka jugak akan sebut minit dulu, 5 min sebelum, 10 min selepas, suku dari, dll..
jadi mind kita kene tangkap minit dulu, kemudian sebelum/selepas, baru jam..hahaha penin jugak mula2 tp skarang dah agak biasa...hehehehe


cthnya pukul 7.05 - fünf nach sieben (5 min. after 7)





kalau pukul 7.55 - fünf vor acht (5 min. before 8)





kalau 7.25 lagi fenin - fünf vor halb acht (5 min. before half eight)





dan paling tak pueh hati, 7.40 boleh disebut dengan 2 cara..
1) zwanzig vor acht (20 min. before 8) atau
2) zehn nach halb acht (10 min. after half 8)...uwaaaaa





dan kalau dah dekat2 kol 8, contohnya 7.58 - kurz vor acht / gleich acht (shortly before 8)

sebut pasal masa ni, biasanye deutscher ni jenis yg tepat waktu..
kalau buat apa2 aktiviti di sekolah, cthnya start kol 10, memang 9.55 tu dah penuh ngan parent..
tapi manusia biasalah, kengkadang lambat jugak mcm cikgu deutsch saya (hik hik hik), cuma takde la lambat sangat sampai ada istilah JANJI MELAYU..jangan mareeee ye..hihihihih :P

Tuesday, October 25, 2011

Kari Ikan & Terung..

kari ikan
assalamualaikum...

hajat ati nak keluar sekejap jalan2 carik daun, sekali hujan renyai plak melanda..huhuhu...
sejak bermastautin sementara di negara orang ni, forecast weather memang kene tengok..expecially kalau ada plan nak keluar..
sbb kadang2 cuaca tak semestinya panas / hujan sepanjang minggu..
cuma biasanya di duisburg ni, kalau dlm seminggu tuh panas aje direct, siap sedialah mungkin next week nya sejuk or hujan...huhuhu
tapi kalau memang dah nak keluar, redah aje la nak buat camne..sbb badan ni kengkadang takleh dimanja sangat kan hik hik hik...

sejuk2 ni meh layan kari ikan yg dimasak oleh non-pro seperti saya ini..
lepas la mutu piawai di mulut kami ini..hehehe
time kasih pada pencipta resepi, Wana Yusuf @ Potret Kasih..izinkan saya tepek2 di sini buat rujukan di masa depan..:)

KARI IKAN BERSAMA TERUNG
- sumber Wana Yusuf @ Potret Kasih

Bahan-Bahan:
6 ekor ikan kembung ( apa ikan pun boleh )
2 biji terung ( di potong memanjang )
1 labu bawang besar ( ditumbuk/dikisar )
3 ulas bawang merah ( ditumbuk/dikisar)
5 ulas bawang putih ( ditumbuk/dikisar )
1 inci halia ( dikisar )
3 sudu makan serbuk rempah kari ( gaul dengan sedikit air )
1 sudu makan serbuk cili ( optional )
1/2 cawan bawang goreng ( optional )
2 cawan santan pekat atau susu cair
2 keping asam gelugur
air secukupnya
garam secukupnya
daun kari secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya

Cara Penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan daun kari serta serbuk kari yang dicampur dengan air tadi. Kacau hingga seketika.
3. Masukkan sedikit air, santan atau susu cair, asam gelugur dan ikan. Masak hingga mendidih. Jika dah mendidih kena kacau selalu agar santan tak pecah atau berketul-ketul.
4. Bila Ikan dah masak boleh masukan terung dan bawang goreng yang telah ditumbuk.
5. Sesuaikan rasanya kemudian kacau seketika, bolehlah diangkat.

Monday, October 24, 2011

Mini Pumpkin Bread..

pumpkin bread
asalamualaikum...

entri ringkas malam malam buta dari Duisburg..hehehe

resepi yg senang dan ringkas..tajuk resepi bread tp takde kene uli2..
dengan kata lain makcik BM saya leh sambung tido time sejuk2 ini...hihihi
saya buat 2 versi; satu ada inti nutella dan jem blueberry dan satu lagi kosong..
alhamdulillah naik gebu gebu...i likeee...:)

time kasih pada pencipta resepi, Umm Mymoonah..
izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek..:)

bersi tak kene bedak lagi...hik hik hik :P
pumpkin bread2

MINI PUMPKIN BREAD
- by Umm Mymoonah @Taste of Pearl City

Ingredients: (12 ketul)
Bread flour or plain flour- 300 g
Pumpkin puree- 150 g
Melted butter- 60 g
Eggs- 2
Warm milk- 180 ml
Dried yeast- 2 tsp
Bicarbonate of soda- 1/4 tsp
Orange juice- 2 tbsp *saya tukar jus zitrone
Grated orange zest- 1/2 tsp *saya tukar kulit zitrone
Cinnamon powder- 1/2 tsp *saya skip
Honey- 4 tbsp
Icing sugar- to dust on top

Note:
If you don't want to use honey, replace honey with 100 g of white sugar.

Method:
1) To make Pumpkin puree:
Peel and chop 100 g of pumpkin, pressure cook it for 3 whistles by adding little water. Let it cool down for a while, then puree it in a blender.

2) Start making the bread by sifting the flour in a large bowl. Add yeast to the flour and mix it well. Make a well in the center, add honey, eggs, melted butter, orange juice, orange zest, cinnamon powder and warm milk. Mix it together with a spatula without ant lumps, it should be like a thick cake batter. Cover the bowl with a cling film and keep it in a warm place. Let it rise for 1 to 2 hours or until it looks doubled. Take the bowl and add the bicarbonate of soda and mix well.

3) Grease the bundt pans with butter. Pour the batter till halfway in the pan. Loosely cover the pan and keep it in a warm place for 30 minutes or until it reaches the top of the pan. Meanwhile preheat the oven for 190 degree Celsius. Bake the bread in the preheated oven for 25 to 30 minutes, until a skewer inserted comes out clean. Take it out from the oven and let it sit in the pan for 5 minutes. Then run a skewer around the edges of the pan and flip it upside down to remove it from the pan. Dust the bread with icing sugar and serve.