Monday, September 30, 2013

Harga Kereta Baru di Germany...

assalamualaikum...

untuk entri kali ni, saya nak share harga kereta di Germany. umum mengetahui harga kereta di oversea lebih murah kan dari di Malaysia?

okey, sedikit info tentang kereta di Germany:
1) tempat duduk pemandu adalah di sebelah kiri (so tak berapa sesuai di Malaysia yang driver nya di sebelah kanan kan? jadi ada kawan2 yang nak bawak balik kereta, mereka beli di UK. selain sbb side driver yang sama, harga kereta second hand di UK dengarnya lebih murah dr Germany)

2) plat kereta tidak dijual sekali bersama kereta (termasuk untuk kereta second hand). secara umumnya, bila seseorang beli kenderaan (baru atau lama), dia kena register dan beli plat baru. di Malaysia biasanya kereta second hand dijual sekali dengan nombor plat kan? Jadi di sini, selesai masalah nombor plate dah terlebih hurup tu macam di sesetengah negeri hihihihi :P... boleh baca lebih lanjut di SINI

3) Syarikat pengeluar kereta utama di Germany ialah Audi, BMW, Ford Germany, Mercedes-Benz, Opel, Porsche dan Volkswagen. boleh rujuk di SINI

4) Insurans Kenderaan (Vehicle Insurance) di Germany boleh dikatakan mahal berbanding harga kereta hihihi..(biasanya kete seken senang2 je leh beli tp bab sakit tang insurans la). nak kira berapa nak kena bayar pon 'agak' lebih complicated sbb bergantung pada jenis kereta, saiz kereta, milage berapa ribu km kita nak cover, driver tu dah berapa tahun ada lesen, ada parking khas atau public (kat sini sesetengah apartment ada parking sendiri, tp banyak apartment takde parking khas so samada kita carik parking free atau bayar secara bulanan) dan lain2 faktor.

so nak tahu tak harga KERETA BARU di Germany? jeng jeng jeng... hihihi...

1) Mercedes-Benz Class C ni €35,900 sahaja. Ansuran bulanan 48 bulan iaitu sebanyak €345 sahaja
 
  

2)Mercedes-Benz CLS ni berharga €108,800. Ansuran bulanan 48 bulan iaitu sebanyak €999

 
 

3) Volkswagen Passat ni berharga €19,920 sahaja.


4) Volkswagen Passat Variant ni plak berharga €51,854.99. Ansuran bulanan 48 bulan iaitu sebanyak €559


 

5) Volkswagen Sharan ni berharga €59,075. Ansuran bulanan kalau 48 bulan ialah €548.11 sen

 

6)Volkswagen Eos Sport ni hanya €37,900. Ansuran bulanan 48 bulan ialah sebanyak €349 sahaja.


 

cun kan? bumbung leh bukak... hehehe... :P


7) Volkswagen Golf 5 pintu ni hanya  €21, 809. Ansuran bulanan 48 bulan jugak, €231.79 sahaja

 

8) Audi ni hanya €30, 950. Ansuran bulanan 36 bulan sahaja, sebanyak €219..


9) Kalau pegi Europe, banyak nampak kereta Smart ni. tapi mahel rupanya huhuhu... €149,00 untuk 2 seaters je, tak berbaloi2 tapi syiok bab parking la kan hihihi :P

 

10) Kia Picanto ni harga asalnya €15,280 tp masa ni dia bagi diskaun. so total hanya €13,690


11) Suzuki Swift 5 pintu ni plak asalnya €20,585 tapi ada diskaun 4k so jadi total hanya €16,490 sahaja

 

12) Toyota Prius Hybrid ni lepas diskaun €23,900 sahaja

  

actually, gambar2 ni saya ambik weekend yang lepas. ada pameran kereta di Duisburg ni. ada kereta yang siap boleh diconteng oleh budak2 lagi... sewiiit kan hehehe


dalam banyak2 kereta yang dipamerkan tu, saya tertarik betul dengan kereta (or van) di bawah ni. hehehe...

 

belah bumbungnya boleh naik yang mana ada tilam rupanya di atas tu..


bahagian dalamnya yang luas. boleh tido dengan selesa dlm ni.. mmg sesuai bagi orang2 German yang suka bawak Mobile Home or Caravan untuk bercuti, tayah sewa hotel dah hihihi...


walaupun harga kereta baru dan lama di sini murah (harga kereta second hand saya pernah kongsikan di SINI dulu), orang2 di sini tidaklah menggunakan sangat kereta untuk urusan seharian. ramai yang masih menggunakan public transport untuk pegi kerja, disebabkan pengangkutan awam mmg sangat2 efisyen. untuk pegi beli barang pulak, kebanyakan pasaraya harian dekat2 je dengan umah so mereka lebih suka naik beskal or berjalan kaki.

dan kalau yang jenis bekerja jauh, mereka akan berkongsi kereta. ada website khas so nanti sesiapa yang nak tumpang, ada bayaran dan akan set tempat naiknya (ramai jugak student bujang Msia di sini yang gunakan cara ni untuk pegi ke bandar2 lain yang lebih jauh sbb kosnya lebih murah). InsyaAllah selamat sampai ke tempat dituju (takde risiko dirompak, dirogol dll)

dan apa yang saya nampak, ramai yang jenis tak berlumba2 untuk berkereta mewah, contohnya owner lama rumah saya dulu. kete seken hend buruk giler dan kongsi plak tu ngan anak dia (padahal anak dia tak duduk sekali pon hehehe)..

semoga perkongsian ni dapat memberi sedikit manafaat untuk semua :)


7 comments:

  1. wah.. seronoknya tgk kete... mewah2 semuanya...

    ReplyDelete
  2. tak dapat naik, dapat tengok ok lah. nak beli jauh sekali... T_T

    ReplyDelete
  3. homai..murah gila!! tapi saya setuju..mana2 negara maju dan yg establish..biasanya dorang banyak guna public transport je utk pegi keja.. efisyen kan..

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum, bule email@fb saya x? Saya nak tanya pasal germany.. iskandarsaleh@gmail.com atau fb saya, email sama juga

    ReplyDelete
  5. salam

    nak tanya, apa yang membuatkan mereka dapat menghasilkan kereta berkualiti tinggi ?

    ReplyDelete
  6. salam,

    apa yang membuatkan mereka dapat menghasilkan kereta berkualiti tinggi ?

    ReplyDelete
  7. Wow murahnya tapi kalau tukarkan dengan mata wang kita yang tengah semakin merosot ni...faham faham jelah

    ReplyDelete