Thursday, January 16, 2014

Nak Tengok Bilik Bersalin Germany?

assalamualaikum...


seperti yang dijanjikan, saya kongsikan Labour Room di Germany..
rasanya lebih kurang sama je mana2 hospital di sini.. :)

Pertamanya, prosedur nak bersalin di sini lain skit dr Msia..
beberapa minggu sebelum due, kita kena register di hospital mana yang kita nak bersalin..
di Duisburg ni, ada beberapa hospital bersalin tapi saya pilih Bethesda Krankenhaus, tempat yang sama saya D&C dulu...



pintu masuk Kreißsaal (Labour Room) yang dalamnya ada beberapa bilik bersalin, beberapa bilik check up dan 1 operation room..


seminggu sekali, ada Open Day di Labour Room ni. bakal2 ibu dan bapa boleh melawat in advance bilik2 bersalin dan wad nanti. so senang la kan, dah familiar dengan tempat2 ni.. :)

Hebamme (midwife) adalah orang yang sama sepanjang proses bersalin tu, kiranya takde la tukar2 orang.. sentiasa menemani kita yang tengah dok keluh kesah sakit tu.. huhuhuhu...
Hebamme saya yang dalam bulatan tu, sangat2 baik.. :)


inilah bilik bersalin saya.. sorang satu bilik, mmg privacy habis dan mendamaikan betul suasananya.. 
dalam bilik ni, mmg lengkap dengan kelengkapan untuk bersalin, katil yang besar muat 2 orang (suami boleh berbaring sama incase nak tenangkan isteri sewaktu sakit contraction dan proses bersalin)..


sesiapa nak bersalin kaedah water birth pon boleh.. tp saya pilih kaedah atas katil je hehehe...


lengkap jugak dengan toilet..


siap ada CD player dan CD lagu yang berentak sentimental, untuk menenangkan pesakit... :)


saya dok sini hanya beberapa jam je.. selepas rehat, saya dipindahkan ke wad bersalin dan kena stay selama 3 malam sbb bersalin normal (kalau ceaser, normally 5 malam)..

2 orang satu bilik..


ada TV, almari, tempat tukar lampin baby dan toilet lengkap shower..




Hospital ni menyediakan Muslim Meal, so senang la tak perlu jadi vegetarian. dan yang besnya, masakannya orang bersalin boleh makan, apalagi tibai je la hehehe...

Menu lunch sepanjang 3 hari tu, ikan, daging dan nudeln (noodles)..





oh ya, sepanjang tempoh dalam wad, semua kelengkapan baby disediakan oleh pihak hospital, dari pampers sampailah ke baju.. hehehehe menarik giler kan :P

dan lagi menarik, bayaran bersalin dan stay di wad ni ditanggung oleh insurans kesihatan. bermaksud, kita tak perlu bayar apa2 kepada pihak hospital.. sebab itulah insurans kesihatan adalah WAJIB bagi setiap orang di Germany :)

lastly, layanan Nurse, Hebamme dan Doktor memang tip top. memang dilayan macam puteri, ye lah kita tengah2 sakit contraction, dia urutkan... kita tak larat bangun ke toilet, dia pimpin, teman dan bersihkan untuk kita. dan walaupun ada sesetengah staf tak pandai berbahasa Inggeris, derang tetap cuba berkomunikasi dengan kita. takde nak kerut2 muka bila kita tak berapa paham dia speaking Deutsch hehehe.. pendek kata, mmg pengalaman manis betul bersalin di Germany ni.. :)

12 comments:

  1. Sitie baru deliver ke. huhu!!!byk ros miss citer kwn2 ni. btw congrats sis. bestnya katil bersalin dia, besar…..klu tmp kita kena bayar mahal le nak dpt service tip top mcm ni

    ReplyDelete
  2. bestnye labour room.. da macam hotel...

    ReplyDelete
  3. bestnye labour room. da macam hotel

    ReplyDelete
  4. Tahniah awak barudpt baby baru. Selamat berpantang!

    Btw, hospital kt Germany mmg nmpak first class. Sy suka tang katil dan service urut tu..heh! Bayar tax tinggi berbaloi bab2 ni lah kan..

    ReplyDelete
  5. thniah kak..dapat baby baru ke?

    bestnya LR kat sana....staff pon....kat tmpt kite?? huhuhu

    ReplyDelete
  6. pengalaman yg best..nape tanak try water birth hehe

    ReplyDelete
  7. dapat baby eh? lamaaa sungguh is xmelawat kawan2...

    dengaq ceta kat sana, besssnyaaa. hari2 nak bersalin rasanya.... tedia (^___^)

    selamat berpantang dari iss (^___^)

    ReplyDelete
  8. Lebih kurang sama kt sini jgk..vegetarian food pon disediakan..cuma nk dpt brg baby free kene register club dulu..mcm sy lmbt register so lmbt la dpt free baby pack tu..hihi.

    Nway, bestkan Hajar..alhmadulillah! :)

    ReplyDelete
  9. kalau best dan layanan baik cam ni,rasa nak mengandung lg sekali lah
    hihi

    ReplyDelete
  10. bestnya merasa pengalaman bersalin di tempat orang.. lagi lagi bila dapat layanan yg tip top.. percuma pulak tu kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Kalau insurans kat malaysia, x cover utk bersalin....

    ReplyDelete