Thursday, May 29, 2014

Nak Merasa Duduk Negara Orang Tak?




Assalamualaikum..

Antara entri-entri terakhir di bumi Deutschland, saya nak kongsikan cabaran yang mungkin anda akan alami, sekiranya anda berminat untuk merasa tinggal di sini..
Bukan apa, apa yang anda nampak di FB atau blog orang2 yang duduk di obersea tu, tak mencerminkan semuanya. Kami biasanya memilih untuk berkongsi benda2 yang manis2 dan indah2 je, view cantik, melancong sana sini, masakan sedap2.. hakikatnya yang mencabat tu biasanya kami telan sendiri :)

1) Pembelajaran yang tough
Ya, belajar di mana-mana pon memang susah, tapi pada saya (sebagai pemerhati bebas hihihi), baik Degree, Masters atau PhD, di sini mereka mmg pentingkan kualiti, di samping teori jugak kena kuat. Lecturer yang bukan senegara dengan kita, so faham2 je la kan… 

2) Bahasa
Haaa ni merupakan faktor penting kenapa orang Msia susah nak datang Germany. Di sini, rata2 orangnya tak suka berbahasa Inggeris (golongan senior jugak ramai yang tak pandai berbahasa Inggeris). Nak tak nak, kenalah belajar sikit sebanyak bahasa mereka, sebab urusan harian macam beli barang, pegi klinik dll memang kena bertutur dlm Deutsch.. huhu jangan tak caya, ada Doktor tak pandai English tau.. so sebab inilah saya rasa, ramai Msian prefer UK dari Germany hihihi...

3) Persekitaran yang asing
Jangan ambik ringan factor ni.. No no no… hehehe… Di sini, mostly kami akan guna public transport untuk ke mana2, jadi bersedialah untuk naik turun bas/tren. Barang-barang, signboard, iklan dan segala macam benda mmg dalam Deutsch. Teringat masa awal2 saya sampai di sini, sebelum pegi beli barang, saya akan translate, gugel gambar dan tulis (sbb tak pandai nak sebut) sesuatu jenis barang tu. Contoh, baking soda di sini – Natron, baking powder – Backpulver. Tepung gandum? Weizenmehl dan nak lagi power? Ada kod nombor u all, Kod 405 untuk tepung biasa, kod 550 untuk tepung roti, kod 1050 untuk buat kek.. hahaha ada brani??

Serbuk kari, bihun, sos biasanya hanya ada di Kedai Asia. Sup bunjut, Kicap kipas udang, bunga kantan? Ohhh itu dikira ‘barangan berharga sangat2’ sbb so far tak pernah jumpa lagi jual di mana2 ekeke… 

TV pon dalam Deutsch. Abis dengan Shah Rukh Khan cakap german hahaha.. nasib baik tang lagu tu dia tak dubbing, agaknya susah kot.. huhu

4) Stess?
Stress untuk yang belajar satu hal. Jgn lupa, family yang ikut pon selalunya stress jugak.. hahaha.. Macam saya, sebelum en husben saya mula menulis thesis, biasanya cuti umum pon dia akan ke lab. Sebab masa itulah dia tenang buat keje, tanpa SV dia yang suka ronda.. huhu.. Lunch biasanya dia tak balik, pegi kol 8 atau 9 am(sekali hantar anak sekolah) dan balik petang kol 7 pm. Cuti dia hanyalah weekend dan sewaktu kami urlaub (melancong). Biasanya, dalam kepala mereka dipenuhi dengan ‘keje lab’ jadi pandai2 lah kita releasekan tension. Macam saya? Layan Korean siries la jawapnya.. hahahaha… :P

Oh ya, kadang2 anak2 pon stress jugak kat sekolah. Tapi biasanya awal2 je masa derang tak pandai bercakap Deustsch lagi. Lepas dah terer, dah lupa semua benda sbb biasanya sekolah di sini seronok hehe..

5) Bersedia dengan persepsi orang
Mmmm yang ni agak sensitip tapi saya nak share jugak. Bila kita melancong, orang akan cakap kita banyak duit tapi tahukah anda, kami bujet giler2 wang bulanan kami untuk dapat melancong. Kami plan berbulan2 lebih awal untuk dapat harga semurah yang mungkin. Kami mungkin makan roti dan meegi je untuk jimatkan belanja. 

Bila kita share sesuatu kebaikan di negara orang, ada sesetengah orang akan fikir kita berlagak atau agung2kan negara tu. Ada orang akan cakap – macamlah kita takkan balik Msia dah or duduk je la kat negara orang tu, kalau negara orang tu dah bagus sangat (benda ni kena kat diri saya). Hakikatnya, saya hanya ingin berkongsi mana2 yang baik, sebab hanya yang duduk di situ je yang tahu bagaimana sesuatu tempat tu kan?

Tak dilupa, persepsi orang `meriahnya raya di perantauan`. Hihihi hakikatnya, time raya hanya akan rasa meriah hanya sehari (atau beberapa jam) – masa open house. Esoknya, rutin harian seperti biasa. Then kalau ada orang sudi buat open house lagi, haaa meriahlah lagi untuk beberapa jam tu (ni terpakai untuk kami di Germany yang Msian sikit, bukan UK tau hehehe)..

6) Jangan Compare!!!!


Nasib setiap orang berbeza2. Ada yang dapat SV baik, kol 5 pm dah boleh balik umah. Sentiasa dihujani kata2 semangat. Tapi ada jugak yang nasib tak berapa baik, dapat 2,3 orang SV, haaa jenuhlah menunggu derang cek paper, journal mahupon thesis. Jenuhlah meng edit benda2 tu untuk memuaskan hati semua SV tersayang. Jenuhlah kena marah sepanjang 4 thn pengajian. Jadi, jangan compare lagi2 spouse yang duduk umah ni. Jgn pikir kenapa suami/isteri aku kena pegi lab ari2, kenapa orang lain boleh abis dlm 4 tahun, suami/isteri aku kena extend.. bla bla bla.. Sebab kalau anda compare, anda akan stess dan tension!

7) Berdikari
Berdikari dalam erti kata, belajarlah masak sebab tak banyak pilihan makanan yang boleh dimakan di luar. Kalau pregnant dan bersalin, belajarlah uruskan diri sendiri dengan bantuan suami sahaja tanpa ibu yang biasanya tolong masakkan, jagakan baby malam2 or tanpa tukang urut dll. Kalau ada masalah, belajar lah selesaikan sendiri tanpa harapkan orang menolong. Berdikari dari segi hidup tanpa family dan kawan-kawan, kerana biasanya di Germany, satu bandar ni hanya kita satu family je tau, then kalau nasib baik, ada budak2 undergrad jadi kawan huhuhu..

8) Bersedia mental dan fizikal, emosi dan jasmani
Teringat saya 3 episod sedih di sini yang takkan saya lupakan sepanjang hayat. Pertama, pakcik saya dan familinya meninggal dalam kemalangan ngeri di Terengganu. Kedua, seorang rakan seMalaysia yang ayahnya meninggal dunia, yang mana dia dapat berita di depan mata kami, di saat kami tengah gathering. Dan ketiga, bilamana seorang rakan kehilangan anak yang dikandungnya di saat usia kandungan 7 bulan. Ya, di saat ramai yang lihat kami bahagia di tempat orang, sebenarnya dalam hati kami terselit kebimbangan tentang perkara2 di luar jangkaan ini..

Di samping itu, fizikal kami pon kena kuat. menolak stroller ke mana2, menarik beg troli penuh muatan atau memanjat tangga apartment yang tiada lif. Belum lagi episod mengejar tren dan bas yang punctual tu.. hahahah mengah giler tau :P

9) Solat

Macam yang dah diketahui, Germany ni negara mat salleh yang rata2 bukan beragama Islam. Namun, alhamdulillah, syukur ramai Muslim terutamanya Turkish yang menjadikan banyak jugak masjid dan makanan halal di sekeliling. Tapi nak dapat surau di pasaraya tu mmg tak dapek kan kan... hehehe.. Toilet derang pon jenis toilet kering, air kuar masa flush atau di sinki je lah. kalau toilet yang ramai orang, macam pelik pulak kita nak tanggalkan tudung, stokin bagai kat situ kan hihihihi... :P
So camne kami buat?
Biasanya kami sekeluarga ambil wuduk dari rumah dan tahanlah sampai masuk waktu. Atau guna tandas orang istimewa atau bilik salin pampers yang dalam toilet tu mmg dah ada sinki siap2..
Solat pulak di mana2 je, asalkan yakin bersih. Pernah solat dalam kereta, dalam tren, dekat taman terbuka bawah pokok, bilik fitting room pon pernah.. hehehehe

Waktu 4 musim pon kadang2 mengah jugak nak kejar time solat. Winter yang malamnya cepat (4.30 pm dah magrib), jarak waktu solatnya lebih kurang 2 jam sahaja. Zuhur dalam 12 lebih, Asar dalam 2 lebih, Magrib dalam 4 lebih dan Isyak dalam 6 lebih..
Tapi Summer lagi mencabar bagi saya. walau waktu solatnya panjang, Magrib dan Isyak saaaaannngaattttlah lama nak kena tunggu. contohnya Magrib kol 10 malam (ye kami berbuka puasa area tu la huhuhu) dan Isyak? Kol 12 malam you.... Subuh plak cepat giler, kol 3 lebih sampai 5 lebih so kol 5.30 am tu, dah terang benderang... huhuhu

Alamak, ada yang takut ke baca entri ni? Hahaha sebenarnya tak adalah scary mana pon, dan bukanlah semua benda2 di atas ni ‘wajib’ dialami. Ada orang yang smooth je pon hihihi… 

Kesimpulannya, kalau ada peluang untuk sambung belajar di luar negara, rebutlah peluang tu. Bila lagi kan nak merasa duduk di negara orang, lagi2 ke negara maju sebab banyak benda kita boleh belajar. Cabaran tu ada di mana2, doa banyak2, insyaAllah Allah akan permudahkan hidup kita :)

Monday, May 26, 2014

Tamat Pengajian Tapi Tak Ada Convo.. huhuhu



Assalamualaikum

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengatur hidup kita dengan sebaik-baiknya..

Setelah hampir 4 tahun en husben saya berhempas pulas, akhirnya segala penat lelahnya terbayar sudah..
Inilah pengakhiran manis bagi beliau, dan juga kami satu famili.. 


Tanpa convo, hanya topi inilah sebagai simbolik beliau sudah grad. Hahaha, ye stail di Germany sangat berbeza dengan stail di Malaysia.. :P

Topi ni dibuat oleh rakan-rakan labnya, di atas topi ni akan dihias dengan miniature yang berkaitan dengan si pelajar. Contohnya KLCC melambangkan Malaysia dan Wind turbine ni adalah topic kajian en husben saya :) 


Di sini, selepas selesai Viva, kira selesailah perjuangan mereka. Biasanya akan ada minor correction dan selepas itu, kena bukukan thesis mereka.
Inilah dia research hampir 4 tahun dia di sini :)


Dan di sinilah beliau present hasil kerjanya, bilik suka duka mereka :)


Selepas Viva, biasanya si pelajar akan jamu Supervisor, External Examiner dan rakan-rakan dia.. hahaha terbalik kan, kita grad tapi kita kena belanje orang :P

En husbenku bersama Supervisor dia (rambut kerinting berkot hitam tu) dan External Examiner


Supervisor dia ni nampak je senyum, sebenarnya amatlah strict orangnya. Bak kata en husben saya, tak kuat semangat, janganlah berani nak jadi student dia huhu.. jangan haraplah nak dengar kata2 motivasi dari dia, time keje (masuk lab), sila lah keje bebetul (baca: masuk lab ikut time yang sepatutnya). Sampaikan time tulis thesis pon still kena tulis kat lab (sesetengah SV akan bagi student dia menulis dr umah)..

Walaupon begitu, kebaikan dia ialah, dia jenis sangat cepat buat kerja. So thesis en husben saya sangat lancar, kejap je dia cek dan proses hehehe.. ni la yang paling penting sebenarnya, yang menentukan seseorang student tu akan habis belajar cepat atau lambat.. huhu

Dia jugak jenis yang tak halang student dia bercuti (setiap student dia diperuntukkan 30 hari cuti setahun). Dia sangat galakkan student dia melancong, tengok tempat orang. Setiap tahun (semasa Krismas), dia akan buat jamuan untuk student dan family student dan kasik hadiah pada budak2 hehehe.. 

Menu hi tea dari kami, mihun goreng, roti jala, roti canai kuah kari, keropok, cupcakes, puding strawbery.. Alhamdulillah, seronok dengar orang Jerman enjoy masakan Msia :D

  

Keluarga kecil kami (kecik2 pon dah berlima kan ekekkek :P)


Antara kengkawan Msia yang sudi meraikan hari bahagia kami, tankiu u all :D


Lastly, tahniah Abang atas kejayaan mendapatkan PhD. Kami satu family bangga giler dengan Abang hehehe.. time kasih atas kesempatan dapat merasa lihat dan hidup di negara orang :D

Time kasih banyak2 jugak pada pasangan ni, Hanim & Firdaus, yang sudi datang dari Aachen (2 jam tau dari Duisburg). Mereka ni lah orang penting kami, runner ke sana sini, siap bawak puding lagi.. al maklumlah saya dah banyak handbag ni mmg susah skit nak all out huhu... Semoga Allah permudahkan urusan mereka di sini insyaAllah..


Dan pada adik2 undergrad yang manis2, Asmaa (tokey kari), Rosi, Hidayah dan Saidatul (tokey roti jala) time kasih atas segala susah payah masak.. Lap lap lap u all okey :D

Selesai Viva, bermakna selesai jugaklah urusan kami di negara orang ini. Huhuhu Malaysia tunggulah kami balik uwaaaaaaa :(

Thursday, May 1, 2014

Hari Ahad - Hari Bersama Family..

Assalamualaikum...

Nak tahu tak, hari Ahad di Germany tak sama suasananya macam di Msia..
Hari Ahad di sini, mostly kedai dan supermarket tutup, kecuali kedai di Hbf (stesen bas/train besar di bandar)..
Teringat masa awal2 sampai, saya mengeluh di hadapan kakak senior, "leceh la susah nak beli barang sbb ahad tutup"..
Jawap beliau, "alah bisa tegal biasa..."
Hihihi...

So apa orang2 di sini buat hari Ahad?
Mereka ke sini....



Mmmm kebanyakan mereka bawak anak ke Spielplatz, atau playground kata omputeh hihihi...
Tengok budak2 ni, mak bapaknya biarkan je derang main pasir..
Ada yang siap bawak bekas mainan yang biasa kita bawak ke tepi pantai tu.. Hihihi comel
Dan biasanya dekat area pasir ni, disediakan paip air untuk budak2 ni campur dengan air..



Tengok camni, terpikir kenapa mak bapak kita dulu tak kasik
kita main pasir ek?
Alasan takut berkudis atau kotor..

Mmmmm bebudak ni termasuk anak saya, balik playground mesti kena sental seluar tapi biarlah.. He he he

Taman permainan di sini memang terjaga. Susah betul nak jumpa yang rosak, padahal kadang2 nampak jugak remaja atau remaja tua (macam kami ekekeke) yang main buai..

Walaupun ada yang bawak anjing, tak ada jumpa najis anjing merata, apatah lagi dlm pasir..
Huhuhu kucing2 kat msia kena train kat Germany nampaknya ni hihihi :P

Dan paling saya suka, lihatlah keliling playground ni..
Penuh pokok2 merimbun hijau..
Bagus untuk alam sekitar kan? Udara pon bersih..

So inilah aktiviti kami kalau tiba hari Ahad..
Bagus jugak kedai tutup at least kita boleh fokus pada famili kan..
Anak2 pon kejap je membesar, so meh kita gunakan masa yang ada untuk bersama ngan derang.. Hehehe