Assalamualaikum..
Antara
entri-entri terakhir di bumi Deutschland, saya nak kongsikan cabaran yang
mungkin anda akan alami, sekiranya anda berminat untuk merasa tinggal di sini..
Bukan apa,
apa yang anda nampak di FB atau blog orang2 yang duduk di obersea tu, tak
mencerminkan semuanya. Kami biasanya memilih untuk berkongsi benda2 yang manis2
dan indah2 je, view cantik, melancong sana sini, masakan sedap2.. hakikatnya
yang mencabat tu biasanya kami telan sendiri :)
1) Pembelajaran
yang tough
Ya, belajar
di mana-mana pon memang susah, tapi pada saya (sebagai pemerhati bebas hihihi),
baik Degree, Masters atau PhD, di sini mereka mmg pentingkan kualiti, di samping teori
jugak kena kuat. Lecturer yang bukan senegara dengan kita, so faham2 je
la kan…
2) Bahasa
Haaa ni merupakan faktor penting kenapa orang Msia susah nak
datang Germany. Di sini, rata2 orangnya tak suka berbahasa Inggeris (golongan
senior jugak ramai yang tak pandai berbahasa Inggeris). Nak tak nak, kenalah
belajar sikit sebanyak bahasa mereka, sebab urusan harian macam beli barang,
pegi klinik dll memang kena bertutur dlm Deutsch.. huhu jangan tak caya, ada
Doktor tak pandai English tau.. so sebab inilah saya rasa, ramai Msian prefer
UK dari Germany hihihi...
3) Persekitaran
yang asing
Jangan
ambik ringan factor ni.. No no no… hehehe… Di sini, mostly kami akan guna
public transport untuk ke mana2, jadi bersedialah untuk naik turun bas/tren. Barang-barang,
signboard, iklan dan segala macam benda mmg dalam Deutsch. Teringat masa awal2
saya sampai di sini, sebelum pegi beli barang, saya akan translate, gugel
gambar dan tulis (sbb tak pandai nak sebut) sesuatu jenis barang tu. Contoh, baking soda di sini – Natron,
baking powder – Backpulver. Tepung gandum? Weizenmehl dan nak lagi power? Ada
kod nombor u all, Kod 405 untuk tepung biasa, kod 550 untuk tepung roti, kod
1050 untuk buat kek.. hahaha ada brani??
Serbuk
kari, bihun, sos biasanya hanya ada di Kedai Asia. Sup bunjut, Kicap
kipas udang, bunga kantan? Ohhh itu dikira ‘barangan berharga sangat2’ sbb so far tak pernah jumpa lagi
jual di mana2 ekeke…
TV pon dalam Deutsch. Abis dengan Shah Rukh Khan cakap german hahaha.. nasib baik tang lagu tu dia tak dubbing, agaknya susah kot.. huhu
4) Stess?
Stress
untuk yang belajar satu hal. Jgn lupa, family yang ikut pon selalunya stress
jugak.. hahaha.. Macam saya, sebelum en husben saya mula menulis thesis,
biasanya cuti umum pon dia akan ke lab. Sebab masa itulah dia tenang buat keje,
tanpa SV dia yang suka ronda.. huhu.. Lunch biasanya dia tak balik, pegi
kol 8 atau 9 am(sekali hantar anak sekolah) dan balik petang kol 7 pm. Cuti dia
hanyalah weekend dan sewaktu kami urlaub (melancong). Biasanya, dalam kepala
mereka dipenuhi dengan ‘keje lab’ jadi pandai2 lah kita releasekan tension.
Macam saya? Layan Korean siries la jawapnya.. hahahaha… :P
Oh ya, kadang2 anak2 pon stress jugak kat sekolah. Tapi
biasanya awal2 je masa derang tak pandai bercakap Deustsch lagi. Lepas dah
terer, dah lupa semua benda sbb biasanya sekolah di sini seronok hehe..
5) Bersedia
dengan persepsi orang
Mmmm yang
ni agak sensitip tapi saya nak share jugak. Bila kita melancong, orang akan
cakap kita banyak duit tapi tahukah anda, kami bujet giler2 wang bulanan kami
untuk dapat melancong. Kami plan berbulan2 lebih awal untuk dapat harga semurah
yang mungkin. Kami mungkin makan roti dan meegi je untuk jimatkan belanja.
Bila kita
share sesuatu kebaikan di negara orang, ada sesetengah orang akan fikir kita
berlagak atau agung2kan negara tu. Ada orang akan cakap – macamlah kita takkan
balik Msia dah or duduk je la kat negara orang tu, kalau negara orang tu dah
bagus sangat (benda ni kena kat diri saya). Hakikatnya, saya hanya ingin
berkongsi mana2 yang baik, sebab hanya yang duduk di situ je yang tahu
bagaimana sesuatu tempat tu kan?
Tak dilupa,
persepsi orang `meriahnya raya di perantauan`. Hihihi hakikatnya, time raya
hanya akan rasa meriah hanya sehari (atau beberapa jam) – masa open house.
Esoknya, rutin harian seperti biasa. Then kalau ada orang sudi buat open house
lagi, haaa meriahlah lagi untuk beberapa jam tu (ni terpakai untuk kami di
Germany yang Msian sikit, bukan UK tau hehehe)..
6) Jangan
Compare!!!!
Nasib
setiap orang berbeza2. Ada yang dapat SV baik, kol 5 pm dah boleh balik umah.
Sentiasa dihujani kata2 semangat. Tapi ada jugak yang nasib tak berapa baik,
dapat 2,3 orang SV, haaa jenuhlah menunggu derang cek paper, journal mahupon
thesis. Jenuhlah meng edit benda2 tu untuk memuaskan hati semua SV tersayang.
Jenuhlah kena marah sepanjang 4 thn pengajian. Jadi, jangan compare lagi2
spouse yang duduk umah ni. Jgn pikir kenapa suami/isteri aku kena pegi lab
ari2, kenapa orang lain boleh abis dlm 4 tahun, suami/isteri aku kena extend.. bla
bla bla.. Sebab kalau anda compare, anda akan stess dan tension!
7) Berdikari
Berdikari
dalam erti kata, belajarlah masak sebab tak banyak pilihan makanan yang boleh
dimakan di luar. Kalau pregnant dan bersalin, belajarlah uruskan diri sendiri
dengan bantuan suami sahaja tanpa ibu yang biasanya tolong masakkan, jagakan
baby malam2 or tanpa tukang urut dll. Kalau ada masalah, belajar lah selesaikan
sendiri tanpa harapkan orang menolong. Berdikari dari segi hidup tanpa family
dan kawan-kawan, kerana biasanya di Germany, satu bandar ni hanya kita satu
family je tau, then kalau nasib baik, ada budak2 undergrad jadi kawan huhuhu..
8) Bersedia mental dan fizikal, emosi dan jasmani
Teringat saya 3 episod sedih di sini yang takkan saya lupakan sepanjang hayat. Pertama, pakcik saya dan familinya meninggal dalam kemalangan ngeri di Terengganu. Kedua, seorang rakan seMalaysia yang ayahnya meninggal dunia, yang mana dia dapat berita di depan mata kami, di saat kami tengah gathering. Dan ketiga, bilamana seorang rakan kehilangan anak yang dikandungnya di saat usia kandungan 7 bulan. Ya, di saat ramai yang lihat kami bahagia di tempat orang, sebenarnya dalam hati kami terselit kebimbangan tentang perkara2 di luar jangkaan ini..
Di samping itu, fizikal kami pon kena kuat. menolak stroller ke mana2, menarik beg troli penuh muatan atau memanjat tangga apartment yang tiada lif. Belum lagi episod mengejar tren dan bas yang punctual tu.. hahahah mengah giler tau :P
9) Solat
Macam yang dah diketahui, Germany ni negara mat salleh yang rata2 bukan beragama Islam. Namun, alhamdulillah, syukur ramai Muslim terutamanya Turkish yang menjadikan banyak jugak masjid dan makanan halal di sekeliling. Tapi nak dapat surau di pasaraya tu mmg tak dapek kan kan... hehehe.. Toilet derang pon jenis toilet kering, air kuar masa flush atau di sinki je lah. kalau toilet yang ramai orang, macam pelik pulak kita nak tanggalkan tudung, stokin bagai kat situ kan hihihihi... :P
So camne kami buat?
Biasanya kami sekeluarga ambil wuduk dari rumah dan tahanlah sampai masuk waktu. Atau guna tandas orang istimewa atau bilik salin pampers yang dalam toilet tu mmg dah ada sinki siap2..
Solat pulak di mana2 je, asalkan yakin bersih. Pernah solat dalam kereta, dalam tren, dekat taman terbuka bawah pokok, bilik fitting room pon pernah.. hehehehe
Waktu 4 musim pon kadang2 mengah jugak nak kejar time solat. Winter yang malamnya cepat (4.30 pm dah magrib), jarak waktu solatnya lebih kurang 2 jam sahaja. Zuhur dalam 12 lebih, Asar dalam 2 lebih, Magrib dalam 4 lebih dan Isyak dalam 6 lebih..
Tapi Summer lagi mencabar bagi saya. walau waktu solatnya panjang, Magrib dan Isyak saaaaannngaattttlah lama nak kena tunggu. contohnya Magrib kol 10 malam (ye kami berbuka puasa area tu la huhuhu) dan Isyak? Kol 12 malam you.... Subuh plak cepat giler, kol 3 lebih sampai 5 lebih so kol 5.30 am tu, dah terang benderang... huhuhu

Alamak, ada
yang takut ke baca entri ni? Hahaha sebenarnya tak adalah scary mana pon, dan
bukanlah semua benda2 di atas ni ‘wajib’ dialami. Ada orang yang smooth je pon
hihihi…
Kesimpulannya, kalau ada peluang untuk sambung belajar di luar negara,
rebutlah peluang tu. Bila lagi kan nak merasa duduk di negara orang, lagi2 ke
negara maju sebab banyak benda kita boleh belajar. Cabaran tu ada di mana2, doa
banyak2, insyaAllah Allah akan permudahkan hidup kita :)
terima kasih utk perkongsian
ReplyDeletetak ramai yg nak share kisah masam
yg banyak kita baca cuma kisah manis je
akak duk jauh dri kg sndiri wpun masih dalam malaysia pun sgt terasa kalau mak ayah tak sihat, itu paling merisaukan
Peluang keemasan belajar di luar negara tp tetap ada ujian dan cabarannya kan..? :)
ReplyDeletesalam blog walking :)
ReplyDeletewahh mesti fasih cakap deutsch kan kan mhehehe
guten tag! wiwiwi
http://harinumunirah.blogspot.com/
sementara ada kat sana.. tulis lah lagi, apa-apa je.. heheh. suka baca pasal negara orang :)
ReplyDelete