assalamualaikum...
mihun goreng ni saya buat masa BBQ bulan Ogos time Summer harituh rasanya..
skarang dah masuk Autumn (musim luruh) so suhu pon dah semakin sejuk.. maksudnya dah tak berapa sesuai nak buat aktiviti kat luar hehehe..
apapon resepi ni special skit sbb letak air asam jawa tau hehehe...
time kasih pada tukang share, Nabialishad Fotopages.. dia dapat dr Baby Batriesyia Fotopages (sumber asal menurut Baby Batriesyia ni dia dah lupa)...
izinkan saya tepek2 di sini plak ek :)
MIHUN GORENG SPECIAL
- sumber copy dari Baby Batriesyia Fotopages dan Nabialishad Fotopages
Bahan-bahan
Bihun (direndam hingga lembut)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar/cili boh
Bahan A
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar air asam jawa
Garam/Gula
Sayur Sawi/Taugeh
Udang - dibuang kulit
Ayam - dipotong kecil2
Daging batang pinang - dipotong kecil2
Cara-cara
Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan cili
boh. Kacau. Kemudian masukkan semua bahan A. Kacau hingga sebati. Masukkan
ayam,daging, garam dan gula. Biar sebentar hingga masak. Kemudian, masukkan
bihun tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan siap!
Sejuk kan skrg..huhu. Klu dpt mkn bihun panas2 mst sedap hehe
ReplyDelete