assalamualaikum...
seperti yang dijanjikan, saya kongsikan
Labour Room di Germany..
rasanya lebih kurang sama je mana2 hospital di sini.. :)
Pertamanya, prosedur nak bersalin di sini lain skit dr Msia..
beberapa minggu sebelum due, kita kena register di hospital mana yang kita nak bersalin..
di Duisburg ni, ada beberapa hospital bersalin tapi saya pilih
Bethesda Krankenhaus, tempat yang sama saya D&C dulu...
pintu masuk
Kreißsaal (Labour Room) yang dalamnya ada beberapa bilik bersalin, beberapa bilik check up dan 1 operation room..
seminggu sekali, ada Open Day di Labour Room ni. bakal2 ibu dan bapa boleh melawat in advance bilik2 bersalin dan wad nanti. so senang la kan, dah familiar dengan tempat2 ni.. :)
Hebamme (midwife) adalah orang yang sama sepanjang proses bersalin tu, kiranya takde la tukar2 orang.. sentiasa menemani kita yang tengah dok keluh kesah sakit tu.. huhuhuhu...
Hebamme saya yang dalam bulatan tu, sangat2 baik.. :)
inilah bilik bersalin saya..
sorang satu bilik, mmg privacy habis dan mendamaikan betul suasananya..
dalam bilik ni, mmg lengkap dengan kelengkapan untuk bersalin, katil yang besar muat 2 orang (suami boleh berbaring sama incase nak tenangkan isteri sewaktu sakit contraction dan proses bersalin)..
sesiapa nak bersalin kaedah water birth pon boleh.. tp saya pilih kaedah atas katil je hehehe...
lengkap jugak dengan toilet..
siap ada CD player dan CD lagu yang berentak sentimental, untuk menenangkan pesakit... :)
saya dok sini hanya beberapa jam je.. selepas rehat, saya dipindahkan ke wad bersalin dan kena stay selama 3 malam sbb bersalin normal (kalau ceaser, normally 5 malam)..
2 orang satu bilik..
ada TV, almari, tempat tukar lampin baby dan toilet lengkap shower..
Hospital ni menyediakan
Muslim Meal, so senang la tak perlu jadi vegetarian. dan yang besnya, masakannya orang bersalin boleh makan, apalagi tibai je la hehehe...
Menu lunch sepanjang 3 hari tu, ikan, daging dan nudeln (noodles)..
oh ya, sepanjang tempoh dalam wad, semua kelengkapan baby disediakan oleh pihak hospital, dari pampers sampailah ke baju.. hehehehe menarik giler kan :P
dan lagi menarik, bayaran bersalin dan stay di wad ni ditanggung oleh insurans kesihatan. bermaksud, kita tak perlu bayar apa2 kepada pihak hospital.. sebab itulah insurans kesihatan adalah WAJIB bagi setiap orang di Germany :)
lastly, layanan Nurse, Hebamme dan Doktor memang tip top. memang dilayan macam puteri, ye lah kita tengah2 sakit contraction, dia urutkan... kita tak larat bangun ke toilet, dia pimpin, teman dan bersihkan untuk kita. dan walaupun ada sesetengah staf tak pandai berbahasa Inggeris, derang tetap cuba berkomunikasi dengan kita. takde nak kerut2 muka bila kita tak berapa paham dia speaking Deutsch hehehe.. pendek kata, mmg pengalaman manis betul bersalin di Germany ni.. :)