Friday, November 11, 2011

Laksa Johor..

laksa johor-1
assalamualaikum..

salam hari Jumaat semua..
tarikh yg cantik, 11.11.11 kan..ramai amik kesempatan unt bertunang, berkahwin pada hari ni..ambik berkat hari Jumaat jugak..:)
sebut pasal tarikh cantik ni, teringat saya tarikh saya berkahwin iaitu 04.04.04..
sebenanye bukanlah beria sangat nak tarikh lawa tuh, cuma memang plan unt membina masjid dlm bln 4, so alhamdulillah dah 7 thn lebih usia perkahwinan kami..
pada saya, tarikh cantik ni satu bonus aje, apa yg lebih penting ialah usaha kita unt mempertahankan dan membahagiakan kehidupan selepas tarikh tu (alam perkahwinan)..

mm meh la layan resepi laksa johor yg bes ni..tapi tak tahulah betul2 100% rasa laksa johor atau tidak, sbb macam-macam resepi yg saya jumpa..
banyak yg list bahannye berjela, hummm patutla emak saya tak pernah buat walaupon kami asal dr Johor..hahahaha :P
tapi pada saya, resepi yg ni sedap la dan simple aje bahan2nya..
kene la ngan saya yg *agak rajin ni..hik hik hik...
time kasih pada penyumbang asal resepi Mamasya dan Kak Hana sifu saya yg dah pencen kot berblogging..izinkan saya tepek2 di sini plak ek..:)

LAKSA JOHOR
- sumber Mamasya dan di share bersama oleh Kak Hana

Bahan-bahan
• 1/2 kg ikan (ikut suka sebaiknya guna ikan parang)
• air rebusan udang - nih hana tmbh.klu tk nk pon tkpe. *saya tak bubuh
• *1 inci lengkuas
• *3 ulas bawang putih
• *2 biji bawang besar
• *sedikit belacan
• *1 sudu udang kering
• 2 batang serai,di ketuk
• 1 pkt kecil rempah kari *saya pakai dlm 1 1/2 sudu besar
• 2 sudu makan kerisik
• 500 gm santan
• asam keping
• garam secukup rasa
• gula melaka - nih pon hana tmbh
• daun kesum - nih pon *makcik takde huhu
• minyak untuk menumis
• spagetthi
• ulam2an
• sambal belacan
• limau kasturi/limau nipis

Cara-cara
• Rebus ikan- ambil isinya dan kisar bersama bahan-bahan yg bertanda *.
• Tumiskan bahan kisar. then masukkan rempah kari n serai sehingga naik baunya.
• Masukkan santan,air rebusan ikan n udang berserta isi ikan tadi n asam keping. Kacau hingga pekat.
• Masukkan daun kesum, gula melaka n garam secukup rasa.akhir sekali masukkan kerisik. tutup api.
• Cara hidang, amik spagethi, taburkan ulam2an n curahkan kuah laksa. letak sambal belacan n limau. ok siap!

4 comments:

  1. deena tak pernah lagi makan laksa johor ni ct.. bleh la cuba nnt :)

    ReplyDelete
  2. nyummy sedapnya..tiba2 rasa nk mkn laksa..huhuu

    ReplyDelete
  3. Laksa Johor....emmm...memang fav kak cek

    ReplyDelete
  4. favourite kami sekeluarga ni...

    p.s
    mana cerita jalan2 di Kaiserslautern tu? hehehe

    ReplyDelete