Wednesday, December 7, 2011

Barang Tempatan vs. Import..

Assalamualaikum...

UPDATE: Jemput juga baca entri terbaru saya yg ada kaitan dengan pasaraya di German, di SINI

"Rakyat Malaysia kurang minum susu sebab harga susu mahal di Malaysia. Saya dulu duduk di luar negara, saya dapati susu cuma dijual beberapa dollar je di US", Mohamad Taufik, pendengar menelefon MHI.

tp Ally Iskandar ckp bukan faktor harga sbb semua org mampu...

hmmm...so sbg intro, meh sy bgtau harga Susu Segar sekotak 1 liter di sini...

cuma 57 sen!!
haaaa kalau camni regenya di Msia kompom semua mampu kan?? hehehehe

Mineral Water 1 liter di sini 52 sen aje..kalau ikutkan rege nye cuma 27 sen sbb 25 sen kita dpt balik sbb botol ni leh direcycle..baca SINI..:)


Susu cair plak sekotak kecik ni cuma 39 sen..


Susu tepung unt Lea - 5.55 euro unt 550 g


Spegeti sepeket 500g cuma 49 sen (dulu before naik harga cuma 25 sen)..


Tepung gandum 1 kg paling murah cuma 45 sen..


Gula 1 kg cuma 85 sen..


Pampers Lea ni sekotak ada 72 pieces 10.75 euro..


Minyak Masak sebotol 1 liter 1.39 euro..


Pada saya inilah baru yg dikatakan 'semua orang mampu'...
bila semua org (tak kira gaji besar atau kecil) boleh memiliki / membeli tanpa membebankan mereka..
Kerana rata2 kami student dan famili dari msia hanya bergantung dgn elaun tak sampai 2 ribu euro sebulan..dengan spause yg tak leh bekerja..
nilai 1 euro disini plak bersamaan 1 ringgit..sewa umah pon dah 500 - 700 euro sebulan tapi alhamdulillah masih cukup untuk menampung kehidupan di sini..

contoh kat atas tuh dikira barang tempatan di sini..
kalau barang makanan import memang berbeza harganya, contohnya barang Asia sbb di import dr Thailand, China, Holland dan lain2 negara..

Santan sekotak kecik 250 ml 1.29 euro (tp sy leh dpt 80 sen,cuma kene pegi jauh sikit hehe)


Beras Basmathi 1 kg dalam 1.69 euro (dulu jenama sama leh dpt dlm 1.39 dlm kotak tapi skarang dah tukar packaging, dlm plestik, rege pon naik..kecewa makcik huhuhu)


Susu Pekat setin 1.29 euro..


mmmm bagi kami satu famili, unt produk tempatan dan bahan asas mcm gula, susu segar, tepung dll kami tibai mana yg paling murah..hehehe
sbb biasalah apa2 pon ikut brand jugak, cm spegeti tuh kalau yg mahel ada yg cecah 1 euro lebih unt sepeket..
cuma yg bezanya, semurah mana pon barang di sini, kualiti tetap OK, bukanlah kualiti cap ayam tu (bukan nak puji tapi memang betul)..
tapi kalau barang Asia tuh, ikut tekak jugak..contohnya cili sos, kicap tuh semua..sbb harganya pon kengkadang tak jauh beza antara satu sama lain..:)

sebenanye saya menulis entri ini unt share pada semua tentang beza harga barang yg dikeluarkan oleh German dan harga barang yg diimport dari negara luar..
sbb dulu saya rasa harga barang tempatan Msia (macam beras, gula, minyak masak dll) tak berapa jauh beza ngan produk import (spegeti, cheese, pasta dll)..tak tau la kenapa..atau saya yg silap...atau saya yg tak perasan..hehehe
memang la dulu sangat susah unt membeli sepeket spegeti sbb rasa mahal, tp rasanya harga beras dan tepung pon tak de la semurah mana..
dan bagi kami yg berbelanja dgn matawang euro ni, sepeket gula di sini sangat murah harganya berbanding sepeket gula di Msia semasa kami memegang Ringgit Malaysia...

ada kawan di sini yg mana anaknya minum susu segar pon terpaksa tukar susu tepung masa balik bercuti di Msia gara gara...(sila lengkapkan ayat dgn perkataan sendiri hehehe)

mungkin bagi sesetengah orang, setakat segelas susu sehari tak luak pon duit gajinya..
tp pada pakcik makcik di kg yg takde pendapatan tetap, atau ibu bapa yg perlu spend sejumlah duit gaji hanya unt pampers dan susu anak, setin susu Anlene itu sangat bernilai harganya..

Nota: artikel ini dari pendapat saya sendiri..pada sesiapa yg tidak bersetuju, peaaceee no war..hihi 
 :P

35 comments:

  1. Susu segar di Malaysia sgt sgt mahal.. Gooday Brand 2liter = RM11.99. Disini kami sekeluarga minum seliter dan kadang lebih untuk sehari. Belum harga barang2 yg lain2 tu..

    ReplyDelete
  2. Salam..Ally Iskandar patut baca blog ni..t ksh bg info.

    ReplyDelete
  3. hajar, aku setuju sgt2 dgn artikel ko dan jugak kata2 pemanggil tu walaupun aku tak penah dok obersi. bagi aku statement ally tu tak lebih daripada statement nak jaga periuk nasi (cover line beb takut la kan nak cakap harga barang mmg mahal gilak kat mesia kang kena gantung tugas cam wardina dulu).

    sekarang ni anak aku fully breastfeed, alhamdulillah,tp aku dah start fikir nanti macamana sekiranya aku dah tak mampu memproduce susu sendiri, atau anak aku dah benti susu, aku kena cari alternatif. susu tepung mahal nak mampus, susu segar pun mahal, takkan aku nak ternak lembu lak kang lembu aku demand nak duduk kondo cemana?

    ko tau harga kicap kipas udang kat jengka 13 yg botol biasa tu aritu rm5.70. gila tak?beb aku yg keje gaji 4 angka plus gaji laki aku lagi pun kitorg rasa beban dia. ni baru anak sorang. apetah lagi adik aku, husband dia keje sendiri, tadek fix income,adik aku tak kerja, aku selalu terfikir, dengan harga barang yang tinggi ni adakah diorg akan mampu nak berbelanja untuk dapatkan barangan yang terbaik? contohnya- akmal pakai pempes cap huggies, dulu mula2 aku bli size m, 80 keping price dia 26plus, aku tak ingat exactly harga dia, kendian naik 28, minggu lepas aku bli dah jadi 34.boleh beli cap lain yg murah sikit tapi jap lagi keje asyik tukar pempes anak je la sebab baru pakai dah boco.end up bila kira2 balik, harga jadi lebih kurang je.

    tu belum kira beras la barang2 makan semua mahal. kesimpulannya mmg sangat membebankan. tu baru barang2 keperluan, belum bukak cerita bab nak beli rumah, kereta lah ape2 tah lagi. aritu ada sorang uncle from persatuan pengguna pahang datang jumpa aku sembang2 pasal harga rumah, dia cakap tak reasonable. yes so very true.aku sgt setuju ngn pakcik tu. lagi pulak nak beli rumah kos rendah kerajaan, bukanlah benda yg senang. aku tak dapat bayangkan macamana orang2 yang macam adik aku nak hidup dalam negara malaysia nih. kesian sangat dan aku selalu doakan mereka murah rezeki, dan allah limpahkan jugak rezeki untuk aku supaya aku dapat bantu mereka.

    beb, nak citer kat ko aritu husband aku cakap staf dia nak beli kereta-viva 850 cc, downpayment bayar 10k. ko tau bulan2 kena bayar berapa?rm 275 untuk tempoh 9 tahun. sgt tak munasabahkan?

    malaysia=kapitalis.

    ReplyDelete
  4. setuju dan sangattttt suka entry ni.. he..he..

    ReplyDelete
  5. agree hajar
    kat sini even org ckp living cost dia mahai but
    semua brng mampu beli
    fresh milk ai beli every day...¥158 jer....mcm RM1.58 but rasa paling murah kat mesia 4 hengget lebih khen

    ReplyDelete
  6. kalau lah kat malaysia bleh dapat rega mcm tu bahagia nyer rasa :)

    p/s: ct, dah nak masuk 6 bulan..doakan deena dan baby2 sihat dan selamat :)

    ReplyDelete
  7. heee , mmg dkt malaysia harga barang sana sini mahal. tssk.

    ReplyDelete
  8. Kak ari:ye ke..huhu..mahal kan?yg pasti kami mmg sgt jarang beli dulu sbb harga la..huhu

    ReplyDelete
  9. Zaira:harapnya dia baca sbb dh paste dkt page MHI...hehe

    ReplyDelete
  10. pizah: tuh la tayah gi obersea leh tau harga kat msia camne..huhuhu

    ReplyDelete
  11. kak liza: heeee time kasik kak....

    ayu: wahh murah la tuh kan susu kat sana? en husben saya pon ckp samalah 158 yen sama RM 1.58..hehe

    ReplyDelete
  12. deena: itulah harap ada la YB mana2 yg baca blog ni..hik hik hik

    btw tahniah..semoga selamat semuanya ye..insyaAllah

    ReplyDelete
  13. ijah: tu la semua orang sedar rasanya...semoga ada perubahan, kesian kat kita kita kan..huhu

    ReplyDelete
  14. ini adalah artikel terbaekkkk....!!!
    mmg kos hidup di malaysia sangat mahal. di KL, kalau gaji kurang dr rm3k, dikira miskin. sebab? barang mahal.. petrol mahal.. gerak sikit bayar tol.. satu hari je tol boleh cecah rm10.bfast di putrajaya kat food court biasa pun cecah rm3.50, belum campur lunch di food court boleh pergi sampai rm7.50. dinner?
    kalau masak sendiri pun, bahan mentah mahal.. beras mahal.. minyak masak yg pokok sawit berlambak pun mahal.. air mineral mahal.. ikan mahal.. ayam mahal.. susu laaaagi mahal!
    susu tin yg byk gula kurg hasiat pun dah cecah rm 2 lebih setin.

    encik Allly iskandar dan team MHI, silah baca artikel ini!

    ReplyDelete
  15. kak anie: betul tuh..suami isteri kerja pon hidup cukup2 makan..padahal kita ada sawah padi..ada lembu..ada petroleum..ada getah...ada kelapa sawit..tapi semuanya mahal...

    ReplyDelete
  16. nice entry, bab kawan yg terpaksa tukar susu from susu segar ke susu tepung masa balik m'sia tu cam familiar je, hehe... sy hari tu camtu gak, ade orang laen camtu gak ke? memang barang kat m'sia mahal sgt2, kami pun dah risau dr skrg, sebab budak2 dah biasa ngan susu segar, balik m'sia nnt klu minum susu segar hari2, bole jatuh bankrup huhu..

    ReplyDelete
  17. Mahal tu air 27sen. Standard 19sen, huehuehuee

    ReplyDelete
  18. Kenapa nak remove link n info yg bagus. Smua yang benar telah diketepikan. Inilah buat rakyat nak muntah dgn info ditv malaysia. Wassalam. Ps dah lama xtengok berita. Hahaa

    ReplyDelete
  19. ana: mmm salah satu sebab kami still pakai susu tepung unt lea..hihihih

    ReplyDelete
  20. siti: haha ye ke..akak beli kat Kaufland ke REAL..yg penny tak jumpe resit plak..hahahah

    ReplyDelete
  21. kak izah: haha gembira denga kak izah ketawa..:)
    mmm biasalah kak, bodek punye hal..hehehe

    ReplyDelete
  22. Nice entry. Husband pun feedback benda yang sama. tak sabar nak g sana.

    ReplyDelete
  23. Betul kt Msia sume mahal. Kita kt perantauan ni wpon elaun gov bg ciput ttp cukup mkn pakai siap bley jln2 mkn angin lg kn..? Kt Msia no money no talk, nk pegi jln2 ke dlm negeri pon sesak nafas kita dibuatnya. Bg golongan ptghn or atasan myngkin ok tp kesian kt golongan yg bpendapatan rendah. Adatu suami je keje gj rm500, sewa rumah je pon dh rm500..mcm mana? No wonderla ank2 tak leh gi sekolah. Sekolah pon yuran kene bayar..kt sini sekolah free aje..why? Sbb depa tau education is important!

    Ps. Keciwa dgn MHI.

    ReplyDelete
  24. bila kita nak dapat barang cam ni kat Malaysia.. huhu

    ReplyDelete
  25. noorulaz: danke..:)..itulah i tak tipu tau...hihihi..btw bila mau dtg sini?

    ReplyDelete
  26. izu: hehe betul2 memang dengan elaun tuh kalau berjimat leh jalan lagi kan..:)

    ReplyDelete
  27. budak kg setiu: bila semua org bertindak dan menyedarkan orang2 atasan bahawa rakyat pon ada hati dan perasaan..huhuhu

    ReplyDelete
  28. huiyoo.. nice entry siti.. boleh compare harga negara luar dan dalam :)

    ReplyDelete
  29. so sad but so damn true!!mohon share di fb entry ni..TQ

    ReplyDelete
  30. raziq: time kasih..hehehe

    cik erza: sila sila..time kasih hehe

    ReplyDelete
  31. Entry yang sgt bagus...suka dengan pendekatan negara luar compare to Malaysia.
    Usahkan nak turun tapi makin naik ada la harga barangan.
    Tak semua rakyat Malaysia hidup senang, lebih2 lagi dengan kenaikan beberapa harga barang keperluan.

    ReplyDelete
  32. barang buatan sendiri di eksport sbb nk dapat keuntungan
    pastu beli barang murah dari luar jual kat rakyat mahal
    pendapat sendiri rasa sendiri

    saya yang study dapat elaun 430 di terengganu...nk beli g jenjalan pun kena kira setiap sen...parah

    ReplyDelete
  33. semua kena ambil tahu benda camni. Jangan baca suratkhabar aje

    ReplyDelete
  34. bahagianya kalau dapat harga macam tu kat malaysia

    *belek2 entry lama kat sini :)

    ReplyDelete