Sunday, April 22, 2012

Ayam Bakar Peanut Butter dan Terima Kasih...

assalamualaikum...

firstly, time kasih banyak atas komen2 semangat yg diberikan pada entri saya yg lepas..
dan maaf kalau bahasa yg kurang menyenangkan, bukan apa saya selalu ingat pesan Ros Jintanmanis, supaya sentiasa menjaga penulisan kita..tp kadang2 saya merasakan kalau bahasa terlalu berlapis ni, maksud tak sampai atau orang salah menilai..
dan ada jugak yg tidak menyokong dan masih meneruskan kutukan kutukan yg tak berapa mesra itu, terpulanglah masing2 saya tidak boleh memaksa..
mungkin mereka merasakan apalah sangat 32K caj perkhidmatan yg terpaksa saya bayar tuh kalau nak compare dengan perasaan pekerja2 PTPTN...hahahha *gaji saya setahun pon takleh nak cover, takpelah abaikan sahaja perasaan saya itu*

cuma saya menulis di atas pengalaman saya, saya tahu saya tidak berbohong, selainnya terpulang pada individu masing2 unt bebas menafsir, kerana yg mengalaminya adalah diri saya...kan? hehehe...

okehlah entri ini sbg penghargaan pada seorang kenalan blogger saya, Otai Chef yg ber karier Chef masak masak..
dah lama saya simpan resepi ni cuma tak buat2...
memang menarik, ayam bakar menggunakan peanut butter..
rasanya mmg superb...anak2 dan en husben saya sangat sangat suka tau! tak payah cecah dengan apa2, makan macam tuh aje...sooooo lecker!!
time kasih byk2 chep, izinkan saya tepek resepi di sini plak ek..hehehe

ayam bakar peanut-001

PEANUT BUTTER LEMON CHICKEN BERMADU
by Mr. Gerhard Albrech, Exec Chef di Hotel Concord Shah Alam (1997) dan The Chef Otai 

Resepi;
1. Paha dan kaki ayam di buang tulang----------- 4 ketul *saya pakai ayam seekor yg dibelah 2
2. bawang putih------------------------------------ 5 ulas} cincang halus
3. Halia---------------------------------------------- 1 inci} cincang halus
4. Lemon-------------------------------------------- 3 biji} perah airnya
5. Peanut butter------------------------------------ 3 sudu makan
6. Madu--------------------------------------------- 1 sudu makan
7. lada hitam--------------------------------------- 1 sudu makan} mesin
8. Garam-------------------------- secukup rasa.

Cara membuatnya; 
1. Basuh ayam dan keringkan airnya.
2. Campurkan bahan-bahan diatas dan gaul bersama ayam sehingga sebati, perap selama 1 jam.
 3. Susun ayam di atas loyang dan bakar, suhunya 180*, selama 20 ke 30 minit, tapi hati2 kerana madu akan membuatkan ayam terbakar cepat. Jauhkan sikit ayam dari bahagian atas ayam. Dah pun siap.
*saya bakar lama jugak, dlm sejam kot sampai lah ayam tuh masak

20 comments:

  1. uishhh sedapnya tgk ayam bakar ni hajar..lapar lak akak mlmx2 buta kat sini hehe

    abaikan saya apa org nk ckp tu hajar..apa yg penting kita berhak juga bersuara apa yg kita rasa kan.

    ReplyDelete
  2. wuhuu...sedapnye...nk try jugak nih nnt

    ReplyDelete
  3. Salam, tak pernah terfikir peanut butter leh buat resepi bakar ayam, kan.. mesti sedap, rasa macam makan sate cecah kuah kacang.. teringin lak nak mencuba nanti..

    ReplyDelete
  4. sure rasa sweet sket ekkk sbb ada peanut butter ngan honey tue
    but oishii sou
    lapaqqqqqqqqqqqqqq nanak nasik plissss

    ReplyDelete
  5. aiiii... peanut tu... xleh jadi ni.. kena terai (^___^)

    ReplyDelete
  6. Salam kenal orang jauh..

    Tulisan akak pun lagi tonggang terbalik dek..Nak belajar otak tak dapat nak tangkap dah..

    Sedapnya ayam panggang rajin memasak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak...

      nak kata rajin jugak tuh takde jugak kak..cuma sbb kat luar pon tk banyak kedai leh terjah..huhu

      Delete
  7. menariknya! satu hari nak cuba jugaklah. pernah nmpk jugak ayam bakar dengan jem buah. mcm best je kan! tengok ayam ni meleleh ayer liur. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishk camne tuh ek dengan jem buah? takpe kak as buat dulu nanti saya folo folo okeh hehehe

      Delete
  8. Salam hajar! nmpk sedap ayam nii :D kita dtg pagi2 buta waktu thai sbb tadi tertido depan tv sampai ni dah masuk kul 1 pagi ehehe... roonda2 jap sblm masuk tido lg sbb nak kena buat bekal :D mmg suke lah ayam panggang2 gini, senang kerja :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti da boom kan bekal anak anak ika..sbb emaknye pon skali masak da boom gitu..hihihihi

      Delete
  9. slm ziarah dan slm kenal CT...
    wah bestnye tgk ayam peanut butter...resepi lain dr yg lain...kena cuba ni...resepi pon agak simple jugak tu...QH amik yer resepinya tu....tq

    ReplyDelete
  10. dapnyerrrr... tunggu ko blk la leh wat bbq.. nak tak? nak tak? nak tak??? kekekeke... sebenonyer kan jar.. nuttella yg ko bg aritu rasanya nuttella yg paling sedap penah aku mkn... tak cepat keras mcm yg kat mesia.. klu masuk angin ajer keras.. sbb tuh aritu aku bantai wat bronis.. klu gune german punyer kompom aku sayang! ko paham ker tak maksud aku? diulangi.. paham tak?? wakakakakakaka...

    ReplyDelete