Tuesday, June 12, 2012

Customer Service di Malaysia..

assalamualaikum..

*ini bukan entri lepas geram, cuma saje nak share sikit pengalaman saya..:P

berpengalaman call mana2 customer service di Msia? camana kualiti jawapan bagi pegawai2 khidmat pelanggan ni? memuaskan? so so? dia konpius ngan soalan kita, kita konpius dengan jawapan dia?  huhuhu :P

sejak sehari dua ni, kami ber problem dengan sim card prabayar CELCOM kami, no tel Msia la..
pakai kredit jek, so kene top up la kan..


problem: INACTIVE SIM
- takleh terima sms, call dll. dgn kata lain, mmg macam takde line langsung.

so saya CALL Celcom customer service, jawapan pegawai tu adalah spt berikut:

Cara 1:
cuba off dan on balik henpon. kalau tak boleh, sila....

Cara 2:
cuba masukkan sim card ke henpon lain. kalau boleh, maksudnya henpon 1st tu tak leh baca simcard. Kalau tak boleh jugak, makna nye  simcard tu rosak, so puan kena bawak sim card tu ke kuanter khidmat pelanggan kami yg berhampiran.

saya tanya, adakah sebab dah tamat tempoh perkhidmatan? (sbb lupa bila top up dan bila abis masa kecederaan hehe)
Jawapan dia: TAK, sbb kalau tulis inactive sim tu, masalah dia hanya kerana henpon atau simcard.

ok fine dengan jawapan dia. saya puas ati.

dlm masa yg sama en husben EMAIL ke customer service mereka, dan ini jawapan En Mohd Firdaus Mohd Nor, Pengurusan Interaksi Pelanggan Celcom

Untuk makluman, akaun prabayar encik 019234**** telah ditamatkan perkhidmatannya pada 26 Mei 2012. Selepas melepasi tempoh tamat kredit panggilan, encik diberikan tempoh 61 hari bagi membolehkan cik melakukan perkara dibawah:
1. Menambah nilai bagi membolehkan cik membuat panggilan seterusnya mengaktifkan nombor tersebut
2. Membuat panggilan kecemasan, menerima panggilan dan SMS serta menyemak baki.

Oleh yang demikian, pengaktifan semula akaun encik perlu dilakukan dicawangan Celcom dan RM30 akan dicaj bagi yuran pengaktifan.

Merujuk kepada situasi encik, sila maklum bahawa encik boleh memohon seorang wakil di Malaysia untuk mengunjungi cawangan kami bagi proses pengaktifan semula akaun.

Wakil berkenaan perlu mengemukakan dokumen berikut ketika kunjungan dibuat untuk pengesahan pihak kami.

1. Surat kebenaran/pengesahan yang ditandatangani oleh encik
2. Salinan MyKad/passport encik

erk..
kenapa soalan yg sama tapi jawapan BERBEZA?
dia tulis akaun kami dah tamat 26 Mei tapi kenapa saya masih boleh terima sms pada 4 JUN?

katalah kami ikut jawapan pegawai 2, mintak jasa baik sesiapa di Msia unt pegi kuanter khidmat pelanggan Celcom unt aktifkan balik dan bayar RM30, ada jaminan ke yg sim card kami TAK ROSAK sepertimana jawapan pegawai 1? money back guaranty tak? huhuhu

sebenanya kalau kami di Msia, rasanya tak kisah sangat. tp memandangkan jauh di perantauan kan, yelah nak call derang kat Msia dah satu hal, dengan masa German-Msia yg tak sama satu hal, nak mintak jasa baik sesapa tu ke kuanter celcom laaaagi satu hal..

tolonglah, pelanggan bayar unt khidmat mereka. semestinya pegawai2 ni dah terlatih dlm menjawap soalan pelanggan. tp kalau jawap pon satu A, satu B, camne la msia ni nak maju..huhuhu


p/s: buhsan dengan jawapan pegawai khidmat pelanggan PTPTN: puan jgn risau, kami akan selaraskan kemudian....



4 comments:

  1. Bila nak selaraskan nya. Haha . Adoi bosann

    ReplyDelete
  2. mcm ai comment smlm la...
    sbb dlm hal ni jawapan selalu bercanggah jer
    buang masa & sakit hati lol

    ReplyDelete
  3. Celcom mmg mcm tu. Dulu hubby beli simkad prepaid bawak g german, sampai ke sudah tak boleh activate. Then balik malaysia 2 mggu lepas, beli celcom just nak pakai seminggu kat rumah, seminggu tu jugak tak leh activate. cakap sejam lepas beli dah boleh call.

    Saya punya maxis walaupun tak activate roaming, terus auto roam masa g german. senang hati.

    ReplyDelete
  4. celcom cerewet je.. is guna maxis.. hehe (^___^)

    ReplyDelete