Wednesday, October 24, 2012

PTPTN - 10% Diskaun bagi Pembayar Konsisten..

 
 assalamualaikum...

topik PTPTN, kalau ikut maleh nak nulis tp share aje la mana tau ada yg berminat untuk tahu..

kalau perasan, Buget 2013 yg lepas, ada disebut pasal PTPTN. berkenaan diskaun 20% bagi yg lunaskan semua pinjaman (maleh nak komen bab ni sbb saya mmg tak mampu nak lunaskan) dan berkenaan 10% diskaun bagi pembayar konsisten.

2,3 hari lepas, ada email dr PTPTN, maklumkan nama pegawai yg handle akaun kita. so kalau ada apa2 kemusykilan, boleh email direct pada dia. dan sekiranya pegawai tersebut tak respon dlm masa 7 hari, kita boleh buat aduan (wallahua'lam akan ada tindakan ke tak). so semalam saya email ke pegawai terbabit dan alhamdulillah hari ini dah dapat jawapan.. (walaupon dia tak menjawap sepenuhnya pertanyaan saya)

berkenaan 10% diskaun tu, boleh baca FAQ di SINI, dari website PTPTN

dr apa yg saya faham:

1) untuk validkan kita dapat diskaun tu, MESTI bayar ikut jumlah bulanan yg ditetapkan (kes saya RM360 sebulan) selama 12 bulan BERTURUT-TURUT mulai 1 OKTOBER 2012

2) kalau bayar lebih dr amaun takpe, kurang tak boleh, baca: TAK LAYAK (walaupon konsisten)

3) diskaun akan dibayar mengikut PELARASAN SEMULA akaun, selepas habis tempoh 12 bulan tu (bukan duit tunai ek hehe)

4) pembayar konsisten before 1 Oktober 2012, TAK TERMASUK dlm diskaun ni. hanya pembayar konsisten BERMULA 1 Oktober 2012 sahaja yg layak.

5) pemberian diskaun 10% tiada had. (ni tak berapa paham). macam leh dapat sekali setiap tahun,  asalkan kita konsisten, sampailah abis utang..wallahua'lam


1 comment:

  1. kesian dengan orang2 yang ambil pinjaman ptptn ni.. harap2 zaman anak2 saya nanti saya dapat kumpul duit biar diorang tak payah pinjam meminjam..

    ReplyDelete