Tuesday, December 18, 2012

Izzah & Schule (2)..

assalamualaikum...

hari tu saya kongsikan gambar2 bangunan sekolah Izzah dari luar, kali ni saya nak sharekan apa yg ada di dalamnya...
mmm basically berbeza skit dengan stail di Msia sbbnya bangunannya bertutup (sbb sejuk time winter kan hehe)..
tp parents boleh masuk dalam tu, lagi2 time winter ni semua orang nak menyorok dlm bangunan kan hehehe...:P

selepas pintu utama, ada koridor (sama macam Msia) dan ada mural di dinding..

 

ni gambar cikgu2nya...

gambar2 ni saya ambik time ada function kat sekolah baru2 ni, kalau tak, tak berani gak nak snap2 picture huhuhu...
hasil budak2 ditampal di dinding sekolah..
 
 
ni Aula (Dewan), biasanya apa2 majlis dibuat di sini..

ni dipanggil ape ek? gambar untuk huruf awal sesuatu perkataan contohnya A für Ampel (traffic lights)..ditampal besar2 kat pintu kelas..

ni dalam salah satu kelas yg ada, mmg meriah dengan bahan2 untuk Kunst (Art).. ada mainan jugak di rak belakangnya..
sori gambar goyang pakai kamera hp je masa ni hehehe...
 

kalau tgk dr gambar ni, nampak kan beza kelas di Msia dengan di sini? seingat saya, kelas saya dulu kemas je tp kadang2 menimbulkan perasaan stress pon ye, bosan pon ye, pada saya la (sori cikgu hehe)


Izzah & kawan baik dia, Sinya (budak turki)

oh ya, stail persekolahan di sini, sesi bermula pada Ogos/September bagi setiap tahun. cuti sekolah pulak, biasanya 2 minggu bagi setiap musim,contohnya Winter ni cutinya bermula 21 hb Disember sehingga New Year. cuma cuti Summer je lama, sebulan lebih sbb kiranya cuti terakhir sebelum bermula sesi baru.

dan takleh main ponteng sesuka hati. cuma yg besnya, kalau budak tu sakit, dia boleh tak datang sekolah (tanpa surat doktor) selama 2 hari. hari ke3 kalau masih sakit, baru kena hantar surat doktor kepada pihak sekolah.

sebab tu kalau time cuti sekolah, flight or hotel mmg berganda2 mahalnya. sbb mereka tahu, hanya time cuti sekolah je baru famili ni berpeluang berjalan...huhuhu

apapon macam saya cakap di entri yg lepas, pengalaman ni mungkin berbeza dr kawan2 lain. cuma yg pastinya, budak2 MEMANG SEMANGAT nak ke sekolah. hehehe...

11 comments:

  1. patutnya skolah bagi budak2 ni jgn ada unsur stress baru seronok nk dtg skolah

    ReplyDelete
  2. Cantiknya schule Izzah! Kt sini strict la Hajar klu nak amik2 gmbr schule sbb tu sy takut nak ambik..hihi..Nway, lebih krg sama je edu system german dgn british..esp bab cuti n bab cuti sakit..ye btol, tensiion cuti sekolah sure hotel room rate meroket naik..sabo je lah kan..

    ReplyDelete
  3. wah izzah.... dah masuk skol eh.. blk nnti jgn lupa ckp melayu ye.. kekekeke

    ReplyDelete
  4. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete
  5. Nampaknya lebih kurang dgn sekolah Farah kat sini. Kelas memang penuh dengan barang art n craft. Hasil craft or anything yang diorang belajar akan dipamer kat dinding or digantung. Memang seronok diorang g school.
    Cuma bezanya kami disini cuti summer bulan dis-jan. :-)

    ReplyDelete
  6. Lebih kurang sama je kat sini pun, cuma schule izzah ni nmpak meriah and kalerful, and lagi satu yg beza sgt antara skolah m'sia ngan sini, skolah sini x de kantin and budak2 semua bawak bekal makanan sendiri.. Kat skolah afeef camtu la, tatau la pulak skolah lain camana, meibi ade yg ade kantin kot. Ape pun, mmg betul, yg pasti mmg budak2 sgt suka skolah, and brsemangat nak pegi skolah :)

    ReplyDelete
  7. mmg menarik utk ank2 g skolah...sbb tu mrk xsbr nk school kan...^^

    ReplyDelete
  8. sek kat obesea mmg beza betui ngan mesia
    mmg stress nak gi skoll dulu
    but my son plak mmg suka g skoll

    ReplyDelete
  9. memang berbeza dengan malaysia. Boleh ambil banyak pengalaman di rantau orang :)

    ReplyDelete
  10. Ilmi pun sama...semangat je nak pi sekolah... skrg tgh cuti winter sampai 6 Jan... tiap2 hari dok sebut rindu nak gi sekolah...aduhaiii... harap2 jgn laa balik msia nnt malas gi sekolah pulak.

    ReplyDelete