Thursday, December 13, 2012

Izzah & Schule...

assalamualaikum...

kali ni saya nak kongsikan gambar2 sekolah Izzah di sini..

di luar bangunan yg ada kawasan lapang untuk beraktiviti..

antara mainan yg disediakan untuk budak budak..

kat sini mereka suka letak tempat gayut2 untuk budak2 bergayut hehehe

inilah jadual waktu izzah, sangat simple kan?

biasanya sekolah start kol 8.10 am atau 9 am dan abis dalam kol 11.45 am atau 12.45 am...
cuma hari selasa je dia ada kelas tambahan Musik (dibayar asing kepada cikgu khas), sebenarnya kami tersilap baca, ingatkan wajib, rupanya2 optional huhuhu...

dan dalam masa persekolahan yg cuma beberapa jam ini, ada 2 kali break (pause). sekali untuk brekfast (bawak dari rumah) selama 30 minit. pihak sekolah jugak ada sediakan khidmat pembekalan susu (optional pada sesiapa yg nak) tapi tak mahal, dlm €5 ke €8 sebulan...

dan sekali lagi rehat selama 15 minit, budak2 dilepaskan untuk bermain...

basically subjek dia untuk Klasse 2 ni tak banyak, Deutsch, English, Matematik, Sport, Musik..hummm apa lagi ek...
ni lah isi beg dia untuk sehari2 (kalau takde sport)...di sini cikgu2 nya banyak bagi latihan dlm kertas je, so kena sediakan fail je la berbagai2 kaler..hehehe

apapon mmg ada perbezaan yg ketara antara silibus Matematik dan English antara German - Msia..

contohnya Maths, tak silap saya (kalau ikut buku latihan yg kami bawak dr Msia), darjah 2 dah kena selesaikan kira2 dlm bentuk masalah..tp di sini lebih pada congak dan latih tubi. (ulang2 angka2 yg sama banyak2 kali). dan cara Izzah mengira maths pon lain dengan cara kami kira hehehe...

dan yg besnya time English la, sbb Izzah ni kira advance antara kawan2 dia..
sebabnya cuma 2,3 tahun kebelakangan ni yg pihak sekolah baru masukkan subjek English untuk budak2 darjah 1. before ni, darjah 3 baru start belajar English di sini tau...huhuhu..
so walaupon dah darjah 2, silibusnya still yg basic2...macam skarang Izzah kata dia dok blaja Body, before ni Color hehehe..dan baru belajar 'How are you? What is your name?' dan basic2 perbualan....hehehehehe

apapon ni personal pengalaman saya di sini, mungkin berbeza dengan kawan2 lain di serata German. seronok jugak dapat merasa pengalaman anak2 bersekolah di sini, bab paling seronok mestilah TAKDE UNIFORM...hahahahaha :P



11 comments:

  1. hahaha.. kalau takde uniform, kena la beli banyak baju tak?

    tapi syok la sekolah kat sana. leh tak org mesia anta anak sekolah asrama kat sana? kekeke

    ReplyDelete
  2. Haah seronok kan dpt tumpang merasa pengalaman ank2 sek di tmpt org :)
    btw, cantik tulisan Izzah, kemas.

    ReplyDelete
  3. Lebih kurang sama la kat sini dr segi syllabus dan waktu skolah tu, cuma sini start awal sket and abis pun awal sket, and x de supply susu kat skolah cuma ade buah free every mitwoch, tapi playground skolah izzah jauh lagi best la :D

    ReplyDelete
  4. Wah uniknya bekas susu yg sekolah izzah sediakan..;)Hmm kt London, waktu tu sama utk nursery..Izzah baya Iris ke? tp lainnya kt sini tade syllabus..timetable pon tak nmpk byg lg..masih lg main2..:D tp apapon mmg heaven la sekolah derg ni kan..:)

    ReplyDelete
  5. bagus beg tak berat sangat kan bawak file file je.. kesian bebudak kat malaysia ni.. berat buku2 je dah dekat 10kg.. bengkok bahu.. adehh..

    untung anak2 yang dapat merasa pengalaman belajar kat negara orang.. pengalaman baru jugak utk ibu bapa kan.. :D

    ReplyDelete
  6. skjp nye waktu sekolah kat german. kat jepun lama gak laaa... kul 8 hingga 2.45, tp ada rehat antara subjek2 pastu physical activity. pergi balik sekolah wajib jalan kaki.

    ReplyDelete
  7. nak jadi cikgu tadika sane bole?

    (>.<)

    ReplyDelete
  8. menarik.....
    satu pengalaman baru bila berada ditempat org...

    ReplyDelete
  9. Bestnya pengalaman baru buat anak dan emaknya...Macam mana Izzah mencongak...mungkin boleh kongsi entry akan datang.

    ReplyDelete
  10. Nanti ceritakan cara Izzah congak ye!

    ReplyDelete
  11. kejap ekkk
    si adam ni start kol 8am paling kejap 1.50pm habes
    paling lama 3.10pm la....naik darjah 2 lg lama ngeeee

    ReplyDelete