assalamualaikum...
just nak share satu status dr
Imam Muda Fattah yang sangat bererti ini.. mmg tak pernah terpikir tp insyaAllah boleh cuba di implementkan... time kasih
Kak Fairuzah sbb berkongsi di wall FBnya :)
Sampai
hari kelahiran kita, orang bagi hadiah. Kadang kadang, kita pula yang
minta hadiah. Walhal, pada hari kita dilahirkan, yang bertarung antara
hidup dan mati, yang bersusah payah membawa kita adalah IBU kita. Namun,
tak terdetik hati kita nak bagi hadiah pada ibu dan mengatakan "Ibu,
terima kasih atas pengorbanan ibu melahirkan saya. Mendidik, mengasuh,
bersabar dengan perangai saya selama saya hidup ini"
Sampai
hari ulangtahun perkahwinan kita, kita bawa isteri makan candle light
dinner. Katanya, meraikan isteri. Kita juga lupa, tatkala hari kita
berkahwin, mak dan ayah kedua mempelai mundar mandir, memikirkan hari
perkahwinan. Membenarkan anaknya, dipimpin oleh kita. Walaupun kadang
kadang pada ketika itu, ekonomi kita kurang mantap. Kita tak pergi jumpa
ayah mertua dan mengatakan "Ayah, terima kasih kerana pada hari ini,
ayah percaya kepada saya, melepaskan anak ayah yang telah menjadi isteri
saya"
-Small Action. Big Impact-
Salam hajat, sbb tu bila tiba hari lahir k.nor, k.nor sentiasa hadiahkan bacaan al quran pd arwah mak k.nor, panjatkan kesyukuran kerana dia telah melahirkan k.nor walau hanya dpt bersama dia selama 6 tahun sj.. Alhamdulillah..
ReplyDeleteDan k.nor sentiasa ingatkan pd anak2 tk perlu beria bg hadiah pd mak, cukuplah ingat tarikh mak dilahirkan dn hadiahkan fatihah dn mohon doa yg baik2 utk arwah tok wan, org telah melahirkan mak ke dunia .. Itu adalah yg lebih baik kan :)
Khennn agreed wit this n3
ReplyDeletePeringatan kt diri sendiri
Owh miss my umi so much (・・;)
makasih akak atas nasehatnya
ReplyDeletebetul sekali akak, sepatutnya ibu lah yang berhak dapat hadiah ultah