Monday, May 20, 2013

Roti Coklat Berkismis..

assalamualaikum..

dah lama tak meroti..
bermakna dah lama saya membiarkan makcik BM itu bersenang lenang berbalut dirinya menambah lemak (tapi macam lemak saya je yang bertambah selama ni huhuhu)...
tiba2 teringin nak makan roti pepanas...
musim skarang plak asik ujan renyai je (di germany ni susah nak dapat hujan lebat berguruh petir tu semua tau)...

berintikan nutella dan kacang merah, berselera kami makan ptg arituh..
time kasih pada pencipta resepi asal, Puan Roshayati  Johari dan Mamafami serta Kak Hana Memories..
izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek...hehehe

ROTI COKLAT BERKISMIS
- resepi asal  Puan Roshayati  Johari (takde link), Mamafami serta Kak Hana Memories (edited)



Bahan-bahan
Basic Dough
  • 500g tepung gandum@tepung roti
  • 100g gula
  • 30g susu tepung - abaikan jika menggunakan susu segar
  • 11g yis mauripan@sebungkus
  • 1sk garam
  • 1sk bread improver - optional
  • 1sk bread softener - optional *saya tak letak
  • 80g butter@marjerin
  • 250ml air@susu segar
  • 1 biji telur - kacau sedikit

Bahan Tambahan (mengikut citarasa)
  • setengah cawan kismis hitam atau kuning - cincang
  • 1 sb serbuk koko
  • 1/2 sk coklat emulco - optional *saya tak letak

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  • Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  • Bahagikan bulat2 kecil kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  • Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Nota : Terpulang kepada anda utk masukkan kismis kemudian atau masukkan sekali ketika menguli. Hana masukkan awal supaya kismis hancur (saya jugak).Untuk kaedah uli tangan sila rujuk resepi asal.




3 comments:

  1. tak pernah lagi buat roti coklat. makan panas2 mmg sedapp!
    BM saya pun dah lama pencen hihi..

    ReplyDelete
  2. sedap betul nampak roti tu..haish..kita xbeli2 BM lagi.nanti kalau dah ada bleh le rujuk resepi ni. :)

    ReplyDelete
  3. Wah inti nutella and ada kismis mmg sedapla roti cik Hajar ni! Hihi. Izu baru beli BM tau tp baru sekali guna..lg teruk hihihi..sy bab2 pki yeast ni mmg fail sket tp sejak ada BM ni sng byk la, tgn pon tak lenguh nk uli2..;)

    ReplyDelete