Wednesday, May 8, 2013

Kisah Peperangan Yarmouk dan Saidina Umar Al Khattab r.a...

assalamualaikum...
nak share satu kisah yang menarik, tq Ida sbb berkongsi di FB beliau, saya C&P sebijik2 :)
Kisah Peperangan Yarmouk menjadi wacana minda di pagi hari;

melalui perang ini, tentera Rom dikalahkan dengan teruk...
Melalui kehebatan Abu 'Ubaidah Al Jarrah r.a, Baitul Muqaddis dapat ditawan..
sifat toleransi yang tinggi menyebabkan Abu 'Ubaidah r.a menerima syarat drpd paderi yang ingin menyerahkan sendiri kunci kota kepada khalifah Islam pada waktu itu..ketika itu, zaman pemerintahan Umar Al Khattab r.a

Saidina Umar bertolak ke Baitul Muqaddis dengan seorang khadam serta seekor kuda tunggangan...bukan ditemani oleh rombongan pembesar islam..
Sepanjang perjalanan, Saidina Umar dan khadamnya bersilih ganti menunggang kuda
Hinggalah tiba di Baitul Muqaddis, khadam sedang menunggang...
tp Saidina Umar sedang berjalan sambil memimpin kuda..

Paderi tersebut menunggu dengan pakaian terbaiknya..ingin melihat bagaimanakah peribadi khalifah hebat yang akan memiliki kunci kota suci...
Alangkah terkejut apabila yang dilihat adalah seorang lelaki yang sangat berbeza daripada apa yang digambarkan...

Paderi berkata:" Benarlah, ini sememangnya akan terjadi. Orang yang akan menguasai Baitul Muqaddis ini memiliki 3 tanda yang dijelaskan dalam kitab Injil"
1- orang itu berjalan, manakala khadamnya menaiki kuda
2-kedua-dua kakinya penuh diselaputi tanah
3-bajunya yang penuh dengan jahitan tampalan....

Sememangnya Saidina Umar memiliki keperibadian unggul;
bukan sahaja kota suci berjaya ditaklukinya..
bahkan beribu hati serta jiwa sang Nasrani berjaya dilembutkan olehnya

Ibrah di pagi hari...betapa hebat akhlak seorang pemimpin...
Perkara yang baik harus diteladani..
kepada sang pemimpin..sesungguhnya ikutlah resmi padi...
sampai bilakah agaknya mahu mendongak langit???

4 comments:

  1. Khulafa Ar Rashidin.. sahabat Rasullulah yang dah dijanjikan syurga... Subhanallah.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..Allahumma solli ala saidina Muhammad, waala alihi wasohbihi wasallam.

    Tq for sharing this, dear. :)

    ReplyDelete
  3. MashaAllah. Teringat diri sendiri ini yang sgt keduniaan..

    ReplyDelete
  4. Ya allah kurniakn lh pd diri kami skadar secarik nilai peribadi insan2 yg mnjadi pndmping pd penghulu kami s.a.w..amin

    ReplyDelete