Wednesday, September 28, 2011

Laksa Kuah Putih..

laksa kuah putih
assalamualaikum...

laksa ni asal kejadiannya sebab teringin makan laksa johor..
saya memang suka laksa, tp laksa penang tuh selalu gak makan sbb kawan2 kat sini memang terrer bab laksa asam tuh dan kat Msia dulu pon senang nak dapat kan hehehe..
cuma laksa johor ni payah sket nak dapt merasa, walaupon emak saya orang johor tp dia prefer laksa asam tuh, meibi sbb emak saya memang kureeengg bab bab santan ni dan laksa penang lagi senang nak buat kot..huhuhu..

so saya kat sini memang selalu termimpi2 laksa tau hik hik hik..:P
cuma bab nak buat tuh cam berchenta sket gara2 susah nak jumpe ikan fresh..
so arituh dah mengadu domba ngan sorang aunty Malaysia yg dah berpuluh tahun dok German..dia ckp dia pakai kepingan ikan aje..
dan ada sorang kakak senior di sini, kalau tak silap saya dia campur ngan ikan makarel dlm tin tuh setiap kali dia buat laksa penang..
so baru ni smangat la nak buat, sbb ikan slice yg sejuk beku tuh banyak jual kat pasaraya biasa, then ingatnye nak tambah tuna ajelah..
skali tengok resepi, pakai serbuk kari plak..
huhuhuhu terus kensol sbb serbuk kari (masa tuh)dah abis dlm simpanan uhuk uhuk..
kesimpulannye jadi la laksa kuah putih..
dan laksa nye pakai spegeti...muhahahhaha....

pada penyumbang resepi, kak hana thanks a lot..
izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

LAKSA KUAH PUTIH
- sumber Kak Hana

Bahan-bahan
• 2-3 ekor ikan kembung@selayang - rebus *saya pakai ikan slice aje
• 4 biji bwg merah @ 1/2 biji bwg besar - kisar
• 1 ulas bwg putih - kisar
• 1 sk lada hitam - kisar
• 1 inci halia - kisar
• 1 keping asam gelugur
• santan pekat
• garam
• gula
• @ Jika suka masukkan skali daun kesum@serai ketuk masa rebus.
• Bahan sampingan dan ulama2an
• bawang besar, belacan (potong kecil2), sambal belacan, timun, kcg pjg dll.
* saya tambah 1/2 tuna dlm tin

Cara-cara
• Ambil isi ikan dan blend menggunakan air rebusan ikan tadi. ketepikan.
• Blend tulang2 ikan dan kemudian tapis dan masukkan lam mangkuk isi ikan tadi.
• Masukkan semua bahan ke dalam periuk termasuk santan. Didihkan.
• Perasakan dengan garam dan gula.
• Siap di hidang dengan mee udon@laksa, ulam2 dan sambal belacan.

Monday, September 26, 2011

Petrol dan Diesel...

assalamualaikum...

saya nak share harga petrol dan diesel di sini, duisburg..
gambar2 di bawah ni saya ambil pada hari yg sama, Ahad lepas dan waktu pon lebih kurang..

harga petrol dan diesel di sini berbeza mengikut kompeni minyak tuh..
ni stesen minyak Markant..antara stesen minyak paling murah...hehehehe
euro 1.47 unt petrol seliter..


ni harga di stesen minyak Calpam...
euro 1.48 seliter..


ni harga dari esso..mahal sket sbb gelemer kot huhuhu...
euro 1.50 seliter...


shell pon ada di sini, tp harganya biasanya lebih mahal..dan harga di highway biasanya lebih mahal dr yg dlm bandar...

selain ikut kompeni, harga bergantung pada harga pasaran jugak..kadang2 setiap hari bertukar, kadang2 2,3 hari sekali..dan kadang2 sehari beberapa kali tukar..hehehe
ada time tuh, masa kita lalu waktu pagi harganya lain..bila on the way balik, beberapa jam kemudian harga dah berubah..:P
so bila tengok harga murah tuh memang takleh nak tunggu...rembat aje hik hik hik

nak tau harga minyak murah ke tak, senang aje..stesen minyak Markant tuh beberapa langkah aje dr umah kami, so kalau nampak kete beratur panjang kat jalan tuh (leh nampak dr tingkap umah), pepaham je laaaaaa heheheheheh :D

harga euro 1.48 seliter tuh kira murah la, kengkadang time mahal leh cecah sampai euro 1.60 atau lebih seliter..huhuhuhu

stesen minyak sama aje cm kat Msia..ada kedai, ada pump minyak dan carwash..


en husben tengah penin camne nak isi angin...huhuhu


serbis vakum kete sendiri pada yg rajin..cuma 50 sen aje...:)


oh ye..silalah jangan convert 1 euro = berapa RM kerana biasanya nilai 1 euro = 1 RM..:)

Nota: sekadar berkongsi pengalaman...

Famous Amos Choco Chips Cookies..

famous amous cookies
assalamualaikum...

selamat ber Monday blues semua..:)

salah satu cookies yg saya buat masa Aidilfitri arituh..
dah bermukim dengan aman pon dlm perut hehehe..

sedap..peroi..leh buat lagi tanpa menunggu raya..hehehehehe :D
time kasih pada insan2 pencipta dan peng share resepi, izinkan saya tepek tepek di sini plak ye...:)

FAMOUS AMOS CHOCO CHIPS COOKIES
- resepi asal dari All Recipes.com, diterjemah oleh Syari MyResepi, dan saya copy dari umah Kak Hana..:)

Bahan-bahan
• 1 cawan gula
• 1 cawan padat gula perang
• 1 cawan mentega
• 1 cawan minyak
• 1 telor
• 1 sb susu segar
• 4 cawan tepung gandum
• 1 sk garam
• 1 sk cream of tartar *saya gune emplex
• 1 sk baking soda
• ½ cawan walnut cincang
• 2 cawan semisweet chocolate chips *saya campur ngan coklat rice
• 1 sk vanilla extract

Cara-cara
1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris. *saya alas ngan kertas minyak
4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)

Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
* Cookies ini agak peroi, jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
* Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.

Sunday, September 25, 2011

Takziah Buat Ana..

assalamualaikum...

Takziah buat Ana Kaiserslauten, Germany yg baru kehilangan ayah tersayang semalam..
berita tergempar yg diterima waktu kami tengah berkumpul di jamuan raya di Bonn..
pertama kali bagi saya melihat kawan yg menerima berita sebegitu di depan mata saya..
terasa mahu mengalir air mata saya melihat keadaan dia...
mujur ada suami, anak2 dan kami kawan2 seMalaysia yg sama2 berada di sisi beliau..
dengarnya jenazah dah selamat dikebumikan selepas subuh hari ini...
semoga Ana terus tabah dan semoga roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang2 yg beriman...Amin...

sebelum ini kawan se blogger, Kak Nieza Finland pon menerima dugaan berat bila emaknya diserang strok..
saya tak lupa bagaimana kak Nieza menulis, sangat sedih melihat keadaan ibunya yg sudah tidak boleh bercakap dan bangun..
bagaimana sedihnya dia kerana berjumpa semula dengan ibunya dalam keadaan begitu, sedangkan kali terakhir mereka bertemu, ibunya masih sihat seperti biasa...
doa saya semoga ibu kak Nieza kembali pulih dan Kak Nieza sefamili kuat menghadapi dugaan Allah ini..

beginilah suka duka di perantauan...
mungkin ramai yg lihat kami gembira duduk di rantau orang..atau berjalan melihat bumi ciptaan Allah ini...
tapi sebenarnya kami jugak terpaksa bersedia mental dan fizikal sekiranya sesuatu yg tak diingini berlaku..

semoga Allah masih memanjangkan umur kita semua unt kita berjumpa lagi...insyaAlllah

Wednesday, September 21, 2011

Pengalaman Kawan Menyaksikan Qisas di Madinah..

assalamualaikum...

pengalaman kawan adik saya yg sekarang menetap di Madinah..
saya copy paste di sini...semoga kita buka mata pada hukum hudud dan qisas ini..
betapa hukum Allah tidak pernah menyusahkan hamba Nya..
terima kasih banyak2 Ainun..:)


:: SUASANA QISAS YANG SAYA SAKSIKAN ::

13 Jun 2011- Suasana pagi itu amat tenang.Madinah sedang menempuh fasa musim panas sekarang.Saya pula baru sahaja menamatkan pantang bersalin walaupun terasa agak sukar tanpa keluarga di sisi.

Jam 9 pagi,sedang saya mengemas rumah,lincah mengutip kain-kain untuk dibasuh,tiba-tiba suami menjerit,"Ain,pagi ni ada Qisas!" serentak dengan itu saya menjawab, "Nak pergi bang!"kami terus bersiap dengan segera kerana kata suami kalau lambat alamatnya tak dapatlah melihat Qisas secara dekat.Saya jadi kelam-kabut dibuatnya,mana nak kejar cari abaya saya ,mana nak cari baju-baju yang sesuai dipakai Muadz.Fuh,betul-betul kelam-kabut,dalam kepala hanya ada satu perkara..Saya nak tengok Qisas!

Dalam kereta,barulah suami sempat bagitahu,beliau mendapat maklumat bahawa hari ini akan dijalankan Qisas dari facebook abang Khuzaini,salah seorang sahabat yang rapat dengan kami di Madinah ini.Perjalanan diteruskan ke Toriq Abu Dzar,lokasi pelaksanaan Qisas sebentar nanti.Debaran di hati saya masih belum hilang,malah bertambah-tambah.Masakan tidak,selama ini saya hanya mendengar cerita suami tentang Qisas kerana suami saya pernah menyaksikannya pada tahun 2007.Hari ini saya sendiri akan melakar sejarah peribadi,menyaksikan pancung kepala di depan mata!

Dari kejauhan selepas melepasi trafik berhampiran Hassan Mall,kelihatan lalu lintas terlalu sesak,kereta berpusu-pusu ke tempat pelaksanaan Qisas,parking pula sudah tentu telah penuh.Saya melihat jam di tangan,ketika itu jam baru menunjukkan pukul 9.15 pagi,sedangkan Qisas akan dilaksanakan pada jam 10 pagi.'Ya Allah,ramainya manusia.boleh ke saya mencelah dengan bawa Muadz ni?' terus hati ini berkata-kata.Suami mengambil keputusan tepat untuk parking di belakang Hassan Mall,salah sebuah pasar raya di Madinah ini.Selesai parking kereta saya terus berkata pada suami,'Abang lari bang.cepat pergi sana,Ain boleh pergi sendiri.Jangan risaukan Ain.Cepat bang,nanti tak dapat duduk depan!' Suami saya pun terus berlari setelah memberi nasihat dan petunjuk jalan pada saya.

Saya juga terpaksa berlari anak sambil menggendong Muadz.Situasi pada ketika itu sangat sibuk,manusia berlari sana-sini,berkejar-kejaran untuk mengambil tempat,agar tidak ketinggalan menyaksikan pelaksanaan hukum Allah ini.Subhanallah,kehebatan hukum Allah ini menyentap urat nadi saya.Ramai yang menyaksikan Qisas,pastinya hukum yang dilaksanakan itu tidak sia-sia,malah meninggalkan kesan yang mendalam pada orang yang melihatnya.Maha Hebat dan Berkuasanya Allah,pelaksanaan hukuman ini bukanlah untuk menyusahkan hambanya,malah meletakkan manusia itu di dalam posisi yang paling selamat.

Setelah beberapa minit saya mengharungi kepanasan mentari,akhirnya saya tiba di tempat yang paling sesuai untuk saya berteduh bersama anak kecil ini,di hadapan kedai menyewa barang-barang kenduri.Alhamdulillah,syukur walaupun tidak dapat melihat secara dekat,sekurangnya saya dapat menyaksikan suasana sekeliling,memerhatikan gelagat manusia yang berbondong-bondong dan teruja menyaksikan hukum Allah dilasanakan,sungguh itu adalah pengalaman yang paling indah buat diri saya.

Jam 9.50 pagi,suami menelefon saya,bertanyakan di mana saya berada ketika itu.

"Ain kat depan kedai sewa barang-barang kenduri.Abang kat mana?Dapat tak duduk depan?"

"Alhamdulillah abang dapat duduk depan,betul-betul dekat dengan orang yang nak kena pancung tu.tapi tadi tiba-tiba ada ambulans datang,rilek je dia parking betul-betul depan abang.Kena la pindah tempat sikit.Tapi masih boleh lagilah tengok dekat-dekat."

Ya,baru saya teringat.Kata abang,dua-tiga buah ambulans yang datang bukan semata-mata datang untuk mengambil dan membawa hamba Allah yang dipancung itu,tapi nak angkat orang ramai yang pengsan sebab terkejut dan panik melihat orang yang dipancung.MashaAllah,hebatnya hukuman ini.Orang yang menyaksikannya mana mungkin berani untuk melakukan kesalahan sepertimana pesalah tersebut,membunuh orang lain.

Jam 9.55 pagi,debaran di hati makin terasa.Dari kejauhan saya mendengar suara pengumuman tentang pelaksanaan Qisas sebentar nanti.Ayat-ayat Al-Quran tentang ayat Qisas dibaca dan semua hadirin dimaklumkan tentang kesalahan yang dibuat oleh pesalah tersebut iaitu membunuh salah seorang warga Saudi.Saya berdiri dengan khusyuk,cuba menghayati apa yang bakal berlaku.Keadaan senyap sunyi walaupun terlalu ramai manusia yang hadir.Semuanya menanti peristiwa yang akan berlaku sebentar sahaja lagi.

Satu minit..dua minit...

Tiba-tiba kedengaran tempikan "ALLAHU AKBAR!" yang kuat dari para hadirin dan serentak dengan itu semua orang bertepuk tangan.

"Eh,takkan orang kena pancung,boleh bertepuk tangan pulak?"Semakin kaget saya dibuatnya tanpa dapat memahami situasi yang sebenar.Manusia yang ramai tadi beransur-ansur meninggalkan tempat Qisas setelah beberapa minit berlalu.

"Abang,apa dah jadi bang?"Saya menelefon suami,meminta kepastian.

"Ain,keluarga mangsa yang dibunuh tu dah maafkan pesalah.Kiranya orang tu tak jadilah dipancung."

Subhanallah,Alhamdulillah..mashaAllah,hebatnya Allah melembutkan hati keluarga si mati untuk menuturkan kemaafan di saat beberapa detik lagi pedang ala Saladin itu akan memenggal kepala si pesalah tersebut.Patutlah para hadirin bertempik Allahu Akbar dan bertepuk tangan,tanda meraikan kegembiraan atas peristiwa yang berlaku tadi..Subhanallah..

Beberapa minit kemudian,abang tiba di tempat saya dan Muadz menunggu.Abang masih dalam keadaan teruja.
"Subhanallah,sikit lagi orang tu nak kena pancung.Keluarga si mati tu tiba-tiba maafkan kesalahan dia.Ya Allah.."cerita abang penuh takjub.Bermakna ini adalah pengalaman kedua abang menyaksikan Qisas dalam situasi yang berbeza.Kali pertama dulu,abang dapat saksikan 4 orang dipancung kepalanya dan pada kali ini seorang pesalah tidak jadi dipancung atas kemaafan keluarga si mati.

Setelah keadaan semakin reda walaupun lalu-lintas masih sesak,kami menapak meninggalkan tempat tersebut.Hati saya terselit kagum pada kerajaan yang melaksanakan hukum Allah ini.Di sini,rakyat tidak berani untuk membunuh dan melakukan jenayah sesuka hati kerana hukum Allah benar-benar dilaksanakan,walaupun ada juga yang terlibat tetapi jumlahnya terlalu sedikit.Itulah hikmah apabila manusia hidup berpaksikan hukum Allah.

Tuesday, September 20, 2011

Biskut Cinta 3 Warna..

biskut cinta
assalamualaikum...

Syawal dah nak ke penghujung, saya baru hupdet pasal biskut raya..
pejam mata sebelah aje la ye kengkawan....hihihihi

resepi biskut ni saya cilok secara berhemah dr umah kak Izah Daut..
tertarik ngan kaler dan pakai minyak sapi..
nasib baik Asia Markt kedai India kat sini ada jual..kalu idak telan air liur aje la nengok kak izah tayang..hik hik hik...

time kasih ek kak izah, izinkan saya tepek2 kat sini plak ekkk...:)

BISKUT CINTA 3 WARNA
- sumber Kak Izah Muffin Lover

Bahan-bahan
300 gm minyak sapi
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
500 gm tepung gandum
pewarna makanan yang disukai

Caranya:

1) Pukul minyak sapi bersama gula kastor hingga sebati dan berkrim.
2) Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga sebati.
3) Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sebati.
4) Bahagikan doh kepada 3 dan masukkan pewarna yang disukai. Ulikan sehingga warna sebati. Cantumkan tiga warna menjadi saiz sebesar guli dan letakkan ke dalam paper cup.
5) Bakar pada suhu 180 C selama 22-25 minit.

Willkommen Herbst...


assalamualaikum...

Autumn yg menjengah, perlahan2 daun dah bertukar warna...
musim yg sangat indah...alhamdulillah diberi kesempatan unt merasa nikmatNya..


Sommer (summer) tahun ni terasa pendek plak, tak rasa panas yg berpanjangan..
sbb sejak 2,3 menjak ni memang dah sejuk balik...huhuhuhu...
arini pon 13 darjah celcius..kengkadang dah jadi naga kalau lelama kat luar umah*kuar asap dr mulut hehehe..
suar 3 suku lea masih lawa lagi, sayang next year dah tak muat nak pakai huhuhu...
ni dah kuarkan balik strumpfhose (legging) budak2 ni dan jaket2 kami anak branak yg terperap beberapa bulan kat bawah katil tuh..hik hik hik...
dan saya dah kembali berstokin seperti orang berpantang, cumanya kain batik dah takleh nak pakai sbb sejukkk gegegege..
kene pakai seluar dan t shirt lengan panjang plak....
gini le gayenya, asik bertukar uniform aje mengikut pertukaran musim...