assalamualaikum...
Takziah buat Ana Kaiserslauten, Germany yg baru kehilangan ayah tersayang semalam..
berita tergempar yg diterima waktu kami tengah berkumpul di jamuan raya di Bonn..
pertama kali bagi saya melihat kawan yg menerima berita sebegitu di depan mata saya..
terasa mahu mengalir air mata saya melihat keadaan dia...
mujur ada suami, anak2 dan kami kawan2 seMalaysia yg sama2 berada di sisi beliau..
dengarnya jenazah dah selamat dikebumikan selepas subuh hari ini...
semoga Ana terus tabah dan semoga roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang2 yg beriman...Amin...
sebelum ini kawan se blogger, Kak Nieza Finland pon menerima dugaan berat bila emaknya diserang strok..
saya tak lupa bagaimana kak Nieza menulis, sangat sedih melihat keadaan ibunya yg sudah tidak boleh bercakap dan bangun..
bagaimana sedihnya dia kerana berjumpa semula dengan ibunya dalam keadaan begitu, sedangkan kali terakhir mereka bertemu, ibunya masih sihat seperti biasa...
doa saya semoga ibu kak Nieza kembali pulih dan Kak Nieza sefamili kuat menghadapi dugaan Allah ini..
beginilah suka duka di perantauan...
mungkin ramai yg lihat kami gembira duduk di rantau orang..atau berjalan melihat bumi ciptaan Allah ini...
tapi sebenarnya kami jugak terpaksa bersedia mental dan fizikal sekiranya sesuatu yg tak diingini berlaku..
semoga Allah masih memanjangkan umur kita semua unt kita berjumpa lagi...insyaAlllah
itew yg paling di takuti berada di perantauan biler org tersyg PERGI tanpa sempat melihat buat kali terahkir...takziah dan al fatihah
ReplyDeleteayu: hummmm betul kan...saya tak dapat bayang kalau saya berada di tempat dia...
ReplyDeletehajar terharu nye saya, time kasih yg x terhingga for this special entry.. insyaAllah sebagai anak, saya akan sentiasa doakan arwah..
ReplyDeleteassalam siti, apa khabar? lama akak tak singgah sini...hari ni baru berpeluang. Al-fatihah buat arwah dan salam takziah juga buat ahli keluarganya.
ReplyDeletememang sedih bila dapat berita mcm tu kan...itulah cabaran bila kita hidup merantau ni. akak pun sedih bila blk tgk mak akak yg totally berubah..langsung tak boleh berckp dan berjln.rindu nk dgr suara mak tapi sabar jer lah.tq diatas ingatan dan doa yer..sama-sama kita doakan semoga insan-insan yg kita sayang sentiasa sihat selalu...amin.