Tuesday, September 20, 2011

Biskut Cinta 3 Warna..

biskut cinta
assalamualaikum...

Syawal dah nak ke penghujung, saya baru hupdet pasal biskut raya..
pejam mata sebelah aje la ye kengkawan....hihihihi

resepi biskut ni saya cilok secara berhemah dr umah kak Izah Daut..
tertarik ngan kaler dan pakai minyak sapi..
nasib baik Asia Markt kedai India kat sini ada jual..kalu idak telan air liur aje la nengok kak izah tayang..hik hik hik...

time kasih ek kak izah, izinkan saya tepek2 kat sini plak ekkk...:)

BISKUT CINTA 3 WARNA
- sumber Kak Izah Muffin Lover

Bahan-bahan
300 gm minyak sapi
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
500 gm tepung gandum
pewarna makanan yang disukai

Caranya:

1) Pukul minyak sapi bersama gula kastor hingga sebati dan berkrim.
2) Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga sebati.
3) Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sebati.
4) Bahagikan doh kepada 3 dan masukkan pewarna yang disukai. Ulikan sehingga warna sebati. Cantumkan tiga warna menjadi saiz sebesar guli dan letakkan ke dalam paper cup.
5) Bakar pada suhu 180 C selama 22-25 minit.

2 comments:

  1. Tq hajar sudi try. Canner ok tak? Akk ritu guna minyk sapi lain2 brand, lain gak kna ubh suktn tepung tu. Comel je kn bila ada kombinasi warne tu

    ReplyDelete
  2. wah comel nya biskut ni. mesti sedap ni! hihi

    ReplyDelete