Friday, November 30, 2012

Babys, Kleines Wunder Großes Glück..

assalamualaikum...

jangan terbelit lidah menyebut tajuk entri saya kali ni...hehehe
maksudnya Babies, Small Miracles Great Happiness (lebih kurang la hehe)
sebenarnya ini tajuk rancangan TV di sini, yg pada saya bagus untuk tontonan seisi keluarga...
setiap Rabu, 9.15 malam Chanel RTL 2

kerana?
ia memaparkan pengalaman2 bersalin ibu2 di german ni..
kami mmg ikut setiap minggu tau, tak pernah miss dr siri 1..izzah & lea tak terkecuali..
jgn risau, tak nampak apa yg tak patut dilihat..sbb kamera tu dari belah kepala ibu..

tapi mmg nampak la baby yg fresh keluar dari perut. kadang2 siap dengan darah & tali pusat..

setiap minggu, antara 2 atau 3 orang ibu (bakal ibu) kisahnya akan ditayangkan..
biasanya start kisah dr derang contraction la..pusing sini pusing sana..
ada yg menangis dan macam2 lagi...
rasanya ibu2 kat luar sana paham kan camana rasanya...huhuhu

kalau ikut siri ni (sbb saya takde pengalaman bersalin di sini LAGI :P), mereka akan bersalin di bilik sendiri. bukan di bilik bersalin macam kat Msia.
dlm bilik ni complete la alat2 yg diperlukan, katil pon katil sepesel..ada tempat pegang kiri dan kanan..
 

dan yg sambut ialah Hebamme (bidan)
tapi ni kalau bersalin normal la..kalau operate still kena pegi Operation Room dan ada doktor..

oh ya, hospital di sini mmg semuanya bilik2..macam wad kelas 2 (sesetengah hospital) dan wad kelas 1 hospital di Msia..:)

dan tak salah saya tak ada masa melawat. jadi sesiapa bebas temankan ibu2 ni time dia sakit contraction & masa bersalin tu...bes kan huhuhu
kadang2 ada yg kena operate, biasanya suami ada sekali masa operate tu..

dari siri ni, barulah kami tahu kaedah bersalin dalam air macamana...


kisah minggu ni agak sedih, seorang ibu ni tak nak jaga anak dia, so lepas bersalin nurse terus ambik anak dia bawak ke bilik lain..
tak salah saya, dia tak tengok pon rupa anak dia (sbb dia bersalin operate & full bius)
comel tau anak dia..rasa nak je ambik buat anak angkat hehe...


dan kisah follow up seorang ibu yg lahirkan anak kembar. seorang normal (2.2kg), seorang lagi ada masalah (1.4kg sahaja dan ada masalah kesihatan lain)..
so baby ni ditahan di wad laaamaaa, berminggu2...
masa dia bersalin secara operate tu, Hebamme menangis tgk baby dia yg kecik tu..huhu

dan ada satu kisah minggu2 lepas yg buat saya sayu. seorang ibu ni melahirkan anak pada usia kandungannya 26 minggu, secara operation. dan alhamdulillah anaknya hidup walaupon sangat kecik..
dan ibu muda ni tak henti2 menangis sebelum dia dioperate...
tiba tiba teringat kenangan lama huhuhu...

so pada warga msia di german, saya mmg rekemen unt tengok cerita ni..
bagi suami, mungkin boleh lihat begitulah kesengsaraan isteri dalam melahirkan zuriat anda..
bagi anak2, mungkin kita boleh bagi pendedahan begitulah dahulu kita melahirkan dia..
dan bagi saya sendiri, mmg insaf tgk cerita ni, rasa tak terbalas pengorbanan ibu kita selama lamanya..huhuhu
izzah awal2 dulu menangis tau tgk cerita ni..sampai skarang dia masih lagi dok ishk ishk kesiannya..
tapi bila baby keluar, dia pon tersenyum gembira...

begitulah kebesaran kekuasaan Allah kan..
betapa keluh kesah, air mata kesakitan sebelum melahirkan, hilang sekelip mata, berganti dengan senyuman saat berjaya melahirkan seorang bayi...
semoga saya masih lagi diberi kesempatan untuk merasa saat ini..insya Allah..:)

Wednesday, November 28, 2012

Creamy Butter Chicken...

assalamualaikum...

resepi yg sedap, bagi penggemar ayam yg perlukan variasi dalam masakan anda, direkemen mencuba resepi ini...hehehe

terima kasih pada Kak Hana yg jadi tukang share, dan pada Selera Dapur Kita...izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

CREAMY BUTTER CHICKEN
dari Selera Dapur Kita dan Kak Hana @ Hanamemories



Bahan-bahan
Bahan untuk perap
  • 250g ayam boneless
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar tepung - kak hana guna tpg jagung, saya pon
  • 1 biji telur
Bahan menumis
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 biji cili padi - jika mahu pedas lebihkan
  • 1-2 tangkai daun kari segar
  • 1/4 cawan heavy cream - kak hana guna susu cair, saya campur susu cair + whipping cream
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • secubit pati ayam
  • secubit garam & lada sulah secukup rasa
Cara-cara
  • Perap ayam minima 1 jam. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
  • Panaskan kuali, cairkan mentega.
  • Tumis cili padi dan daun kari hingga naik bau
  • Tuangkan cream dan air / susu cair dan diikuti bahan-bahan lain
  • Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa.
  • Tuang atas ayam goreng tadi. (atau jika suka boleh gaul terus ayam dlm gravy)
  • Hidang segera dengan nasi panas dan sayur yang dicelur seperti sawi cina/buncis/asparagus dll

Monday, November 26, 2012

KDrama: Pasta (Korean Series)..

assalamualaikum...

lama tak bercerita topik korean siries kan? hehehe

kali ni saya nak share satu cerita yg menjadi top 5 saya.. Pasta
selepas King 2 Hearts, Coffee Prince, Iris (yee Ika dah masuk carta cerita yg ko peromot akak hehehe...:P ), Secret Garden, Playful Kiss, BOF...alamak dah lebih 5 ni huhu...

sebenarnya, hero & heroin citer ni saya tak minat. heroinnya tak pernah nampak tp hero nya adalah 2nd hero cerita Coffee Prince (of course la i pandang oppa Gong Yoo aje hehehe)
tp saya jenis yg open, kalau orang cakap sedap, saya boleh cuba tengok sesuatu cerita tu..
so Pasta ni kakak saya la yg perkenalkan (walau rasanya sampai skarang dia tak tgk lagi huhuhu)

 

tapi seriyes, mmg saya suka cerita ni, sbbnya cerita ni sangat memberi inspirasi...
tanpa watak jahat yg melampau, dia banyak fokus pada watak perempuan tu yg tak mengenal erti putus asa dan sangat bersemangat tinggi untuk berjaya dalam kerjanya...
walau berkali2 dipecat oleh Chef dia (belum jadi boipren), dia tetap buat muka tak malu datang bekerja..
walau kemudiannya Chef nya (dah jadi boipren) letak jawatan, dia tetap tanak resign (sampai Chef dia bengang) dan masih bekerja di restoren tu..

ada scene yg sedih (time dia terpaksa masak berkali2 depan ayah dia, dan time masakan dia asik keje reject)..
dan mestilah baaaaanyak yg sweet jugak, bila time Chef dia pujuk dia, tanpa ayat romantis tp boleh buatkan dia tersenyum kembali...
dan paling kiut bila heroin ni dok mengekor Chef sambil sebut Chep Chep....hihihi
dan walau dia marah or tak puas hati, dia tetap jawap Yes Chep...huhuhu
dan Chef dia yg sangat annoying masa awal2 cerita bertukar jadi sweet bila start sukakan heroin tu..sampaikan ada part dia plak melebih2 suka hehehe....

ost dia pon bes...2 favourite lagu dia
Jung Ah - You're Cute


SNSD - Forever



untuk baca sinopis dia, boleh klik SINI


Friday, November 23, 2012

Terima Kasih Felda..

assalamualaikum...

tengahari jumaat ni saya nak berpuisi..


terima kasih pada Felda..
atas susah payah saya dan adik beradik ke ladang menoreh getah menolong emak..
atas susah payah kami membayar hutang tanah Felda..
dan atas segala ketakutan berhadapan dengan ular dan sebagainya..
di saat rakan2 perempuan saya duduk rumah tengok TV tapi kami berpeluh sakan di ladang..
akhirnya Durian Runtuh kami terpaksa berkongsi dengan orang lain...
semata2 ada orang lain bersuamikan ayah saya..
dan berbin bintikan ayah saya...

terima kasih pada Felda yg membuat keputusan dengan adil dan saksama..
mmg betul2 runtuh bagi sesetengah orang..!


dan ini kisah saya. mungkin ramai yg tak faham perasaan saya kerana anda tak menjadi saya. tak mengapa. yg penting saya tahu itu hak saya.

p/s: manusia sentiasa laparkan duit. sampai kadang2 tak dapat nak membezakan duit sendiri atau duit orang lain.


Thursday, November 22, 2012

Sumbangan Buat Gaza...

assalamualaikum...

alhamdulillah Israel dah bersetuju untuk gencatan senjata..
tp bak kata Hilal Asyraf Official, jangan merasakan dengan gencatan sejata, kemenangan telah tiba. Kerana kemenangan itu ialah dengan mujahadah dan istiqamahnya kita. 

so bagi yg memboikot, teruskan sehabis baik untuk cuba memboikot. walau mungkin tak 100% barangan yg dapat kita boikot, sekurang2nya kita berusaha kan?

bagi yg mahu menghulurkan sumbangan, boleh rujuk link2 di bawah ni. semoga dapat membantu sedikit sebanyak saudara2 kita di sana..insyaAllah

p/s: teringat kawan en husben saya orang Palestin yg dah abis belajar dan skarang di Gaza...apalah khabar dia..semoga dia selamat... 

Tuesday, November 20, 2012

Mr Chicken, Tempat Makan Burger Halal...

assalamualaikum...

kali ni saya nak share tentang Restoren Mr Chicken, tempat kami sekeluarga kadang2 makan di waktu kemalasan masak...hehehe

spt yg saya share sebelum ni di SINI, penduduk German ni sebahagiannya berasal dr Turki dan beragama Islam..
jadi terima kasih kepada mereka2 ini yg telah menubuhkan restoren halal yg memudahkan kami untuk menjamu selera...

hiasan dalaman yg bersih :)


Mr Chicken ni hanya berada di dalam negeri NRW dan tak semua bandar di dalam NRW yg ada.
ada menu standard contohnya Nuget, Chicken Wing, Taco, Döner dan Dürüm, dan ada menu pilihan, contohnya di Duisburg ni tak ada ayam golek (huhuhu), so kalau nak makan, gigihla kami ke Essen...hihihihi

dan ada Burger Ikan jugak, jaaauuhhh lagi sedap dan besar dr burger ikan makcik mcd...huhuhu
so sejujurnya, kami tak ada masalah untuk boikot mcd sbb before ni pon mmg bercinta nak masuk situ, ye lah sbb tak halal kan. yg boleh makan ialah burger ikan yg cenoet itu je pong..huhuhu


antara menu yg ada..

ni menu yg kami order...

so warga NRW boleh klik website rasmi Mr Chicken untuk keterangan lanjut. bahasa available ialah Deutsch & Turki...hehehe

p/s: besnya la kalau Msia leh buat produk sendiri camni kan...huhuhu

Saturday, November 17, 2012

Doa Untuk Gaza....

 
assalamualaikum...

maafkan saya kerana inilah sahaja gambar yg mampu saya share...
tak sanggup rasanya untuk lihat gambar2 kekejaman Israel...lagi2 yg melibatkan kanak2...
Izzah mmg tak sanggup tgk bila saya tunjukkan gambar kanak2 yg pecah tempurung kepalanya tu..
saya cakap dengan dia, bayangkan gambar ni setiap kali dia berhajat nak makan McD..huhuhu

mari kawan2...kita sama doakan untuk saudara seislam kita...
semoga dapat membantu mereka di sana...amin..