Wednesday, November 28, 2012

Creamy Butter Chicken...

assalamualaikum...

resepi yg sedap, bagi penggemar ayam yg perlukan variasi dalam masakan anda, direkemen mencuba resepi ini...hehehe

terima kasih pada Kak Hana yg jadi tukang share, dan pada Selera Dapur Kita...izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

CREAMY BUTTER CHICKEN
dari Selera Dapur Kita dan Kak Hana @ Hanamemories



Bahan-bahan
Bahan untuk perap
  • 250g ayam boneless
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar tepung - kak hana guna tpg jagung, saya pon
  • 1 biji telur
Bahan menumis
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 biji cili padi - jika mahu pedas lebihkan
  • 1-2 tangkai daun kari segar
  • 1/4 cawan heavy cream - kak hana guna susu cair, saya campur susu cair + whipping cream
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • secubit pati ayam
  • secubit garam & lada sulah secukup rasa
Cara-cara
  • Perap ayam minima 1 jam. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
  • Panaskan kuali, cairkan mentega.
  • Tumis cili padi dan daun kari hingga naik bau
  • Tuangkan cream dan air / susu cair dan diikuti bahan-bahan lain
  • Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa.
  • Tuang atas ayam goreng tadi. (atau jika suka boleh gaul terus ayam dlm gravy)
  • Hidang segera dengan nasi panas dan sayur yang dicelur seperti sawi cina/buncis/asparagus dll

1 comment: