Friday, November 30, 2012

Babys, Kleines Wunder Großes Glück..

assalamualaikum...

jangan terbelit lidah menyebut tajuk entri saya kali ni...hehehe
maksudnya Babies, Small Miracles Great Happiness (lebih kurang la hehe)
sebenarnya ini tajuk rancangan TV di sini, yg pada saya bagus untuk tontonan seisi keluarga...
setiap Rabu, 9.15 malam Chanel RTL 2

kerana?
ia memaparkan pengalaman2 bersalin ibu2 di german ni..
kami mmg ikut setiap minggu tau, tak pernah miss dr siri 1..izzah & lea tak terkecuali..
jgn risau, tak nampak apa yg tak patut dilihat..sbb kamera tu dari belah kepala ibu..

tapi mmg nampak la baby yg fresh keluar dari perut. kadang2 siap dengan darah & tali pusat..

setiap minggu, antara 2 atau 3 orang ibu (bakal ibu) kisahnya akan ditayangkan..
biasanya start kisah dr derang contraction la..pusing sini pusing sana..
ada yg menangis dan macam2 lagi...
rasanya ibu2 kat luar sana paham kan camana rasanya...huhuhu

kalau ikut siri ni (sbb saya takde pengalaman bersalin di sini LAGI :P), mereka akan bersalin di bilik sendiri. bukan di bilik bersalin macam kat Msia.
dlm bilik ni complete la alat2 yg diperlukan, katil pon katil sepesel..ada tempat pegang kiri dan kanan..
 

dan yg sambut ialah Hebamme (bidan)
tapi ni kalau bersalin normal la..kalau operate still kena pegi Operation Room dan ada doktor..

oh ya, hospital di sini mmg semuanya bilik2..macam wad kelas 2 (sesetengah hospital) dan wad kelas 1 hospital di Msia..:)

dan tak salah saya tak ada masa melawat. jadi sesiapa bebas temankan ibu2 ni time dia sakit contraction & masa bersalin tu...bes kan huhuhu
kadang2 ada yg kena operate, biasanya suami ada sekali masa operate tu..

dari siri ni, barulah kami tahu kaedah bersalin dalam air macamana...


kisah minggu ni agak sedih, seorang ibu ni tak nak jaga anak dia, so lepas bersalin nurse terus ambik anak dia bawak ke bilik lain..
tak salah saya, dia tak tengok pon rupa anak dia (sbb dia bersalin operate & full bius)
comel tau anak dia..rasa nak je ambik buat anak angkat hehe...


dan kisah follow up seorang ibu yg lahirkan anak kembar. seorang normal (2.2kg), seorang lagi ada masalah (1.4kg sahaja dan ada masalah kesihatan lain)..
so baby ni ditahan di wad laaamaaa, berminggu2...
masa dia bersalin secara operate tu, Hebamme menangis tgk baby dia yg kecik tu..huhu

dan ada satu kisah minggu2 lepas yg buat saya sayu. seorang ibu ni melahirkan anak pada usia kandungannya 26 minggu, secara operation. dan alhamdulillah anaknya hidup walaupon sangat kecik..
dan ibu muda ni tak henti2 menangis sebelum dia dioperate...
tiba tiba teringat kenangan lama huhuhu...

so pada warga msia di german, saya mmg rekemen unt tengok cerita ni..
bagi suami, mungkin boleh lihat begitulah kesengsaraan isteri dalam melahirkan zuriat anda..
bagi anak2, mungkin kita boleh bagi pendedahan begitulah dahulu kita melahirkan dia..
dan bagi saya sendiri, mmg insaf tgk cerita ni, rasa tak terbalas pengorbanan ibu kita selama lamanya..huhuhu
izzah awal2 dulu menangis tau tgk cerita ni..sampai skarang dia masih lagi dok ishk ishk kesiannya..
tapi bila baby keluar, dia pon tersenyum gembira...

begitulah kebesaran kekuasaan Allah kan..
betapa keluh kesah, air mata kesakitan sebelum melahirkan, hilang sekelip mata, berganti dengan senyuman saat berjaya melahirkan seorang bayi...
semoga saya masih lagi diberi kesempatan untuk merasa saat ini..insya Allah..:)

7 comments:

  1. hoho...hanya orang yang ada keberanian je leh tengok... rasanya mungkin yang dah beranak 10 pun takut kut bila tgk pengalaman orang lain bersalin..hehe... Alhamdulillah masa bersalin anak kedua (cser) kat private hubby dapat ikut sekali masuk OT. duduk kat kepala so tak nmpk le Dr2 buat kerja membelah perut tu.

    ReplyDelete
  2. huhu...takut nk tengok...alhamdulillah setakat ini dipermudahkan olehNya...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Siti,
    Kalau cerita macam ni ada tayang kat Malaysia, rasanya akak akan jadi penunggu paling setia. Baguskan dapat lihat pengalaman oranglain, sekurang2nya dapat memberi kesedaran kepada semua anak2 akan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu bila melahirkan......

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya follow program tv mcm ni. Mmg bagus utk seosi keluarga ;) kt sini rasanya ada jg program mcm ni tapi mungkin kene subscribe dulu kot..huhu

    In shaa Allah ada rezeki lg utk Hajar merasa pengalaman berharga ni. Amin. :)

    ReplyDelete
  5. sy akan tengok rabu nnt insyaAllah, nak masuk reminder siap2 nih!!

    ReplyDelete