Saturday, October 5, 2013

Kesudahan Seminar Dr Azizan Osman: Personal Coaching yang Hilang..

assalamualaikum...

saya nak share penutup kisah benar yang terjadi kepada kakak saya sendiri, Sis Rohaniah, semoga kita mendapat sedikit pengajaran darinya...
cuma saya nak tegaskan, kami TIDAK MEMBURUKKAN dan TIDAK MEMFITNAH sesiapa, untuk anda percaya atau tidak, semuanya terpulang kepada anda...

Episod 1 anda boleh baca di laman blog beliau sendiri, PropertyWaltz ini..

dan Episod Kesudahan ini anda boleh baca di SINI.. rajin2 kan baca supaya kita boleh nilai sendiri sebelum buat apa2 kesimpulan :)

secara ringkasnya, selepas kakak saya menulis Episod 1, banyak benda yang terjadi..
1) Syarikat Richworks naikkan notis di fb page Alumni dan Bakal Alumni Dr Azizan mengatakan kakak saya memfitnah En Azizan Osman dan mungkin akan disaman
2) Esoknya notis tersebut dipadam dan kemudiannya diganti dengan Permohonan Maaf atas salah faham secara General (tidak mention pon nama kakak saya) sedangkan sudah berbakul2 kutukan yang kakak saya dapat dari pengikut2 beliau. komen kami yg mempertahankan dan mintak mereka baca kisah sepenuhnya pon didelete oleh admin page tersebut malahan saya diblock dr hantar komen di situ (apakah?)..
3) Perjumpaan antara Pn Yasmin dan En Jerry (mewakili Syarikat Richworks) dan kakak saya berlangsung. akhirnya kata sepakat dicapai, refund dapat dan akhirnya mereka naikkan Permohonan maaf menyebut nama kakak saya di fb page tersebut
4) Kesan positif dr kisah ini, mereka mula adakan sesi gantian Personal Coaching itu kepada (pembayar) peserta Supreme Diamond Intensif Jutawan Industri.

apapon kes ni dah selesai. kami mohon jgn ada pihak yang sensasikan lagi kes ni. bukan apa, akibatnya akan ada orang yang tak puas hati dan kutuk kakak saya macam2 lagi. ini bukan kes Melayu dengki, Melayu fitnah, Melayu tak puas hati tengok Melayu lain berjaya okey... ini pasal HAK, bukan pasal kaum. Kakak saya bayar hampir RM5k untuk benda yang dia dah janjikan dlm seminar dia, bukan FREE. mereka jalankan bisnes bukan buat charity, so salah ke kita menuntut apa yang jadi hak kita?

p/s: tiba tiba teringat pepatah Melayu - Lembu berpegang pada tali, manusia pegang pada janji... hehehe


8 comments:

  1. Alhamdulillah.... baguslah bersungguh2 mendapatkan hak sebagai pengguna...

    Ramai peniaga ambil kesempatan kerana masyarakat kita tidak biasa menuntut hak masing2....

    Zinn sukaaaaa :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah .. begitulah yang sepatutnya.. kita cuma mempertahankan hak kita... dan mereka pun sepatutnya menunaikan apa yang telah dijanjikan.. ;)

    ReplyDelete
  3. saya menyampah dgn tukang komen yg tak usul periksa.. bila tegur balik balik kata kita dengki.. melayu sama melayu dengki.. bengap..

    ReplyDelete
  4. oh..alhamdulillah.. akhirnya dapat balik duit balik dan permohonan maaf tu..

    ReplyDelete
  5. bila saya baca pasal ni kan, barulah terfikir sekarang ni mudah orang nak dapat duit...kalau kita careless atau cuai je sikit memang habis lah. tambah pulak kalau kita diamkan lagi la seronok pihak satu lagi tu...

    ReplyDelete
  6. Kadang orang kita tak faham antara menuntut hak dengan memfitnah..
    Apa pon kes ni membuka lebih mata dan fikiran saya kerana saya yang sering diasak bertubi2 untuk pergi ke seminar ini..
    Katanya,saya tak boleh berjaya kalau tak pergi..
    Kerna saya hanya pembuat biskut kecil kecilan
    Moga apa yang terjadi satu pengajaran buat kita kan kak..
    -silentreaderyangteringinkeluarnegaramacamakak-
    :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... setel dah akhirnya...orang kita memang susah nak pohon maaf kan... saya respect ngn orang Jepun yang mudah minta maaf walaupun kadang tu bukan diorang yg salah. contoh PM depa sendiri sujud kat kaki rakyat mintak maaf atas kesusahan yg rakyat dia hadapi masa tsunami 2011 tu... sambil tu rakyat marah2 kat dia sebab lambat respond dsbg nya... dia terima je kena marah ngn rakyat...sama gak ngn company kereta toyota mohon maaf secara terbuka sebab defect pd sistem brek kot kalo tak salah...kalo kita?...hmmm... orang bawahan je boleh minta maaf ngn orang atasan... orang atasan jgn harap laa... semer depa je yang betul...

    ReplyDelete