Thursday, October 17, 2013

Ingin Belajar Basic Pelaburan Hartanah & Ilmu Rumah Lelong?

assalamualaikum...

anda berminat nak tahu basic pasal pelaburan hartanah?
nak beli rumah tapi blur tentang lokasi, camana nak buat pinjaman dan lain2?

macam yang kita semua tahu, bidang hartanah ni kalau kena gaya, mmg untung kan. teringat dulu masa saya kat mula2 dihantar ke Jelebu, umah untuk disewa mmg sangat sikit (boleh kata tak ada). jgn kata umah teres baru, umah teres lama pon berjanggut nak carik.. terpaksalah tumpang umah kawan2 sementara nak dapat umah sewa (sbb masa tu saya kena pjj so mmg nak carik umah sendiri supaya senang en husben n izzah nak datang) huhu...

untuk carik umah sewa untuk student pon mmg migrain hehehe.. sampai ada sesetengah owner umah sewa boleh dapat RM1 ribu ke atas sebulan senang2 untuk satu umah sewa lama 2 bilik tidur, 1 bilik air. giler untung hehehe...

tapi yang penting, ilmu nak dapat beli rumah tu yang kena carik. ye lah kadang2 rasa duit tak cukup, lokasi tak sesuai (bukan untuk sewa je, untuk duduk sendiri pon benda ni penting kan). belum lagi bab pinjaman umah dan lain2..

haaaaaaaa......
so saya nak berkongsi info berkenaan 2 seminar hebat yang akan berlangsung 26 hb dan 27 hb Oktober 2013 ni... :)

1) Seminar Taiko Rumah Lelong
26 Oktober 2013, 9.00 pagi bertempat di Cyberjaya

Seminar ini sangat sesuai buat yang mahu memulakan langkah beli rumah dari pasaran lelong.
Akan disampaikan oleh Puan Siti Farazila (blogger, agent dan pelabur rumah lelong), kemudian ada sesi khas bersama Tuan Shafie Bustan (sifu umah lelong)

Sesi ini akan berkongsi:
- potensi pelaburan hartanah lelong
- Bagaiamana lelongan diadakan
- Memahami POS dan Contract of Sale
- Mendapatkan pinjaman bagi rumah lelong
- Hartanah lelong untuk keep
- Hartanah lelong untuk flip

tahun lepas dah pernah diadakan, boleh rujuk di SINI ye
gambar2 sesi lepas


2) Seminar Wang dan Hartanah
27 Oktober 2013, 9.00 pagi bertempat di Cyberjaya


Seminar ni SANGAT SESUAI untuk mereka yang mahu bermula dalam pelaburan hartanah.
Akan disampaikan oleh Cik Rohaniah Noor dari PropertyWaltz.com

Beliau akan berkongsi topik2 yang menarik ini:
- pengurusan wang dan kewangan peribadi
- Menggali hartanah panas
- Prosedur beli rumah
- mengenalpasti kelayakan pinjaman
- Teknik mendapatkan pinjaman
- kenalpasti jodoh hartanah
- serta bonus1: bagaimana menyelesaikan hutang PTPTN dalam masa 3 tahun (wah yang ni menarik giler hihihi :P)


untuk yuran, anda boleh klik SINI sebab ada promosi Early Bird dan diskaun istimewa pada ahli Kelab Alien Hartawan atau pembeli E Book 5 Langkah Jana Wang Besar..

camana, berminat? boleh isi borang di SINI ye...

jumpa di sanaaaaaaa (jumpa sis rohaniah je la, sbb saya masih di jerman kikikiki :P)

4 comments:

  1. bab hutang PTPTN kompem best
    banyak2 hutang itu dipikir
    haha

    ReplyDelete
  2. bab settle hutang tu mesti ramai tertarik.. hihi..

    ReplyDelete
  3. bab settle hutang PTPTN tu sitiezahim patut dengar tu.. kekeke.. migrain migrain...

    ReplyDelete