Monday, October 14, 2013

Mihun Goreng Special..


assalamualaikum...

mihun goreng ni saya buat masa BBQ bulan Ogos time Summer harituh rasanya..
skarang dah masuk Autumn (musim luruh) so suhu pon dah semakin sejuk.. maksudnya dah tak berapa sesuai nak buat aktiviti kat luar hehehe..
apapon resepi ni special skit sbb letak air asam jawa tau hehehe...

time kasih pada tukang share, Nabialishad Fotopages.. dia dapat dr Baby Batriesyia Fotopages (sumber asal menurut Baby Batriesyia ni dia dah lupa)...
izinkan saya tepek2 di sini plak ek :)

MIHUN GORENG SPECIAL
- sumber copy dari Baby Batriesyia Fotopages dan Nabialishad Fotopages




Bahan-bahan

 

Bihun (direndam hingga lembut)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar/cili boh

Bahan A
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat 

1 sudu besar sos tiram 

3 sudu besar sos cili
4 sudu besar air asam jawa
Garam/Gula

Sayur Sawi/Taugeh
Udang - dibuang kulit 
Ayam - dipotong kecil2
Daging batang pinang - dipotong kecil2

Cara-cara


Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan cili boh. Kacau. Kemudian masukkan semua bahan A. Kacau hingga sebati. Masukkan ayam,daging, garam dan gula. Biar sebentar hingga masak. Kemudian, masukkan bihun tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan siap!




Saturday, October 5, 2013

Kesudahan Seminar Dr Azizan Osman: Personal Coaching yang Hilang..

assalamualaikum...

saya nak share penutup kisah benar yang terjadi kepada kakak saya sendiri, Sis Rohaniah, semoga kita mendapat sedikit pengajaran darinya...
cuma saya nak tegaskan, kami TIDAK MEMBURUKKAN dan TIDAK MEMFITNAH sesiapa, untuk anda percaya atau tidak, semuanya terpulang kepada anda...

Episod 1 anda boleh baca di laman blog beliau sendiri, PropertyWaltz ini..

dan Episod Kesudahan ini anda boleh baca di SINI.. rajin2 kan baca supaya kita boleh nilai sendiri sebelum buat apa2 kesimpulan :)

secara ringkasnya, selepas kakak saya menulis Episod 1, banyak benda yang terjadi..
1) Syarikat Richworks naikkan notis di fb page Alumni dan Bakal Alumni Dr Azizan mengatakan kakak saya memfitnah En Azizan Osman dan mungkin akan disaman
2) Esoknya notis tersebut dipadam dan kemudiannya diganti dengan Permohonan Maaf atas salah faham secara General (tidak mention pon nama kakak saya) sedangkan sudah berbakul2 kutukan yang kakak saya dapat dari pengikut2 beliau. komen kami yg mempertahankan dan mintak mereka baca kisah sepenuhnya pon didelete oleh admin page tersebut malahan saya diblock dr hantar komen di situ (apakah?)..
3) Perjumpaan antara Pn Yasmin dan En Jerry (mewakili Syarikat Richworks) dan kakak saya berlangsung. akhirnya kata sepakat dicapai, refund dapat dan akhirnya mereka naikkan Permohonan maaf menyebut nama kakak saya di fb page tersebut
4) Kesan positif dr kisah ini, mereka mula adakan sesi gantian Personal Coaching itu kepada (pembayar) peserta Supreme Diamond Intensif Jutawan Industri.

apapon kes ni dah selesai. kami mohon jgn ada pihak yang sensasikan lagi kes ni. bukan apa, akibatnya akan ada orang yang tak puas hati dan kutuk kakak saya macam2 lagi. ini bukan kes Melayu dengki, Melayu fitnah, Melayu tak puas hati tengok Melayu lain berjaya okey... ini pasal HAK, bukan pasal kaum. Kakak saya bayar hampir RM5k untuk benda yang dia dah janjikan dlm seminar dia, bukan FREE. mereka jalankan bisnes bukan buat charity, so salah ke kita menuntut apa yang jadi hak kita?

p/s: tiba tiba teringat pepatah Melayu - Lembu berpegang pada tali, manusia pegang pada janji... hehehe


Monday, September 30, 2013

Harga Kereta Baru di Germany...

assalamualaikum...

untuk entri kali ni, saya nak share harga kereta di Germany. umum mengetahui harga kereta di oversea lebih murah kan dari di Malaysia?

okey, sedikit info tentang kereta di Germany:
1) tempat duduk pemandu adalah di sebelah kiri (so tak berapa sesuai di Malaysia yang driver nya di sebelah kanan kan? jadi ada kawan2 yang nak bawak balik kereta, mereka beli di UK. selain sbb side driver yang sama, harga kereta second hand di UK dengarnya lebih murah dr Germany)

2) plat kereta tidak dijual sekali bersama kereta (termasuk untuk kereta second hand). secara umumnya, bila seseorang beli kenderaan (baru atau lama), dia kena register dan beli plat baru. di Malaysia biasanya kereta second hand dijual sekali dengan nombor plat kan? Jadi di sini, selesai masalah nombor plate dah terlebih hurup tu macam di sesetengah negeri hihihihi :P... boleh baca lebih lanjut di SINI

3) Syarikat pengeluar kereta utama di Germany ialah Audi, BMW, Ford Germany, Mercedes-Benz, Opel, Porsche dan Volkswagen. boleh rujuk di SINI

4) Insurans Kenderaan (Vehicle Insurance) di Germany boleh dikatakan mahal berbanding harga kereta hihihi..(biasanya kete seken senang2 je leh beli tp bab sakit tang insurans la). nak kira berapa nak kena bayar pon 'agak' lebih complicated sbb bergantung pada jenis kereta, saiz kereta, milage berapa ribu km kita nak cover, driver tu dah berapa tahun ada lesen, ada parking khas atau public (kat sini sesetengah apartment ada parking sendiri, tp banyak apartment takde parking khas so samada kita carik parking free atau bayar secara bulanan) dan lain2 faktor.

so nak tahu tak harga KERETA BARU di Germany? jeng jeng jeng... hihihi...

1) Mercedes-Benz Class C ni €35,900 sahaja. Ansuran bulanan 48 bulan iaitu sebanyak €345 sahaja
 
  

2)Mercedes-Benz CLS ni berharga €108,800. Ansuran bulanan 48 bulan iaitu sebanyak €999

 
 

3) Volkswagen Passat ni berharga €19,920 sahaja.


4) Volkswagen Passat Variant ni plak berharga €51,854.99. Ansuran bulanan 48 bulan iaitu sebanyak €559


 

5) Volkswagen Sharan ni berharga €59,075. Ansuran bulanan kalau 48 bulan ialah €548.11 sen

 

6)Volkswagen Eos Sport ni hanya €37,900. Ansuran bulanan 48 bulan ialah sebanyak €349 sahaja.


 

cun kan? bumbung leh bukak... hehehe... :P


7) Volkswagen Golf 5 pintu ni hanya  €21, 809. Ansuran bulanan 48 bulan jugak, €231.79 sahaja

 

8) Audi ni hanya €30, 950. Ansuran bulanan 36 bulan sahaja, sebanyak €219..


9) Kalau pegi Europe, banyak nampak kereta Smart ni. tapi mahel rupanya huhuhu... €149,00 untuk 2 seaters je, tak berbaloi2 tapi syiok bab parking la kan hihihi :P

 

10) Kia Picanto ni harga asalnya €15,280 tp masa ni dia bagi diskaun. so total hanya €13,690


11) Suzuki Swift 5 pintu ni plak asalnya €20,585 tapi ada diskaun 4k so jadi total hanya €16,490 sahaja

 

12) Toyota Prius Hybrid ni lepas diskaun €23,900 sahaja

  

actually, gambar2 ni saya ambik weekend yang lepas. ada pameran kereta di Duisburg ni. ada kereta yang siap boleh diconteng oleh budak2 lagi... sewiiit kan hehehe


dalam banyak2 kereta yang dipamerkan tu, saya tertarik betul dengan kereta (or van) di bawah ni. hehehe...

 

belah bumbungnya boleh naik yang mana ada tilam rupanya di atas tu..


bahagian dalamnya yang luas. boleh tido dengan selesa dlm ni.. mmg sesuai bagi orang2 German yang suka bawak Mobile Home or Caravan untuk bercuti, tayah sewa hotel dah hihihi...


walaupun harga kereta baru dan lama di sini murah (harga kereta second hand saya pernah kongsikan di SINI dulu), orang2 di sini tidaklah menggunakan sangat kereta untuk urusan seharian. ramai yang masih menggunakan public transport untuk pegi kerja, disebabkan pengangkutan awam mmg sangat2 efisyen. untuk pegi beli barang pulak, kebanyakan pasaraya harian dekat2 je dengan umah so mereka lebih suka naik beskal or berjalan kaki.

dan kalau yang jenis bekerja jauh, mereka akan berkongsi kereta. ada website khas so nanti sesiapa yang nak tumpang, ada bayaran dan akan set tempat naiknya (ramai jugak student bujang Msia di sini yang gunakan cara ni untuk pegi ke bandar2 lain yang lebih jauh sbb kosnya lebih murah). InsyaAllah selamat sampai ke tempat dituju (takde risiko dirompak, dirogol dll)

dan apa yang saya nampak, ramai yang jenis tak berlumba2 untuk berkereta mewah, contohnya owner lama rumah saya dulu. kete seken hend buruk giler dan kongsi plak tu ngan anak dia (padahal anak dia tak duduk sekali pon hehehe)..

semoga perkongsian ni dapat memberi sedikit manafaat untuk semua :)


Friday, September 27, 2013

Simple Crafts For Kids - Octopus & Penguin..

 
assalamualaikum...

Kraf kraf simple dan senang ni direquest oleh Izzah lepas tgk sorang kawan saya, Kak Asyie yang tunjuk kat fb dia.. time kasih kak asyie hehe...
ni lah contoh 'Aktiviti Keluarga' yang anak2 saya demand tau .. huhuhu... so layan je la... :P

buat dari bahan2 yang senang je..
untuk Sotong (Octopus) dan Penguin ni, antara bahan2 nya ialah:

1) Empty Toilet Paper Roll
2) Watercolor dan Berus
3) Gunting, Pensil, Gam dan seangkatan dengannya
4) Kertas Putih dan Kertas Warna
5) Kertas lembut untuk sumbat kat kepala binatang2 comel ni (tanak buat pon takpe)


Cara2 nya sangat simple...

1) Sumbat kepala binatang2 comel ni dulu supaya tak rompong kat atas dia, then gam
2) Warna keseluruhan Octopus dan Penguin ni dengan warna asas (merah dan hitam)
3) Sementara tunggu kering, boleh buat mata, kaki dan lain2 anggota badan dia hehehe...
4) Tampal di tempat yang sepatutnya dan lastly untuk Octopus, gunting bawah dia untuk membentuk kaki2 dia. Siap :D




Friday, September 20, 2013

Belajar Bahasa German - Buah..

assalamualaikum...

pepagi Jumaat ni takde idea nak menulis. so nak share basic vocab yang perlu bagi surirumah macam saya.. hehehe :P
harituh saya ada share Anggota Badan dan Camana nak sebut Jam (waktu) dalam Deutsch..
so kali ni nak share pasal Buah atau Fruit atau dalam bahasa germannya Obst..

actually saya ni hampeh dlm speaking german, Deutsch class pon ambik yang paling basic hahaha :P
tapi basic vocab macam nama2 Obst ni terpaksa hapal jugak sbb selalu kena jadi cikgu tution untuk anak2 saya hihihi...
dan kadang2 guna time nak carik barang kat pasaraya..

sebut pasal belajar bahasa german ni, paling pening nak tau samada satu2 perkataan tu, depan dia 'der, die atau das'..
3 benda ni wajib bagi semua article, yang mana 'der' untuk artikel yang masculine, 'die' untuk feminine dan 'das' untuk neutral..
(hehehe teringat kawan Aussie saya dok pertikaikan kenapa setiap benda ni ada lelaki, perempuan dan neutal)...








Wednesday, September 18, 2013

Info: Macamana Nak Check Defect Rumah Baru Kita?

assalamualaikum...

tahukah kawan2 yang kita (pembeli rumah) boleh komplen kepada pemaju sekiranya rumah yang baru kita beli ada kerosakan di mana2?
honestly dulu saya tak tahu tau (nampak sangat lemah bab bab ni huhu) tp sejak kakak saya, Sis Rohaniah menceburkan diri dalam bidang hartanah ni, dialah yang menjadi sumber ilmu dan rujukan saya... hihihihi

so camana nak tau rumah baru kita tu ada defect?
defect yang bagaimana yang kita boleh komplen pada pemaju?
dah kesan ada defect, camne nak buat?

untuk menjawap soklan2 di atas ni, beliau dengan sukacitanya akan buat satu Kelas Hands-on Periksa Defect pada 28 September 2013 ni, bertempat di Cyberjaya, Selangor
untuk info lebih lanjut, boleh klik link di SINI ye..


apa yang akan diajar masa sesi ni?
Of course lah camana nak check defect umah kan, hehehe.. termasuklah cek cat, cek pintu, cek lubang di dinding, cek tiles yang lompang, cek dinding yang tak rata dan lain-lain..
sesi ni secara praktikal tau, bukan macam seminar tu... dan of course la secara sempoi2 je.. :)

ni gambar contoh sesi Hands-on 'Saya Mahu Check Defect' yang lepas, 12 Febuari 2013..
boleh klik SINI  di blog PropertyWaltz untuk baca kisah selanjutnya..


so apa tunggu lagi, mmg berguna ilmu ni kan.. sbb sekali je belajar tp boleh guna sampai bila2.. :)

Monday, September 16, 2013

Kisah Bilal bin Rabah...

assalamualaikum...
nak share kisah Bilal bin Rabah, saya petik dr fb Ustaz Azhar Idrus (Original)..
Kisah Bilal bin Rabah selepas Rasulullah SAW wafat..

Selepas Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah Bilal Ibnu Rabbah r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam . Ini gara-gara kerana beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu ketika, waktu Saidina Umar menjadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihiasi suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

Dalam satu riwayat menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata kesayangan Rasulullah tu erat erat. Diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. Oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seakan-akan hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka terus menangis kerana perasaan rindu yg teramat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW.. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut..