Wednesday, June 15, 2011

Puding Coklat Sos Kastard..

assalamualaikum...

entri yang lepas, saya ada post tentang seminar Sharing session on From Zero to Hero: How to make money in property investment..
dengan kata mudah, seminar ni untuk sesiapa saja, bukan hanya pada yang nak buat pelaburan hartanah..
tapi jugak pada yang baru nak beli umah untuk diri sendiri..
sebab mungkin ramai yang kata, tak cukup duit unt beli banyak umah kan..
honestly speaking, tak perlu banyak duit unt beli banyak umah..
asalkan kita tau caranya, insyaAllah tak rugi melabur dlm bidang hartanah ni..
senang citer la, kalau lokasi umah tuh bagus, banyak permintaan dan boleh dpt untung dr sewa umah, kita tak perlu keluarkan duit sendiri unt bayar pada bank..
sebab dgn duit sewa boleh top up bayar bank bulan-bulan + dpt untung lagi masuk poket..
bukan kah bagus tuh...dapat duit senang2 camtuh aje...hehehhe
itulah tujuan seminar ni, nak kasik pendedahan pada kita semua..sebab dlm seminar ni akan diajar camne nak pilih lokasi, pasal bank, aggreement dan macam-macam...

okehla ni nak citer pasal puding ni plak..hehehe
memang bes, rasa cam satu jenama puding kat sini yg anak saya, si izzah suka makan, Paula..
patutla kak izah daut tu beria peromot...hehehehe
memang kene betul rasa coklat ngan kastard tuh...
time kasih pada penyumbang resepi, kak dayang jack atas resepi yg marbeles ini..
izinkan saya tepek tepek di sini plak ek....:)

puding coklat sos kastard
PUDING COKLAT SOS KASTARD
- sumber Kak Dayang Jack, tapi saya kopi dr umah Kak Izah Daut..

Bahan-bahan :
5-7 orang makan

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya) * saya pakai susu segar aje
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka

3 comments:

  1. ehem ehem... tepung kastard bawak dr m'sia or beli kat sini? klu beli kat sini heheh cam biase ape namenye ek? hehe

    ReplyDelete
  2. wahh sedapnya...akak dah lama masuk list tapi tak cuba lagi...:)

    ReplyDelete
  3. kak nieza: sila sedap sangat kak...hehehe

    ReplyDelete