Thursday, June 2, 2011

Donut Mayonis..


assalamualaikum...

ini adalah entri masak-masak..hehehe
(wahh warning siap siap...hehehe :P)

tak sangka mayonis pon leh bubuh dlm donut..
kretip sungguh pn ros kita, yg tengah shiawase ber anniversary tuh..hihihi :P
so far saya dah cuba 3 resepi donut dia, donut kentang, donut tofu dan donat mayo ni..
alhamdulillah hasil tak mengecewakan...
gebu gebu naiknye cam saya jugek...hihihi

okehla layan resepi..time kasih muah2 ye ros..
izinkan saya tepek2 di sini jugak, manalah tahu ada yg terbekenan nak cuba, ekspecially warga essen n duisburg, leh saya serbuuuuu...hihihi

DONUT MAYONIS
- sumber Ros@JintanManis

Bahan-bahannya

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam *saya kurangkan sket jadi 135 ml camtuh
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.

Cara
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.


Nota: banyak gak leh dapat, dlm 24 ketul camtuh..so saya goreng separuh masak dan simpan dlm fridge unt kesenangan masa hadapan..hihihi

5 comments:

  1. Salam hajar! waaaaaaa..kita dah lama cuti buat donut ni tauu! hihihi... minggu depanlah sbb minggu ni bz betul jadual kita hihihi...

    ReplyDelete
  2. ika: hehe ye ke..tapek2 amek mood dulu..:D

    ReplyDelete
  3. waduhhh.! cik kak kita ni rajin bebeno terliur lak deena tgk haa... ;-)

    ReplyDelete
  4. uishhh gebus donut...bolat-bolat tu...sedap tu...tapi akak suka mkn dgn choc sos lagi hehe

    ReplyDelete
  5. deena: hehehe nak buat camne deena, kat sini kengkadang donut ada E471 tuh, so tak brani sangat nak makan...huhu

    kak nieza: bolat2 cam saya...hahaha :P

    ReplyDelete