Monday, December 12, 2011

Spaghetti Bolognese..

553

Assalamualaikum...

salam hari Isnin semua...

spegeti ni dah lama saya buat, baru ni berkesempatan unt entri...
saya sangat suka spegeti ni, sbb terasa lain skit dr spegeti bolognese yg biasa saya buat..
mungkin sbb bahannya menggunakan susu, so hasilnya ada rasa lemak lemak camtuh..
mmmm nampak bahannya agak panjang kan? tapi banyak jugak yg saya skip sbb ikut apa yg ada aje dlm esbok tuh..hihihi..
dan tomato puri tuh saya gantikan dgn sos tomato aje..sbb saya mmg jarang beli tomato puri sbb jarang guna dan tak tahan lama..
kalau sos tomato tuh memang sentiasa available di dapur dan saya selalu masukkan dlm masakan (campur dgn sos cili) unt ganti cili blender sbb budak kecik ni tak tahan pedas, dan emaknya ni jenis maleeesss nak masak 2,3 versi...hihihi :P

resepi ni saya dpt dr Mutiarazura@MyResepi, rasanya dia ambil dr sumber lain (tp tak dinyatakan) berdasarkan nota yg dia attach sekali...apapon terima kasih sbb berkongsi, izinkan saya tepek2 di sini plak ye..:)

SPAGHETTI BOLOGNESE
by Mutiarazura@MyResepi

Bahan-bahan ( 6 orang )
• 500 gram spaghetti (sepeket)
• 500 gram daging lembu cincang
• 200 ml susu
• 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
• 1 ulas bawang putih – dicincang halus
• 1 tin sedang tomato puri *saya ganti sos tomato
• 4-5 tomato segar ranum - didadu
• 1 batang carrot – didadu kecil
• 2 batang celery – didadu kecil *takde
• 1 tin cendawan butang – dihiris (optional) *takde
• 1 kiub stok daging lembu (optional)
• 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
• Sedikit garam dan gula secukup rasa
• 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
• 2 sudu besar butter
• Parutan keju parmesan – untuk menghidang *takde

Cara-cara
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
7. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
8. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.


Nota dari MutiaraZura:

1) Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
2) Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.
3) Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
4) Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

4 comments:

  1. Waa ni projek baik punya. dah lama tak pekena spageti ni. Dapat makan homemade punya pasti terangkat

    ReplyDelete
  2. hmm..ada susu ek..? mesti rasanya lain skit kan.. bole cuba nih.. maceh siti sudi berkongsi resepi.. :)

    ReplyDelete
  3. my fav gak
    x susah nak buat khen
    simple jer....dulu amsa buat bufday party kat mesia menu ni wajib ada sebab ada kwn request ngeee

    ReplyDelete
  4. adusss...baca blog siti malam2 buta nih (11.15pm) membuatkan perutku berkeroncong dan mindaku bercelaru. Haruskah aku memasak malam2 buta nih?

    ReplyDelete