Monday, December 31, 2012

Tschüss 2012..

 
assalamualaikum..

2012 dah sampai ke penghujungnya, semoga kenangan2 manis dapat dikenang selamanya dan kenangan2 pahit menjadi pengajaran buat diri kita..

personally, pembuka dan penutup 2012 meninggalkan memori manis buat saya, dapat balik bercuti di Msia (Januari) dan urlaub ke Istanbul (Disember)..

namun di tengah2 nya terselit memori2 tak berapa manis, bila pregnancy gagal di tengah jalan, pakcik saya sekeluarga meninggal akibat kemalangan dan mengenal insan insan yg bermacam ragam di sekeliling saya..hehehe...

apapon semoga tahun baru 2013 menjadikan saya muslimah yang lebih bertaqwa kepada agama dan menjadi isteri, ibu, anak, adik dan kakak yang lebih baik kepada keluarga saya, insyaAllah...

dan untuk rujukan semua, saya sharekan JADUAL PUASA yg dianjurkan Islam bagi tahun 2013..:)



preparation malam new year...yeee :D

Thursday, December 27, 2012

4 Hari Lagi..



hari sahaja lagi

PRE ORDER Hot Corelle Malaysia akan ditutup

Cepat! Jangan Lepaskan Peluang Anda...:D

Wednesday, December 26, 2012

Damailah Engkau Di Sana...

assalamualaikum...


Dalam kenangan, Allahyarham Pak Usu Sabirin, Mak Usu Halina, Aisyah dan Khadijah..

sebenarnya waktu saya terima berita gempar kemalangan maut tersebut, saya dan famili sedang bercuti..
perasaan menerima panggilan telefon dr adik saya pukul 1 pagi unt memaklumkan berita tersebut  mmg memblurkan saya..huhuhu
bagi saya, menerima panggilan telefon direct dr Msia mmg 'agak menakutkan', kerana biasanya pasti ada perkara serius (memandangkan boleh berkomunikasi melalui fb)...

ya Allah sungguh tragis cara mereka meninggalkan kami, rentung selepas terperangkap di dalam kereta... boleh baca di SINI
memang tak dapat dibayangkan oleh fikiran..
mak saya bagitau, jenazah pon memang tidak seperti jenazah biasa...
dan ajaibnya kuasa Allah, walaupon kereta rentung, beg tangan Mak Usu saya elok keadaannya, cuma henfon yg pecah. dari situlah polis dapat mencari no kontek untuk dihubungi...

menyingkap sedikit memori, Pak Usu merupakan adik bongsu emak saya. Menjadi cikgu Bahasa Jepun dan menetap di Dungun, walaupon beliau dan isteri, kedua duanya berasal dari Johor. Sebenarnya, dia dan emak saya sahaja yg menetap di luar Johor, adik beradik emak yg lain semuanya sangat kuat keJohoran mereka..hehe..

dan antara ramai2 adik beradik emak saya, hanya beliau dan seorang emak saudara saya sahaja yg berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, kerana kekangan kewangan di zaman dahulu..

Allahyarham merupakan seorang pakcik yg sangat disukai oleh anak2 saudaranya, kerana beliau sangat kelakar. sampaikan arwah Nenek saya selalu tak tahan melayan gurauan nya. seorang anak yg baik dan manja, maklumlah anak bongsu. dan kerap menjenguk adik beradiknya yg lain, contohnya emak saya yg duduk di Jengka. Kami mmg rapat dengan beliau, memandangkan umurnya lebih kurang umur abang sulung saya..

Umum mengetahui belia sekeluarga dalam perjalanan pulang dari KL selepas menghadiri pertandingan catur. Benar, dan beberapa hari sebelum itu, beliau sempat singgah di rumah emak, abang dan kakak saya di Jengka sebelum balik kampung di Batu Pahat. Sempat juga tidur di rumah saudara Mak Usu di PD sebelum ke pertandingan catur itu. Seolah2 mengetahui kami semua bakal kehilangan mereka, mereka round abis2 berziarah saudara mara kan...:(

Emak saya beritahu, berduyun2 orang datang berziarah semasa jenazah sampai di rumah keluarga Mak Usu, sebelum dikebumikan di kampung arwah Nenek di Parit Besar. terima kasih semua atas ingatan dan doa kalian, baik yg berziarah mahupon yg komen pada status kami di fb..

Kini tiada lagi kedengaran lawak jenakanya mengusik saudara mara, tiada lagi kekaguman kami mendengar beliau berceloteh dalam Bahasa Jepun...semuanya tinggal kenangan yang tak mungkin berulang lagi. cuma doa yg dapat dikirimkan sebagai tanda rindu kami kepada kalian..semoga roh kalian berada bersama sama solihin, insyaAllah

Al Fatihah buat Sabirin Sulaiman, Halina Saif @ Saib, Siti Aisyah Sabirin dan Siti Khadijah Sabirin


Tuesday, December 18, 2012

Izzah & Schule (2)..

assalamualaikum...

hari tu saya kongsikan gambar2 bangunan sekolah Izzah dari luar, kali ni saya nak sharekan apa yg ada di dalamnya...
mmm basically berbeza skit dengan stail di Msia sbbnya bangunannya bertutup (sbb sejuk time winter kan hehe)..
tp parents boleh masuk dalam tu, lagi2 time winter ni semua orang nak menyorok dlm bangunan kan hehehe...:P

selepas pintu utama, ada koridor (sama macam Msia) dan ada mural di dinding..

 

ni gambar cikgu2nya...

gambar2 ni saya ambik time ada function kat sekolah baru2 ni, kalau tak, tak berani gak nak snap2 picture huhuhu...
hasil budak2 ditampal di dinding sekolah..
 
 
ni Aula (Dewan), biasanya apa2 majlis dibuat di sini..

ni dipanggil ape ek? gambar untuk huruf awal sesuatu perkataan contohnya A für Ampel (traffic lights)..ditampal besar2 kat pintu kelas..

ni dalam salah satu kelas yg ada, mmg meriah dengan bahan2 untuk Kunst (Art).. ada mainan jugak di rak belakangnya..
sori gambar goyang pakai kamera hp je masa ni hehehe...
 

kalau tgk dr gambar ni, nampak kan beza kelas di Msia dengan di sini? seingat saya, kelas saya dulu kemas je tp kadang2 menimbulkan perasaan stress pon ye, bosan pon ye, pada saya la (sori cikgu hehe)


Izzah & kawan baik dia, Sinya (budak turki)

oh ya, stail persekolahan di sini, sesi bermula pada Ogos/September bagi setiap tahun. cuti sekolah pulak, biasanya 2 minggu bagi setiap musim,contohnya Winter ni cutinya bermula 21 hb Disember sehingga New Year. cuma cuti Summer je lama, sebulan lebih sbb kiranya cuti terakhir sebelum bermula sesi baru.

dan takleh main ponteng sesuka hati. cuma yg besnya, kalau budak tu sakit, dia boleh tak datang sekolah (tanpa surat doktor) selama 2 hari. hari ke3 kalau masih sakit, baru kena hantar surat doktor kepada pihak sekolah.

sebab tu kalau time cuti sekolah, flight or hotel mmg berganda2 mahalnya. sbb mereka tahu, hanya time cuti sekolah je baru famili ni berpeluang berjalan...huhuhu

apapon macam saya cakap di entri yg lepas, pengalaman ni mungkin berbeza dr kawan2 lain. cuma yg pastinya, budak2 MEMANG SEMANGAT nak ke sekolah. hehehe...

Monday, December 17, 2012

Malu..


assalamualaikum...

nak share kata2 hikmah di bawah, untuk panduan saya dan rakan2 semua...:)
dipetik dari Media Dakwah Islam
MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??

◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?
◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?


◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?


◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?


◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?


◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,

◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?


MALU itu perlu..
tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
insyaAllah..  

p/s: comel kan gambar kat atas ni? ihsan dari FizzGraphic.Com

Thursday, December 13, 2012

Izzah & Schule...

assalamualaikum...

kali ni saya nak kongsikan gambar2 sekolah Izzah di sini..

di luar bangunan yg ada kawasan lapang untuk beraktiviti..

antara mainan yg disediakan untuk budak budak..

kat sini mereka suka letak tempat gayut2 untuk budak2 bergayut hehehe

inilah jadual waktu izzah, sangat simple kan?

biasanya sekolah start kol 8.10 am atau 9 am dan abis dalam kol 11.45 am atau 12.45 am...
cuma hari selasa je dia ada kelas tambahan Musik (dibayar asing kepada cikgu khas), sebenarnya kami tersilap baca, ingatkan wajib, rupanya2 optional huhuhu...

dan dalam masa persekolahan yg cuma beberapa jam ini, ada 2 kali break (pause). sekali untuk brekfast (bawak dari rumah) selama 30 minit. pihak sekolah jugak ada sediakan khidmat pembekalan susu (optional pada sesiapa yg nak) tapi tak mahal, dlm €5 ke €8 sebulan...

dan sekali lagi rehat selama 15 minit, budak2 dilepaskan untuk bermain...

basically subjek dia untuk Klasse 2 ni tak banyak, Deutsch, English, Matematik, Sport, Musik..hummm apa lagi ek...
ni lah isi beg dia untuk sehari2 (kalau takde sport)...di sini cikgu2 nya banyak bagi latihan dlm kertas je, so kena sediakan fail je la berbagai2 kaler..hehehe

apapon mmg ada perbezaan yg ketara antara silibus Matematik dan English antara German - Msia..

contohnya Maths, tak silap saya (kalau ikut buku latihan yg kami bawak dr Msia), darjah 2 dah kena selesaikan kira2 dlm bentuk masalah..tp di sini lebih pada congak dan latih tubi. (ulang2 angka2 yg sama banyak2 kali). dan cara Izzah mengira maths pon lain dengan cara kami kira hehehe...

dan yg besnya time English la, sbb Izzah ni kira advance antara kawan2 dia..
sebabnya cuma 2,3 tahun kebelakangan ni yg pihak sekolah baru masukkan subjek English untuk budak2 darjah 1. before ni, darjah 3 baru start belajar English di sini tau...huhuhu..
so walaupon dah darjah 2, silibusnya still yg basic2...macam skarang Izzah kata dia dok blaja Body, before ni Color hehehe..dan baru belajar 'How are you? What is your name?' dan basic2 perbualan....hehehehehe

apapon ni personal pengalaman saya di sini, mungkin berbeza dengan kawan2 lain di serata German. seronok jugak dapat merasa pengalaman anak2 bersekolah di sini, bab paling seronok mestilah TAKDE UNIFORM...hahahahaha :P



Monday, December 10, 2012

ALIMKids Bangi...

assalamualaikum..

kostenloss werbung kembali lagi...hehehe...

khas untuk kawan2 dan pembaca blog Catatan Dari Deutschland sekitar Bangi (Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Semenyih, Puchong dll)...
kalau anda ada anak yg berumur 2 - 4 tahun... anak sedara, cousin, cucu pon boleh tau hehehe...
mari kita isi masa anak2 kita time2 weekend dengan aktiviti di ALIMKids Bangi KPI..


Apa dia ALIMKids Playgroup ni ek?

A "play and learn" playgroup program for children ages 2 to 4 years old, with carefully designed set of lesson plans to develop healthy, physically fit, intelligent and competent Muslim children. The playgroup runs for one hour per week, usually on weekends and mothers are encouraged to join in the activities.


last weekend ada Play & Learn Session, yg mana hanya bayar RM5 untuk material...dan baaaanyaaakk aktiviti menarik, antaranya:
Coloring Contest

Art & Craft (untuk kanak2 sehingga 8 thn jugak)

Fun Cooking (kalau ada Izzah mesti dia suka, hahaha)
 

parents pon boleh ikut sama, santai2 tengok kartun dengan anak2...hehehehe

okeh, untuk next session, 15 Disember ni ada free preview ALIMKids yg beralamat Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Islam Bangi, Seksyen 16, Bangi ni..
boleh call mereka di talian 013-3992472 atau email itsyaulad@gmail.com
jemput hadir ramai2 tau hehehe...

dan untuk lebih detail, boleh ramai2 like fb ALIMKids dan follow blog mereka jugak di SINI...:)

Thursday, December 6, 2012

Dari Nottingam ke Liverpool...

assalamualaikum...

dah berjaman pegi baru hegeh2 nak upload..huhu



Wednesday, December 5, 2012

Ayam Goreng Ala Kaprau..

assalamualaikum...

resepi ni asalnya Daging Goreng Ala Kaprau, saya saja tukarkan ayam dan hasilnya mmg sedap..
lain kali nak cuba pakai daging plak hehehe...

sekali imbas macam ayam masak kicap kan? tp bila geget ayam tu, terasa tomyam masuk ke tekak..hehehe...
so kengkawan surirumah sepenuh dan separuh masa, meh kita cuba untuk variasi...hehehe

time kasih pada Kak Jie, Kak Nor dan Kak Izah atas resepi ini, izinkan saya tepek2 di sini plak ek..

AYAM GORENG ALA KAPRAU
- resepi asal dr Kak Jie dan dipanjangkan oleh Kak Nor & Kak Izah



BAHAN2:

250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)

CARA:

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Monday, December 3, 2012

Corelle oh Corelle..

assalamualaikum...

rasanya ramai dah tahu yg saya ada join bisnes bersama adik menjual Corelle & Corningware di Hot Corelle Malaysia..
adik saya dahulu belajar di USA, so skarang kami import Double C ni dari sanalah...hehehe

harituh 1st batch iaitu Ready Stock, alhamdulillah ada pelanggan yg berminat..
dan buat pengetahuan semua, masih ada lagi beberapa kotak yg available..
Corelle Set 16 pieces (certain2 patern) dan ada 1 set Corningware Stove Top..


dan dalam masa yg sama, skarang kami tengah open untuk Pre Order, yg akan berakhir hujung bulan ni, insyaAllah..
untuk Pre Order ni, mostly kami membuka order untuk semua patern (Corelle USA sahaja)..


dan suka saya highlight kan beberapa servis kami iaitu:
1) kami open order untuk Corelle Set 16, Set 18 (TANPA MUG) dan set 30 pieces.
 

2) kami menerima order untuk LOOSE item juga, contohnya hanya pinggan, cawan, dulang, serving platter dll (susah nak dapat tau servis camni hehehe)




 3) selain pinggan mangkuk, pilihan anda lebih luas dengan Microwave Cookware, Bowl Set & Casserole
 
 
 

4) kami hanya perlukan 25% dari jumlah full as duit booking (non refundable). Bakinya, anda boleh lunaskan perlahan2 sehingga barang sampai (estimate dalam bulan Mac / April 2013).
Contohnya: Anda order Corelle Impression Chutney, berharga RM380. Sekarang, anda hanya perlu keluarkan RM95 sahaja, bakinya RM285 boleh dibayar secara ansuran. Mudah kan?
5) Kami bertanggungjawab sekiranya barang anda pecah/retak di dalam masa penghantaran 

Sebenarnya, konsep kami ialah ingin menolong kawan2 jugak. sbb tu kami terima bayaran secara ansuran, kerana kami faham sesetengah orang agak tight dr segi kewangan kan...
apapon kami mengalu2kan respon dari anda dan insyaAllah kita akan cuba diskas :D

jadi pada yg belum like, jemputlah ke page kami di SINI untuk cuci2 mata...hehehehe 

Friday, November 30, 2012

Babys, Kleines Wunder Großes Glück..

assalamualaikum...

jangan terbelit lidah menyebut tajuk entri saya kali ni...hehehe
maksudnya Babies, Small Miracles Great Happiness (lebih kurang la hehe)
sebenarnya ini tajuk rancangan TV di sini, yg pada saya bagus untuk tontonan seisi keluarga...
setiap Rabu, 9.15 malam Chanel RTL 2

kerana?
ia memaparkan pengalaman2 bersalin ibu2 di german ni..
kami mmg ikut setiap minggu tau, tak pernah miss dr siri 1..izzah & lea tak terkecuali..
jgn risau, tak nampak apa yg tak patut dilihat..sbb kamera tu dari belah kepala ibu..

tapi mmg nampak la baby yg fresh keluar dari perut. kadang2 siap dengan darah & tali pusat..

setiap minggu, antara 2 atau 3 orang ibu (bakal ibu) kisahnya akan ditayangkan..
biasanya start kisah dr derang contraction la..pusing sini pusing sana..
ada yg menangis dan macam2 lagi...
rasanya ibu2 kat luar sana paham kan camana rasanya...huhuhu

kalau ikut siri ni (sbb saya takde pengalaman bersalin di sini LAGI :P), mereka akan bersalin di bilik sendiri. bukan di bilik bersalin macam kat Msia.
dlm bilik ni complete la alat2 yg diperlukan, katil pon katil sepesel..ada tempat pegang kiri dan kanan..
 

dan yg sambut ialah Hebamme (bidan)
tapi ni kalau bersalin normal la..kalau operate still kena pegi Operation Room dan ada doktor..

oh ya, hospital di sini mmg semuanya bilik2..macam wad kelas 2 (sesetengah hospital) dan wad kelas 1 hospital di Msia..:)

dan tak salah saya tak ada masa melawat. jadi sesiapa bebas temankan ibu2 ni time dia sakit contraction & masa bersalin tu...bes kan huhuhu
kadang2 ada yg kena operate, biasanya suami ada sekali masa operate tu..

dari siri ni, barulah kami tahu kaedah bersalin dalam air macamana...


kisah minggu ni agak sedih, seorang ibu ni tak nak jaga anak dia, so lepas bersalin nurse terus ambik anak dia bawak ke bilik lain..
tak salah saya, dia tak tengok pon rupa anak dia (sbb dia bersalin operate & full bius)
comel tau anak dia..rasa nak je ambik buat anak angkat hehe...


dan kisah follow up seorang ibu yg lahirkan anak kembar. seorang normal (2.2kg), seorang lagi ada masalah (1.4kg sahaja dan ada masalah kesihatan lain)..
so baby ni ditahan di wad laaamaaa, berminggu2...
masa dia bersalin secara operate tu, Hebamme menangis tgk baby dia yg kecik tu..huhu

dan ada satu kisah minggu2 lepas yg buat saya sayu. seorang ibu ni melahirkan anak pada usia kandungannya 26 minggu, secara operation. dan alhamdulillah anaknya hidup walaupon sangat kecik..
dan ibu muda ni tak henti2 menangis sebelum dia dioperate...
tiba tiba teringat kenangan lama huhuhu...

so pada warga msia di german, saya mmg rekemen unt tengok cerita ni..
bagi suami, mungkin boleh lihat begitulah kesengsaraan isteri dalam melahirkan zuriat anda..
bagi anak2, mungkin kita boleh bagi pendedahan begitulah dahulu kita melahirkan dia..
dan bagi saya sendiri, mmg insaf tgk cerita ni, rasa tak terbalas pengorbanan ibu kita selama lamanya..huhuhu
izzah awal2 dulu menangis tau tgk cerita ni..sampai skarang dia masih lagi dok ishk ishk kesiannya..
tapi bila baby keluar, dia pon tersenyum gembira...

begitulah kebesaran kekuasaan Allah kan..
betapa keluh kesah, air mata kesakitan sebelum melahirkan, hilang sekelip mata, berganti dengan senyuman saat berjaya melahirkan seorang bayi...
semoga saya masih lagi diberi kesempatan untuk merasa saat ini..insya Allah..:)