Wednesday, December 26, 2012

Damailah Engkau Di Sana...

assalamualaikum...


Dalam kenangan, Allahyarham Pak Usu Sabirin, Mak Usu Halina, Aisyah dan Khadijah..

sebenarnya waktu saya terima berita gempar kemalangan maut tersebut, saya dan famili sedang bercuti..
perasaan menerima panggilan telefon dr adik saya pukul 1 pagi unt memaklumkan berita tersebut  mmg memblurkan saya..huhuhu
bagi saya, menerima panggilan telefon direct dr Msia mmg 'agak menakutkan', kerana biasanya pasti ada perkara serius (memandangkan boleh berkomunikasi melalui fb)...

ya Allah sungguh tragis cara mereka meninggalkan kami, rentung selepas terperangkap di dalam kereta... boleh baca di SINI
memang tak dapat dibayangkan oleh fikiran..
mak saya bagitau, jenazah pon memang tidak seperti jenazah biasa...
dan ajaibnya kuasa Allah, walaupon kereta rentung, beg tangan Mak Usu saya elok keadaannya, cuma henfon yg pecah. dari situlah polis dapat mencari no kontek untuk dihubungi...

menyingkap sedikit memori, Pak Usu merupakan adik bongsu emak saya. Menjadi cikgu Bahasa Jepun dan menetap di Dungun, walaupon beliau dan isteri, kedua duanya berasal dari Johor. Sebenarnya, dia dan emak saya sahaja yg menetap di luar Johor, adik beradik emak yg lain semuanya sangat kuat keJohoran mereka..hehe..

dan antara ramai2 adik beradik emak saya, hanya beliau dan seorang emak saudara saya sahaja yg berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, kerana kekangan kewangan di zaman dahulu..

Allahyarham merupakan seorang pakcik yg sangat disukai oleh anak2 saudaranya, kerana beliau sangat kelakar. sampaikan arwah Nenek saya selalu tak tahan melayan gurauan nya. seorang anak yg baik dan manja, maklumlah anak bongsu. dan kerap menjenguk adik beradiknya yg lain, contohnya emak saya yg duduk di Jengka. Kami mmg rapat dengan beliau, memandangkan umurnya lebih kurang umur abang sulung saya..

Umum mengetahui belia sekeluarga dalam perjalanan pulang dari KL selepas menghadiri pertandingan catur. Benar, dan beberapa hari sebelum itu, beliau sempat singgah di rumah emak, abang dan kakak saya di Jengka sebelum balik kampung di Batu Pahat. Sempat juga tidur di rumah saudara Mak Usu di PD sebelum ke pertandingan catur itu. Seolah2 mengetahui kami semua bakal kehilangan mereka, mereka round abis2 berziarah saudara mara kan...:(

Emak saya beritahu, berduyun2 orang datang berziarah semasa jenazah sampai di rumah keluarga Mak Usu, sebelum dikebumikan di kampung arwah Nenek di Parit Besar. terima kasih semua atas ingatan dan doa kalian, baik yg berziarah mahupon yg komen pada status kami di fb..

Kini tiada lagi kedengaran lawak jenakanya mengusik saudara mara, tiada lagi kekaguman kami mendengar beliau berceloteh dalam Bahasa Jepun...semuanya tinggal kenangan yang tak mungkin berulang lagi. cuma doa yg dapat dikirimkan sebagai tanda rindu kami kepada kalian..semoga roh kalian berada bersama sama solihin, insyaAllah

Al Fatihah buat Sabirin Sulaiman, Halina Saif @ Saib, Siti Aisyah Sabirin dan Siti Khadijah Sabirin


11 comments:

  1. salam takziah dr js sekeluarga..semoga mereka semua ditempatkan bersama org2 yang beriman...
    al fatihah...semoga SZ tabah menghadapi ujian dariNya..

    ReplyDelete
  2. Sampaikan lah cawan cintaku padanya...

    ingat lagi lagu pak usu?

    ReplyDelete
  3. Salam takziah, moga roh mereka ditempatkan disisi orang2 yang beriman, Al Fatihah.

    ReplyDelete
  4. tengok jugak berita tu kat tv, keluarga awak rupanya ya... salam takziah dr cheq sue... pernah juga mengalami keadaan begini...memang tak terkata

    ReplyDelete
  5. Ya Allah. Akak tahu tak, berita ni la yg saya baca sampai menangis. Sebab berlaku kt negeri sy. Sa ada tulis dlm blog psl berita ni. Tp mmg tak sanggup nk tulis. Allahyarham dan ank dia terer catur kn? Saya baca dlm sinar .. Betapa ramainya kwn2 Allahyarham dan org luar ucp takziah. Kecilnya dunia..

    Takziah. Semoga mereka sekeluarga ditempatkn dikalangan org yg beriman. Amin Al-Fatihah

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, Sitiezahim ni bersaudara ke dgn Mazniha Berahim? Menurut Mazniha, arwah ini pun Pak Usunya juga. Mazniha ialah bekas officemate akak di JB. Apapun memang amat trperanjat mndengar berita kemalangan yg menimpa arwah, Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  7. Alfatihah...Salam takziah... sungguh sy tak sangka arwah merupakan Pak Usu Hajar... arwah agak dikenali juga laaa dikalangan orang2 lama super2 senpai kat Jepun ni sbb bekas presiden sebuah persatuan untuk pelajar2 Msia kat jepun ni dulu...tak sure persatuan apa, persatuan islamik gak tak silapnye... Mmg tahu berita ni sbb tersebar kat fb disebarkan oleh senpai2 kat sini... Apapun semoga arwah2 ditempatkan dikalangan orang beriman...Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. kami masih ingat dalam rancangan sampaikan di malam raya, ada pak usu sampaikan salam raya utk keluarga bagi mewakili pelajar2 malaysia di jepun.

      Delete
  8. Salam Takziah Siti..semoga Arwah Pak usu Sabirin sekeluarga ditempatkan dikalangan org2 beriman...lps baca komen Ani pasal tragedi ni di FB..Kak Nor pun terperanjat sbb t.hr tu ada tgk tv pasal berita tu tp masa tu x menyangka mangsa2 adalah Pak Usu sekeluarga..puas K.Nor reply balik memori dulu apakah K.Nor mengingati Pak Usu (Almaklumlah K.Nor dah lama x ke Johor terutama Parit Bagan)tp langsung x ingat..rasa sedih sgt mengingati kehilangan arwah sekeluarga kerana keluarga Mak Pah pun dekat dihati K.Nor..Semoga roh mereka dicucuri Rahmat..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  9. salam takziah..ada tengok jugak berita di tv pasal kemalangan ni.. tak sangka pulak keluar siti.. kecilnya dunia ni kan..semoga roh mereka dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  10. alfatihah utk mereka yang telah pergi

    ReplyDelete