Sunday, February 17, 2013

KDrama: Queen In Hyun's Man...

assalamualaikum...

dah tengok Queen In Hyun's Man kengkawan? hehehhe

ohh sila lah tengok...sileee sileeeee :P

lagi cerita zaman silam dan zaman sekarang, selepas Rooftop Prince, Faith, Dr Jin..
kali ni hero dr zaman silam plak datang ke zaman sekarang..dan besnya boleh datang dan balik dan datang balik...hehehe
means that bukan lah stuck di zaman tu macam cerita yg lelain tu kan..hihihi
dan ending yang pueh ati makcik, sapa kata hero dan heroin berlainan zaman takleh kapel dan hidup happily forever dan ever ?? kikiki...

Cerita ni mengisahkan Kim Boong Du, seorang scolar di zaman Joseon Dynasty yang tiba2 travel 300 tahun ke zaman sekarang semasa hampir maut dalam satu pergelutan, disebabkan oleh satu talisman ajaib kepunyaannya. Beliau menyokong usaha untuk menaikkan kembali tahkta Queen In Hyun yang dirampas oleh Lady Jang, seorang concubine istana. Takdir menemukan beliau dengan Choi Hee Jin, seorang aktres suam suam kuku yang berjaya mendapat watak utama sebagai Queen In Hyun. selepas beberapa kali pertemuan, mereka akhirnya bercinta. Untuk datang ke zaman sekarang, beliau perlu menghadapi situasi 'hidup atau mati' tapi untuk kembali ke zaman dahulu, hanya perlu membaca mentera yang tertulis di talisman itu. tak aci kan? ekekke...

Bila dah berada di zaman sekarang, beliau mengambil kesempatan dengan mengetahui sejarah di zaman beliau dalam usaha untuk mengembalikan takhta Queen In Hyun dan berdepan dengan musuh beliau. Lama kelamaan, beliau mengambil keputusan untuk tinggal di zaman sekarang, tetapi 'terpaksa' balik tiba2 apabila sesuatu terjadi kepada talisman itu. Dan bermulalah episod sedih berpanjangan, setelah disajikan dengan adegan sedih geli2 (bak kata kakak saya) di dalam episod awal2 tu..hehehehe...


Soooo, cerita ini antara favorite saya. Lakonan yang super duper cute oleh Yo In Na (penah belakon jadi kawan Ha Ji Won cerita Secret Garden), ditambah muka innocent heronya, Ji Hyun Woo dan lakonan watak2 sampingan yang sangat natural dan menggelikan hati..
Manager heroin tu, ex boipren heroin tu dan Manager ex bf heroin tu..

Lady Jang zaman sekarang..

Jalan cerita pon takdelah complicated mana, of course jaaaauuuhhh lagi bagus dari Dr Jin (sian citer ni asik kena kutuk dek saya ihihihih). Oooohhh pasangan yang sangat sweet, momen2 yang sweet sweet belaka, ost yang bes, ending yang eppi...yeeee

 

paling saya suka, adegan2 di mana heroin tu dok kenakan hero, ye lah lelaki tu tak tahu apa2 tentang dunia sekarang..kenkonon nak kenakan lelaki tu, suruh beli curry (dia tulis dalam english) tapi rupanya dia pon salah eja...wakakaka...
camana heroin tu syok sendiri masa nak terangkan apa fungsi tie..hehehehe
scene lelaki tu salah order sampai tak termakan, tp tanak mengaku sbb ego...hik hik hik
dan scene manager heroin tu soal background hero tu, 3 kali scene tu berulang dalam masa yang berlainan, tapi susunan soalan tu still sama..wakakaka lawak jugak..
oh ya selepas cerita ni, hero dan heroinnya kapel bebetul tau...hik hik hik i likeee

meh layan ost plak ek..:)

Kim So Jung - Its You (bagi yang suka rancak2)


Young Jae - Really Once (bagi yang suka jiwangs2)


dan jeng jeng jeng, kawan saya Fauzana mainkan lagu ni untuk saya, nampak tak ada tulis nama saya dipermulaan...hihihihi..danke Ana..

  

4 comments:

  1. Dh tgk last year
    Cute couple both of them
    Mmg susuwei la jd couple kt luaq pun khen

    ReplyDelete
  2. Lagu yang last tu paling best :p hehehe!

    ReplyDelete
  3. Ala.. Dvd player kat rumah ni rosak... Nak tengokk...

    ReplyDelete
  4. Oh pminat drama korea jugak ye
    boleh geng la kita tp sy x kenal pelakon
    huhu..
    skrg tgh layan welcome rain to my life

    ReplyDelete