Sunday, May 12, 2013

KDrama : I Miss You..

assalamualaikum...

I Miss You, cerita korea yang syedey sob sob sob...
ekceli saya tak berapa suka citer sedih2 tp tertarik lepas Lady Ayu share OST dia..
lagipon heroin ni heroin kegemaran saya, Yoon Eun Hye ( heroin Coffee Prince) ekekek...
rasanya sumer citer dia saya tgk termasuk lah Goong (walau lembab giler ku gagahkan jua hehehe)...
dan heronya, Micky Yoochun, hero yang boleh tahan jugak lakonan dia dlm Rooftop Prince..

wah, mmg mantap citer ni, Eun Hye mmg tak dinafikan dah kehebatan dia, plus Micky Yoochun mmg power abis..
dan pelakon kanak2 dia pon mmg power jugak, Kim So Hyun (jadi kakak yg jahat dlm Rooftop Prince, watak budak) dan Yeo Jin Goo..
cuma pada saya, kalau plot citer ni lebih fokus kepada kesedihan ibu heroin yang kehilangan anak, mesti lagi sedih.. (ye lah bab ibu ibu ni biasanya mmg touching kan huhuhu)

cerita ni mengisahkan Soo Yeon, berumur 15 thn yang hilang (disahkan mati dibunuh oleh polis) semasa di kidnap bersama kawan baiknya Jung Woo (yang terselamat). Jung Woo yang percaya Soo Yeon masih hidup, tinggal bersama emak Soo Yeon selepas kejadian tersebut dan membesar menjadi Detektif untuk mencari first lovenya.

Selepas 14 tahun, mereka berjumpa semula, Soo Yeon telah bertukar menjadi Zoe Lou, seorang pereka fesyen terkenal. Beliau tinggal bersama Harry Borrison, yang menyelamatkan beliau dahulu (sebenarnya Harry ni jahat dan pakcik kepada Jung Woo).

Zoe ni tak mengaku dia Soo Yeon, di antara sebabnya, pengalaman zaman remaja dia yang penuh cerita sedih dan dia berdendam pada Jung Woo yang larikan diri sorang2 masa derang diculik dulu.
boleh baca sinopsis dengan lebih lanjut di SINI...


Banyak adegan2 sedih, terutamanya bila beliau berdepan dengan ibunya sendiri, berdepan dengan penculik yang pernah merogol beliau, dan di tengah2 antara cinta (Jung Woo) dan budi (Harry).
Tapi jgn risau, mestilah eppi ending hehehe...
 

ibu Soo Yeon, pandai ahjumma ni belakon...sedih wooo...huhuhu

tulisan I Miss You yang Soo Yeon tulis di hadapan rumah dia, sebelum dia diculik. lepas dia hilang, Jung Woo kekalkan tulisan tu..huhuhu


payung kuning yang masih kekal disimpan 14 tahun lamanya..huhuhu
 


apapon mmg thums up pada Eun Hye dan Micky Yoochun, sapa yang tak tgk lagi, boleh la start tengok ek...hehehe...

meh layan OST yang paling syedey di abad ini.. Look At You by Jung Dong Ha

Tears Are Falling by WAX

oh ya, biasanya saya layan KDrama ni di Dramacrazy, Dramafans or EPDrama. kat germany ni internet mmg laju giler so biasanya saya mmg stream online je...hehehe

5 comments:

  1. weee..nmpk mcm best..
    tp xterlayan lagi.. nk layan online huwaa xmampooo.. nangess

    ReplyDelete
  2. best khen citer ni
    but main sadis habis tisu kat umah ai ngeeee

    ReplyDelete
  3. lama dah tak tengok Kdrama, macam slow je. Tapi boleh try la yang ni, mcm best je :)

    Salam perkenalan.
    MamaHaraz
    http://ourwonderland.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. drama korea mmg sangat romantik dan penuh kisah sedih

    ReplyDelete
  5. hohoho.. bila lah boleh tgk. skang baru layan downtown abbey season 3

    ReplyDelete