Monday, August 15, 2011
Devil's Food Chocolate Cake...
assalamualaikum...
pes time denga nama kek ni memang terkejut giler..
sama terkejut masa dok belek resepi mee racun arituh..hehehe
nape la nama makanan pelik2 ek..huhuhu
kek ni dibuat masa besday en husben saya arituh..tengok ramai kakak-kakak bloggers dah cuba dan semuanya komen xtra xtra positip..
hummmm memang marbeles giler rasa dia..
sedangkan saya yg ala ala separa tak mahir ni pon sampai keluarkan komen 'kek paling sedap yg penah saya buat' dan disokong sepenuhnya oleh besday boy a.k.a en husben, tak leh bayang kalau makan kakak2 blogger punye, kompom meletupsss heheheh...
time kasih banyak pada penyumbang resepi, cupcakeschek dan kakak2 blogger yg share resepi ni..izinkan saya tepek2 di sini plak ek..:)
pstt pstt bab cheese tuh saya tinggi2 kan sket biar lemak berkrim gitu hehehe...
DEVIL"S FOOD CHOCOLATE CAKE
- sumber cupcakeschek.blogspot.com, dishare bersama oleh Kak Noorsha, Kak Ayu Sgapore, Kak Nor dan Kak Mas
Bahan² :
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1/2 cawan gula halus - Noorsha guna 1/4 cawan saja *sama
1/2 cawan gula perang - Noorsha guna 1/4 cawan saja *sama
65 gm butter
1 biji telur Saiz A *saya pakai saiz B
1 sk esen vanila
1/4 cawan buttermilk
1/2 cawan air suam
Cara membuatnya :
Panaskan oven pada suhu 170 C - Noorsha guna suhu 130C.. bergantung pada oven masing2 ya...
Griskan loyang dengan margerin @ butter dan tabur sedikit tepung. ketepikan.
Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan sebentar.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dengan gula hingga berkrim, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
Masukan adunan tepung yang diayak tadi, buttermilk dan air suam, berselang seli sebanyak 3 kali turutan. kacau rata.
Masukkan vanila esen dan kacau sebati.
Bakar selama 30 minit @ sehingga betul2 masak... gunakan lidi satay dan cucuk permukaan kek pada 30 minit pertama untuk menguji kek sudah masak @ belum.
* saya kukus
Jika kek sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar.
Bahan² Untuk Cream Cheese Frosting :
250 gm philapedia cream cheese
125 gm butter
1 cawan icing sugar - noorsha guna 1/4 cawan saja
1 tsp esen vanila
1 st lemon jus
Cara² untuk Cream Cheese Frosting :
pukul kesemua bahan hingga berkrim. sapu pada kek yang telah sejuk tadi. kemudian rehatkan kek yang telah dosapu frosting ini ke dalam peti ais sebentar.
Bahan² Untuk Chocolate Ganache :
200 ml double cream @ whipping cream
250 gm dark chocolate
secubit garam
Cara² untuk Chocolate Ganache :
menggunakan kaedah double boiler (satu periuk berisi air, satu lagi periuk lebih kecil di letak diatasnya. biar periuk yang kecil itu terapung), masukkan double cream @ whipping cream. biarkan ia merenih, masukkan coklat yang dicincang dan kacau hingga coklat cair. masukkan sedikit garam. kacau rata. biarkan suam sedikit, keluarkan kek yang disapu dengan cream cheese frosting dari peti ais tadi. sapu @ curah coklat ganache di permukaan kek. hias kek mengikut kretiviti anda....sedia dihidang :)
Labels:
kek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam orang jauh,lama tak jenjalan umah orang,den masuk spital, tak sihat,sakit orang tua,cajun tu rasanya pedas sikit, pahit pun ada, mexican herb,bau dia buat kita senang bersin.
ReplyDeletewah mabeles gitu..mmg sedap kan :)
ReplyDeletecantek deco..
sedap nampak...
ReplyDeleteai next weekend dah my anniversary dok fikir nk buat cake aper ni ngeee