Monday, June 13, 2011

Sharing session on From Zero to Hero: How to make money in property investment..


Hari ni saya nak menulis sedikit tentang satu seminar yang sangat tidak patut dilepaskan oleh kawan2 yang berhajat nak membeli rumah atau nak memulakan pelaburan hartanah.

Property & Co akan menganjurkan Sharing session on From Zero to Hero: How to make money in property investment.
Seminar ini menampilkan 3 orang blogger iaitu Siti Farazila, Nicole Ong dan Rohaniah Noor...
tapi kali ini lebih istimewa kerana mereka membawakan anda seorang blogger hebat dan tidak asing lagi kehensemannya...
Beliau adalah Abangensem!
wahhhhh......

Seminar ini selama 2 hari.

Mereka akan berkongsi tetang pelbagai perkara

dari startegi pelaburan hartanah, tips memilih jenis dan lokasi hartanah, prosedur pembelian, pinjaman perumahan dan kelayakan, pengurusan penyewa, prosedur menjual rumah dan yang paling best adalah teknik, tips dan prosedur membeli rumah lelong oleh Auction Queen kita, Siti Farazila.

:)

Dan.. sesi istimewa bersama Abangensem memang adalah satu sesi yang tak patut anda lepaskan sebab bukan mudah nak mengorek rahsia pelabur hartanah yang dah membeli 14 buah rumah ini. Hebat kan...

Seminar ni dlm dwi bahasa. Mereka campur2..
jadi insya Allah boleh faham..

Butiran seminar adalah seperti berikut:
Tarikh: 9 dan 10 Julai 2011
Masa: 9.00 pagi - 6 ptg
Tempat: International Youth Center, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.



Makan minum pagi, tengahari dan minum petang disediakan.. air mineral pun ada.. jangan risau... hehehehe

Jadi, kalau anda terlepas peluang menghadirinya pada bulan mac dahulu, apa kata jgn lepaskan peluang ini utk hadir bulan julai ini pulak.
boleh layari laman web sharing session ini di sini

http://propertyandco.blogspot.com/


harga yg sangat berpatutan utk seminar 2 hari.
tapi sila daftar segera untuk menikmati diskaun 'early bird'.

* Gambar2 pada sesi seminar yang lepas

4 comments: