Tuesday, August 23, 2011

Nasi Impit Kuah Kacang..

sambal kacang
assalamualaikum...

menu orang yg tak saba tunggu raya..??
hahaha mana adeee...
puasa ke, raya ke, sama aje suasana nye ngan hari biasa kat sini...
paling tidak masa raya nanti kami berkumpul sesama Malaysian..
sebenanyer tak tunggu raya pon, kengkadang kami kumpul jugak kalau buat makan-makan..
cuma yg sepesel masa raya ni sbb juadahnya memang juadah raya dan memasing pakai baju raya..setahun sekali aje la melaram pakai baju kurung..hik hik hik

so pic di atas bukan lah menu in advance raya saya..hahahaha :P
saje suka2 rasa nak makan nasik impit dan kuah kacang..
sedap jugak resepi kuah kacang ni, leh buat lagi lain kali...hehehehe
time kasih kat blog Oh Malaysia atas perkongsian resepi ni, izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

KUAH KACANG NASI IMPIT
- sumber Oh Malaysia

Bahan-bahan (7-8 orang)
15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 senduk cili kisar
3 batang serai (diketuk)
1 tin santan (125-150 mL)
1 keping gula Melaka
Gula dan garam
1 atau 1/2 kg kacang tanah
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara
1. Goreng kacang tanah di atas kuali (tanpa minyak). Selepas masak, ramas buang kulitnya. separuh daripadanya dikisar sehingga hancur dan separuh lagi dibiarkan separa hancur.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Tumis bahan yang dikisar ke dalam periuk. Untuk menumis, guna 3-4 sudu minyak masak.
4. Masukkan cili kisar dan santan ke dalam periuk. Kacau hingga sekata.
5. Kemudian masukkan kacang yang telah dikisar dan gula Melaka ke dalam periuk.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Bila hampir masak, masukkan pula serai ke dalam periuk.
8. Siap untuk dimakan bersama-sama ketupat, sate dan cucur udang.

3 comments:

  1. khennn menu gini bukan tunggu raya jer...selalu buat gak ngeee

    ReplyDelete
  2. ayu: hehe ye ke...saya jarang jugak...agak malas nak mengesahkan kacang tuh hik hik hik

    ReplyDelete
  3. kuah kacang selalu sebab makan ngan cucur udang...so nak makan kena rajin sket ngee

    ReplyDelete