Tuesday, October 4, 2011
Spegeti Goreng Kari..
assalamualaikum...
resepi yg asalnya dari Kak Nor Secubit Garam - Mee Sanggul..
kemudian dishare oleh Kak Izah Muffin Lover - Mee Kuning..
teeeerrrbang ke duisburg, jadi Spegeti...hik hik hik...
jangan marah kakak-kakak semua ye..izinkan saya tepek2 resepi di sini...:)
sedap..cuma izzah mengadu pedas padahal LANGSUNG..diulangi LANGSUNG tak bubuh cili..
cili mesin ke cili api ke, memang tak nampak batang hidung...huhuhu...
melayan karenah budak tak bape nak kecik tuh memang kengkadang memeningkan...hadoi hadoi dan hadoi....huhuhuhuhu
MEE SANGGUL GORENG KARI
- sumber Kak Nor Secubit Garam, dishare dr umah Kak Izah
Bahan :
3 kpg mee sanggul melayu
udang (atau boleh guna isi ayam)
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin *saya tukar serbuk paprika
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi ~ dihiris (lebihkan jika suka pedas) *x bubuh
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis/sawi *x bubuh jugak
1 bj tomato *x bubuh jugak
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi ~ dihiris *xde
limau kasturi/limau nipis *xde
Cara :
1. Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan. (Rebus spegeti mcm biasa dan toskan)
2. Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
3. Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
5. Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
6. Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
7. Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
8. Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
9. Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
10. Kacau dan goreng hingga mee masak.
11. Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.
12. Selamat mencuba..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oishii sou
ReplyDeleteterlioq tgk...
ai mmg suka mknan gini
wahhh sedap ni! nnt nk try buat la hihi
ReplyDeleteheheh.. kalau tak nak kena marah, bak sini sepinggan penuh.. cili boleh k.nor tambah kemudian.. boleh kan.. ehhe mekasih sudi try resipi campak2 ni.. tak sangka ada org sudi try :)
ReplyDeleteMak haiii udg betaburan... Hihi susah gak kn nk ajar budk mkn pedas
ReplyDeletekak nor: hehehe boleh2...okeh okeh jangan lupe sambut kak..:)
ReplyDeleteijah:simple dan sedap...memang kene cuba..okeh!
ReplyDeletekak izah: haha udang tuh nak gelemer, elok time nak snap terus menimbul ke depan, posing..hik hik hik
ReplyDeletesedap nyer, tgk udang yg x tahan :)
ReplyDelete